Blog Header

Dear Zus…

Sejak wujudnya Zus dua tahun lalu, di mana aku baru tahu kewujudannya tahun ini, aku rasa ia sudah menjadi satu cafe wajib dalam hidup. Selepas Secret Recipe, Starbuck, kini Zus. Old Town White Coffee mungkin kadang-kadang. Oh, Black Canyon, Thai Thai…dan banyak lagilah.

Ikutkan aku nak buat review pasal Zus, tapi…nantilah. Aku suka Zus wujud. Tahniah korang sebab berjaya naikkan momentum setara coffee mewah yang lain. Syabas!

Cumanya aku tak suka sangat packaging dia yang menggunakan stapler dan selotep. Ia agak, tidak friendly. Packaging dah okay, cuba terlalu secure yang buat susah nak bukak tu, aku tak sure kenapa. Takut tumpah? Mungkinlah…mungkin pihak RnD korang boleh cari alternatif yang lebih friendly dan mesra pelanggan.

Plus stapler korang pun agak merbahaya. Agaklah…cuba guna selotep macam Starbuck. Nice and simple also secure.

Okay habis part feedback sebagai penggemar Zus.

Semalam aku tak sempat update blog. Takde intention pun nak update hari-hari sebab kalau aku tak up life dekat sini, aku still akan menulis dekat diari. Yup…buku fizikal jurnal aku yang selalu ada cerita. Cuma empat bulan yang lepas aku lost gila buat aku takde tulis apa-apa dalam tu.

Tak tau pasal pa, tulis diari yang aku gemar pun aku tak minat masa tu. Dengar lagu pun kureng…sekarang baru okay sikit. Baru nak letak boundaries dalam diri. Kuatkan mental agar bila emosi celaru, mental aku masih boleh kawal sisi dunia yang itu.

La ni aku masih lagi baca buku Furiously Happy dan satu lagi buku pasal tingkatkan dunia kerjaya.

Oh ya, kelmarin aku habis dengar audiobooks pasal Ikigai. Pergh, bagus gila layan audiobooks. Sehari boleh habis dua ke tiga buku bhai! Cuma nak betul-betul digest pasal buku tu, aku hadkan sehari satu audiobook saja.

Dengar dekat Spotify saja. Kau pun dah langgan premium dekat situ, cukuplah an.

Apa lagi?

Minggu akhir yang dinanti telah tiba. Aku kena siapkan cepat mana yang tertunggak. Yihaaa! Lepas tu rehat sat sebelum masuk kerja baru. Pergh….dah nak 2022….

Semoga tahun ini ditutup dengan pelbagai senyum dan memori manis. Amin! ^_^

Korang pulak pe cer 2021 ni? Oh nanti macam biasa, aku buatlah round up story sepanjang tahun ni. Korang pun mesti excitedkan nak jumpa tahun baru. Moga kalian sihat selalu dan bertemu dengan impian yang didamba.

Till then, papehal roger!

Chow!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
November 24, 2021 00:14

Laju dia dah cuba…

Scroll to Top