Search
Close this search box.
supermoon, night, nature background-5017773.jpg

Supermoon Gais!!!

Yo yo yo wazup gais!!!

Pe cer pe habaq korang semua? Lama benar busy takda cerita. Aku rela menaip cerita supermoon dari lipat baju yang menimbun. Dasyat benar!

Well, bukanlah selalu aku melihat Supermoon ni. Last Supermoon yang aku tahu masa tahun 2016. Lama gila wei!!!! So dikesempatan malam bersama bulan berjarak dekat pada Bumi ini, aku inginlah ucapkan supaya diri aku ni sentiasa bersikap tenang dan tidak melatah.

Aku ni dari hari tu kesibukan itu ini itu ini sampai bila ada tekanan aku terus naik radang. Bukan biashe biashe mat!

Aku pun heran pasaipa aku jadi lagu ni. Geram yang amat!

Maka, aku wish pada diri supaya jiwa ini lebih terang dan besar dari Supermoon yang kelihatan pada malam ini. Semoga aku rajin baiki diri, tetap tenang walau ribut jiwa….

Aku ni pun nak borak panjang serba salah. Pasai baju dekat belakang aku ni dok menjeling. Dok bising mintak lipat sangkut pa semua.

‘Weh lipatlah kami…’ Bingit betul! Serabut nengok. Sampai melimpah bakul baju tu yang tak tahan tu. Padahal basuh macam biasa ja. Maybe sebab pi basuh cadar pa semua. Tu yang melimpah tu. Aiguu…

Dah dah dah, kita tak mau aura-aura negatif sebegini. Baiklah kita kekal aura Supermoon.

Perihal satu sudah terlunas sedikit demi sedikit. Dan hari ini adalah hari kesibukan pada perihal satu ini kian sempurna. Slowly but surely. Ya, sangat penat. Ya sehingga berantakan jua jiwa. Namun memilih untuk tetap utuh itu jua yang menyemarakkan lagi rasa untuk terus berusaha.

Macam Supermoon ni. Ingat dia rajin ka nak datang dekat dengan Bumi hari-hari. Dak! Jarang-jarang ja perkara ni berlaku. Jadi kena belajaq bersyukur. Yang aku pi meroyan dalam loghat utagha ni pasai pa tak tau.

Rasa sedaplah nak membebel bahasa orang na? Bahasa sendiri pun lupa kemain. Apada…

Dekat padamu arah yang ingin ku tuju….cyehhh tiber menyanyi lagu Yusry tang memana. Kau dah kenapa dowh?

Okay tak orite?

Ke sebab makan kimchi overgassed kau jadi piang gini? hahahahaha

Alhamdulillah. Itu saja ungkapan aku atas segalaya yag telah dikurnia. Nak merungut, kita ini hamba. Jadi bersyukur.

Nak marah, kita ini siapa?

Jadi kena redha…

Walau seribut mana pun harian aku nih, kadang kelam kabut yang entah apa-apa, aku belajar untuk hadam secara perlahan dan pantas. Acenggane tu? Perlahan dan pantas? Kontradik gila!

Aku ni idaklah perform mana. Masih merangkak, bertatih pada dunia yang pelbagai. Jadi dengan keberadaan Supermoon pada malam nan berangin ini buat hati aku damai. Tenang pada sesuatu yang jarang-jarang.

Mengantoklah pulak gais…kay r takat tu dulu rapuan aku nh. Dari meja yang penuh bersepah. Erghhh tak tau nak kata pa…

Semoga dipermudahkan segala urusan dan husnul khatimah! Adios!

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
ana mizu
August 3, 2023 16:34

ya betoi tu kena belajaq bersyukur.
kena redhaaaaaaa hehehe

Scroll to Top