Search
Close this search box.
autumn blooming anemone, japanese anemone, pink flower-7107422.jpg

Beli baju raya @ Recycle ?

Aku ni, dah lama benar tak shopping baju raya dengan sebetulnya. Last yang aku shopping sakan pun masa tahun 2012 rasanya. Masa tu tiga pasang baju raya aku borong. Semua kaler oren pulak tu. Tak alang-alang rembat!

Lepas pada tu, baju raya semuanya dibeli atas pilihan keluarga. Janji ngam, janji ikut tema. Habis cerita.

Lepas tu, sejak lepas PKP nih, aku pun tetiba rasa macam, KENA beli baju raya baru instead of recycle. Sampai bila nak recycle weh? Kelapa diperah beratus kali sudah tentu kering santan dia uiii….begitulah dunia recycle ….tiber hahahah

Mahu tak tiber, sebab kadang jemu jugak kitar baju sama. Buang je lah baju lama tu. Lelong dekat bundle. Pastu, ko ambiklah baju baru. Habis cerita. Baju kurung yang aku ada ni pun semua dah outdated bhai. Bukan tak muat. Still muat ea, cumanya corak dia macam tok nadur berkajang kain jugaklah.

Lambat pulak aku tidur hari ni. Maklumlah baru siapkan inti karipap. Esok boleh kepil-kepil je karipapnya. Stok pun sebekas ha aku buat. Karipap inti daging yums!!!!

Korang beli baju raya kat mana weh? Shopee ke walk-in lagi better? Nak beli baju raya jovian pun, malas nak support kapitalis. Tapi semua business itu kapitalis. huhuhuh

Papehal fon raya dah ada. Katil raya pun dah ada…jiwa raya baru nak ada…baju raya masih decide lagi….teraweh pun macam chipsmore. Adoyaiii….

Okaylah weh, aku pun tak banyak citer. Nak tiduran awalan. Gitchu…

Papehal roger!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top