morning, sunrise, woman-2243465.jpg

Me, Darkness and I

Tiga hari sudah aku memerapkan diri dalam gelap. Hanya gelap, tanpa sebarang cahaya (kalau boleh), dan tanpa buat apa-apa. Hanya biar mata pejam hingga tidur, dan tidur dan tidur lagi.

Macam ajaib sebab aku tak bukak lagu. Hanya bila terlalu sunyi, aku buka Spotify dan dengar lagu-lagu Illenium. Atau apa-apa lagu yang menambahkan lagu rasa untuk tidak bangun. Hahahaha

Orang cakap aktiviti sebegini tak sihat…well, ianya amat membantu untuk aku kembali aktif, bersemangat pada hari-hari yang seterusnya. (Yelah tu…)

Well, tidaklah secara automatik. Lepas pada tu, bangkit dengan lesu dan mungkin cukuplah dua hari aku paksa diri untuk bergelap. Kalau bukan terpaksa hadap training yang diprovide oleh MyStep, aku rasa mungkin lagi lama aku duduk bergelap, tanpa inspirasi dan tanpa buat apa-apa.

It’s really heaven. But, I had to wake up, build my dream, create the future and make it true….

Kalau bukan kau yang buat, sape lagi? Nak harapkan orang lain bertanggungjawab dengan hidup yang kau pilih? Memang takde orang akan selamatkan kau. Every changes have to start from you. Only you can save yourself. Not others…

Aku pun marathon semua video pasal Elon Musk, Jeff Bezos, cuba mengadap free course yang ditawarkan di eLatih.

Dalam nak give up, kau terus bangkit. Sebab itu saja purpose untuk terus hidup. Make your dream into reality. So, yeah….aku tahu aku banyak sangat bertunda, banyak sangat bagi alasan, banyak sangat merungut lebih dari bersyukur…

Kau perlu ubah habit kalau nak berjaya. Wajib dan kena ubah. Itu aku cakap dekat diri sendiri. Sebab masa depan semua di tangan kau. Dan dibawah aturan Tuhan. Dia tak boleh tolong kau kalau kau tak tolong diri sendiri.

Penat, rehat.

Penat, tarik nafas.

Buat selagi mampu. Kau tahu potensi diri, jangan terlalu sabotaj diri tu….

Tu sajalah dari aku. Turun naik yang tak tentu. Normallahkan…tak turun naik, tak hidup namanya…

Alhamdulillah, aku masih punya Tuhan. Dan Al-Quran untuk menjadi peneman sepanjang jalan….

Chaiyokkk!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top