Search
Close this search box.
muslim banner, islam banner, ramadan-7093980.jpg

Jurnal Ramadhan 2: Stamina Don!

Well, stamina don katanya suatu menu yang datang kembali. Lepas tu aku takeaway lah menu nih. Berharap ianya sama dengan Stamina Don 4 tahun lalu. Rupanya….

Tidak….hanya ada nasi dan daging semata. Dulu punya ada gabungan telur dan dagingya agak berbeza.

Entahlah tu….Sekarang memang senak lah perut menahan stamina don nih. Tak pepasal terpaksa tidur lambat bagi makanan ni proses cepat sikit. Aku pulak makan lambat tadi. Dok sibuk pusing mall sebab dah lama tak lepak sensorang pusing mall. Rindu betul rasanya.

Oh ya, waktu kerja sekarang agak awal sikit habis. Walau cuma 30 minit awal, tapi bolehlah….dari tak awal langsung. Pastu pusing punya pusing, aku terbeli aiskrim Ben and Jerry perasa Netflix and chill. Bolehlah. Nak kata sedap tu sedap, mungkin sebab aku dah kenyang, rasa dia macam biasa je. Aku still craving BR punya aiskrim. Nyameh!

Esok kembali buka puasa secara sederhana. Misi aku Ramadhan ni nak berjimat dengan lebih lagi dan melangsaikan semua bebanan kewangan yang ada. Hilang semua, lega rasa hidup!

Okaylah weh, jumpa esok. Rajin, aku masuk karipap. Tak rajin kita buat popi saja. Rajin lagi, mungkin buat pai daging. Tak put wrap. Tapi nasi masih ada. Mungkinkah nasi goreng telur masin?

Kita tunggu dan lihat.

Selamat menjalani ibadah puasa semua!

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
April 7, 2022 00:38

pelbagai menu dalam kepala.. mana satu direalisasikan. hahaha

Scroll to Top