Blog Header

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan…

text, letter, old-4095909.jpg

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang menyambutnya diseluruh dunia. Macam mana first day Ramadhan? Sempat bersahur tak? Kalau sempat, alhamdulillah…apa? tak sempat? Takpe, boleh cuba lagi esok. Yang paling penting, niat puasa jangan lupa…

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ini. Dan untuk pertama kalinya selepas 12 tahun, aku dapat puasa penuh dekat rumah. Takde asrama-asrama atau kolej atau rumah sewa untuk masa ni. Fully at home! ^_^

Aku pun tak tau apa perasaan puasa penuh dekat rumah…mungkin jimat sikitlah kot! sebab tak perlu ke bazaar setiap kali nak ber’sungkei’ (padah orang sarawak  sungkei ya berbukak puasa…) Kalau puasa kat tempat orang, biasanya aku jadi pembeli ja…tu pun kadang sampai tak tau nak bukak puasa dengan apa walaupun gerai bazaar sampai lima puluh nam puloh…

Masa tu, aku kena planning betul-betul dan tanya perut dengan wajarnya untuk menu bukak puasa. Bajet takleh lebih dari 8 hinggit. Makanan berat: RM5, air: RM2, kuih: RM1.

Kadang tu datang mood semua benda terliur, mau habis nak dekat 50! Giler punya nafsu makan uncontrollable! Air beli air KKN yang 4 ringgit, nak ayam goreng pulak, kuih kalau boleh semua jenis ambik. Donut lagi…plus kalau hari tu ada kerja site…(ni zaman kat Arau ritulah…) Kadang tu bukak puasa sampai ke KP pun ada…sebabnya, kes cari tapak survey yang tidak diketahui kedudukannya….haila haila, rindu pulak ngan deme-deme tu…huhuhuhu

Kalau masa dekat umah sewa Kelantan dedulu, boleh jimat sikit. Sebab nasi boleh masak. Air boleh bancuh. Jadi beli lauk jerlah. Kalau rasa nak makan kuih muih, share je duit dengan housemate…

Tapi, tahun ni disebabkan puasa dekat rumah, maka kitaorang jadi penjual. Jadi sukalah aku nak menjemput perantau-perantau yang berpuasa di Miri untuk datang ke bazaar dekat stadium Miri. Boleh jumpa kitaorang kat sana…hahahaha =_=!

Menu apa ya? Mana bisa kasi tauk…datang ajalah nengoknya…gerai nombor 112. Bazaar kali ni adalah kali pertama aku join secara penuh. Biasa aku join masa nak dekat-dekat raya…sebab baru cuti masa tu. Sekarang, dari first puasa sampai ke raya dekat rumah. Maka involvement dalam pembuatan menu di bazaar dan hari raya akan ada 60% air tangan aku…mungkin 50% atau 40%….huhuhuhu

Nice to meet you Ramadhan!

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Kepada kawan-kawan aku yang di Langkawi, Selangor, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan juga Sabah, Selamat Menyambut Ramadhan dari Miri. (Aku asingkan Langkawi dengan Kedah, sebab aku masih tak boleh terima hakikat yang Langkawi tu daerah Kedah….T_T)

Tak lupa buat semua rakan blogger dan seluruh umat Islam di muka bumi ini, Salam Ramadhan!

Okaylah itu saja short update untuk hari ni. Dah macam ucapan salam perantauan pulak aku rasa…hahahahaha…

So, tahun ni korang sambut puasa dekat mana?

Ada yang puasa dekat negara yang siang dia panjang tak? Kalau ada, semoga bertabah and all the best for you all.

Last but not least, I represent to you one of my favorite Ramadhan songs…

Thanks for reading and listening!

Subscribe
Notify of
guest
21 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 16, 2016 23:50

Salam ramadhan jugak 😀

sofie adie
June 16, 2016 23:49

hahahhaha…dahal tashira….kalau singgah miri, bolehlah roger2 na…. 😀
u too!

Diya Hanun
June 10, 2016 23:16

Salam rmadan sofiieeee 😀

tashira
June 10, 2016 21:13

bestnya hahaha miri jauh gilak kak hahaha 😀
salam ramadhan kak 🙂

Nazihah@Jiha
June 10, 2016 19:25

selamat berpuasa sofie 🙂

sofie adie
June 8, 2016 06:00

puasa dekat rumah famili takyah pening fikir menu…pindah ke mana tu? huhuhu

pening kepala? maybelah kot…first day tu..

selamat berpuasa juga 🙂

cEro
June 8, 2016 05:55

Tahun ni sambut dekat rumah famili.
Rasanya tahun depan dah tak sambut sini sebab Abah dah pencen dan akan pindah. Hehehe

Puasa first macam extra pening kepala sebab maybe otak tak cukup gula.
Tapi tu biasa. Lama-lama nanti okay laa tu.

Selamat berpuasa 🙂

sofie adie
June 7, 2016 14:05

Ramadhan Mubarak…
sama juga dari saya…amin insyaAllah bersama kita dalam mengejar keberkatan bulan ramadhan 🙂

sofie adie
June 7, 2016 14:03

salam 😀
alhamdulillah dah tahun kedua…air KKN tak pernah beli? saya beli sebab dah ketagih! hahahhah
satunya lagi KKN hanya ada kat sana, kat miri masih belum jumpa lagi…

sofie adie
June 7, 2016 14:01

alhamdulillah…salam ramadhan juga LZ! 🙂

The KehalusanKelembutan
June 7, 2016 13:57

Ramadhan Kareem,
Maaf jugak segala salah silap,
moga memperoleh keberkatan ramadhan Aamiin.

The KehalusanKelembutan
June 7, 2016 13:57

salam yana tahu kedua sambut puasa kat rumah setelah beberapa tahu diperantauan hahaha.
air KKN tak pernah tak ramai , dan yana tak pernah beli sayang duit hhahahah.

LZ - The Blog Owner
June 7, 2016 13:57

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi.. Salam Ramadhan Sofie.. 🙂

sofie adie
June 6, 2016 19:29

salam ramadhan to u too ctmz! 😀

sofie adie
June 6, 2016 19:29

thanks kim chaa!
hahahhahha…geng nih…:P

sofie adie
June 6, 2016 19:28

thanks UK. selamat menyambut ramadhan jugak untuk UK 🙂

sofie adie
June 6, 2016 19:28

satu orang setiap negeri je tu…hehehehhe
of course jimat!

salam ramadhan mubarak to u too tomo! 😀

ctmz
June 6, 2016 19:26

Salam Ramadhan Kareem & Selamat Berpuasa! =)

Kim Chaa
June 6, 2016 19:26

Selamat berpuasa jugak utk org miri. ^^ . Sama, tak dapat terima hakikat yg langkawi tuu kedah. =.="

Ucing Kadayan Fan Club
June 6, 2016 19:26

selamat menyambut bulan ramadan (>_<)

Anonymous
Anonymous
June 6, 2016 19:26

wah, ramainya kawan kak sofie! hehehe. tak salah lagi memang jimat bajet bila berpuasa kat rumah. sy pernah tengok berita pasal negara yang waktu siang hari dia tu lama sangat. dugaan betul.

selamat menyambut ramadan al-mubarak kak sofie 😀

Scroll to Top