The Value of Mineral Water.

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

splashing, splash, aqua-165192.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

splashing, splash, aqua-165192.jpg

Borak pasal air ni sebenarnya sampai sudah takkan habis. Air dengan elektrik, orang akan pilih air. Air dengan makan, air dulu. Air dengan api, air jugak dulu.

Tanpa air, jangka hayat sesuatu kehidupan itu menjadi pendek.

Tadi aku dinner lah sushi. Pastu kononnya nak lah satu ice blended dari SB ke apa ke an, pastu beratur bapak panjang gila. Jadinya, disebabkan aku dah lama tak merasa Blast BR, aku pun order satu. Tapi Blast takdelah. Makanya, milkshake pun milkshake lah.

Usai makan dinner sambil layan satu episod Friends, aku lupa nak bawak mineral water sendiri, aku pun tanyalah staff BR, berapa mineral water yang dorang jual.

‘2.60 kak.’

‘Okaylah, kasi satu’

Sebab nak recover balik rasa manis milkshake tu aku dah tak kisah dengan harga air mineral. RM5, RM10, RM20…itu memang nilai dia bila kita dalam keadaan terdesak. Yang penting, kita dapat hilangkan rasa kemanisan atau kedahagaan yang dilalui.

Jadinya, apa pengajaran tentang air disini?

Aku pun blur kejap….lupa topik apa yang aku nak tazkirah.

Sejak pada transisi yang sukar ni, aku rasa macam…semakin jauh dengan orang yang kita pernah rapat. Ye dowh….makin dewasa, semakin kecil circle kau. Tup, tup…tinggal kau sorang. Entah ada sape je yang kau boleh contact time susah senang kalau bukan Allah.

Pastu, classmate dari diploma yang kawen pun lah berapa kerat je yang ingat kita. Lagi classmate sekolah menengah dengan degree. Kadang, biar jelah. Kau pun, selama ni hanya bayang bagi mereka. Nak terasa mende kan.

Pastu…kata nak lari jejauh dari sini, dari norma yang biasa kau duduk. Bila?

Garu kepala. Entah…

Aku masih level air minuman dowh. Bukan air cuckoo, coway atau air mineral brand mewah yang dijual dekat 7e.

Jap, aku kena ubah persepsi pada diri. Instead of label diri sendiri macam tu, ada baiknya aku kata;

‘Aku adalah air yang belum diteroka oleh sesiapa dan terletak di pergunungan rahsia. Air penawar, ajaib yang masih tidak dijual dimana-mana.’

Nilai air yang sesiapa akan sanggup bayar diatas keunikannya. Dan boleh jadi ia percuma buat mereka yang layak. Haaa…gitu!

Korang pe cer?

Baru sekarang nak tanya kan…hahahaha

Hopefully, korang pun sihat hendaknya. Mental, emosi dan fizikal.

Aku tahu, semua orang makin injak usia, makin banyak berahsia dan pendam rasa. Kita semua buat macam tu. Sebab, kita rasa diam adalah jawapan kepada semua perkara. Tapi, jika diam itu makan jiwa dan buat kau mati dalaman, kau silap kawan.

Hiruplah air, dan tarik nafas….kau, perlu bersuara. Suara kau, layak didengar.

Takut?

Mungkin kita menyalak, bukan bercakap dengan hemah. Tukarlah intonasi dan lantunan vokalmu, aku percaya, kita akan tarik pendengar yang benar untuk disatu sebagai irama. Terhasil perbincangan yang menyuburkan jiwa intelektual.

Siapa tahu…

Jadi, air….

Kau dah cukup belum minum at least 2 liter sehari?

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
December 16, 2021 01:41

murah la jugak tu. di RNR mau rm4 suda tu mineral. Aiguu

Scroll to Top