Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Menakutkan!

Sebagai seorang AMBIVERT, menjadi VIRAL itu bukanlah suatu idaman. Bahkan ianya amatlah menakutkan! Seriously!

Sampai rasa macam nak delete blog. Tapi, mungin tidaklah sampai ke tahap tu. Sebab blog is my air. Menulis itu nafas aku. Sama jugak macam lagu. Okay, hari ni aku bukan nak bahas pasal udara, nafas, hidup bagai…tapi ada satu benda ni menghantui aku sehingga rasa macam…

Lepas ni, aku tak boleh jalan tanpa tujuan. Walau sekadar window shopping…

Lepas ni, aku kena jalan dengan lebih tawadhuk lagi…

Lepas ni, aku tak boleh nak hyperact tak tentu hala…

Lepas ni, …

##

Pertama, aku syukur sangat orang dah kembali sebarkan tentang penipuan mak cik tu yang semakin meliar. Sebab, kalau tak tersebar meluas, mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang akan tertipu oleh cerita dia yang dah basi! (Wah! concern-nya aku…?)

Kedua, aku syukur sebab walaupun aku tak up entry baru, tapi aku still punya readers. Tapi macam tak best jugaklah…sebab orang yang selalu baca entri aku, semua dah busy…Aku bukanlah gila readers atau viewers (Walaupun suka tengok orang baca entri kita yang panjang lebar dengan penuh emosi…) tapi…bila ia terlalu ramai…ianya menakutkan…

Pelik ke untuk rasa takut bila orang ramai baca blog kita?

Sis LZ yang bagitau aku…beliau kata entry aku dah viral. Viral? Like viral, viral? Nein!..Tetiba rasa takut…

Dahlah, kawan aku bagitau..blog-blog yang post benda viral pun dah masukkan entry aku. Gambar mak cik tu, dah ada yang edit dan sebarkan dengan lebih luas lagi. Cantik punya gambar aku ambik. Tapi, aku delete dah. Buat jadah apa nak simpan. Bikin panas dan bazir space lappy saja.

What if, this situation happen to you? Adakah korang pun akan rasa takut? 

##

Aku tahu, itu adalah pengalaman aku. Tapi kawan aku kata, entri aku tu seolah aku ni jenis orang yang banyak giler cakap…Tapi, aku tak macam tu…Aku cakap dalam bahasa tulisan je…Hanya kerana entri itu, aku punya scale ambivert terus merudum ke introvert…huhuhuhuhu

Lepas tu, boleh pulak lecturer aku cakap, aku ada OCD.…Aku bukan OCD, cuma aku tak boleh tengok kerja yang dibuat dalam keadaan yang tak kemas. Aku tak boleh tengok benda yang tak sistematik dan tak ikut waktu. Everything must be on time. Itupun aku rasa macam dah kurang dari dulu. Tapi, bukan OCD…T^T

Menakutkan!
Plus, orang yang kind of suka pada viral sedang ambil kesempatan untuk naikkan pageviews mereka! Ada credit, gua tak kisah. Gua pun tumpang sekaki, at least diorang tolong sebarkan dengan lebih luas lagi. Tapi kalau dah ciplak for the whole entry without any credit tu, itu memang PANAS!

Subscribe
Notify of
guest
16 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
April 22, 2017 21:30

kau memang! mentang2 rumah dah ada wifi..tong r!!

sofie adie
April 22, 2017 21:29

Amboi ninaaa kemain ek! hahahhaha
delete blog? insyaAllah takkk…XD

afiq ikhwan
April 22, 2017 21:27

aku masih pembaca setia blog kau hahahah k bai

Hanis Amanina
April 22, 2017 21:27

hi Sofie yang famoussss 😀 hahaha.

Jangan la delete blog tawwww, I really like to read your unique thoughts!

hanisamanina.com

sofie adie
April 21, 2017 13:40

hahahha…XD

tmdci
April 21, 2017 13:22

hrp2 depa kredit utk blog kak sofie.

sofie adie
April 21, 2017 01:01

amin…insyaAllah kami baik2 saja…^_^

aienie NKA
April 21, 2017 00:57

apapun sis, tahniah dah viral.. pd mereka yg x kredit kat hang, doakan baik2 aja utk depa. hang baik kan?

sofie adie
April 20, 2017 13:23

itulah! bagus sudah bagus, tapi tnpa sumber dari kita, hurm…

sofie adie
April 20, 2017 13:22

samalah…dia macam takut. tapi xtau pasal pa…huhuhuh

sofie adie
April 20, 2017 13:21

kan? hurm….nak buat mcm mana…

sofie adie
April 20, 2017 13:19

Hurm,,,bagus jugak kan? tapi still takut…huhuhuhu

itulah…memang nak kena bakoo! XD

Nurfaezah Abdullah
April 20, 2017 10:10

Rasa nak sekeh je kan mereka yg sesuka hati copypaste entri kiter tanpa bagi credit

Siti Yang Menaip
April 20, 2017 10:10

kalo CT takut jugak kot sikit.. tapi kita tulis benda betul.. jadi dun worry =)

Shahida Dzulkafli
April 20, 2017 10:10

Kalau viral mende yang baik dan membantu baguslah.. tapi kredit tak bagi, memang tak patutlah..

Noor Maizan
April 20, 2017 10:10

Kalau kisah benar, tak perlu takut sis. Biar semua orang lebih berjaga-jaga.

Apapun, kaki copy-paste 100% memang bikin panas. Bakooo je. haha

Scroll to Top