Ini semua sementara….

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

bird, robin, birdwatching-7111988.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

bird, robin, birdwatching-7111988.jpg

Kabare gais!

Salam Ramadhan Kareem, salam sahur, salam bermujahadah di bulan yang penuh baroqah ini.

Sedar tak sedar, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Dan tiga minggu lagi, bertemulah kita dengan Syawal. Cerita pasal Syawal, dah lama rasanya tak merasa kemeriahan raya yang normal ye kawan….Rindunya nak ziarah menziarahi walau hakikatnya aku bukanlah penggemar untuk mengukur jalan di pagi raya. Tapi, lepas covid hari tu, aku rasa macam, setiap detik itu berharga. Setiap peristiwa itu layak punyak bukti dan memori. Untuk dikenang di hari yang tidakkan lagi kembali.

Kadang rimas jugak nak pakai mask. Dua tahun dah kan kita dengan mask. Rindu rasa nak hirup udara bersih. Segar,…tanpa sebarang mask….tapi tu lah…kesihatan itu tiada galang ganti. Ia lagi mahal dari harga sebuah kebebasan.

Selama ni kita ambil lewa saja perkara sebegini. Ambil endah tak endah. Siapa jangka yang hirup udara pun kian punya sekatan yang lama begini. Tapi ini semua sementara. Sementara kawan….

Lahai sejak bila aku pandai layan lagu jiwang nih?

Hahahaha

Mood puasa sorang ni macam ni lah…Kalau dihitung, hampir setiap tahun aku menjadi perantau. Puasa sendiri tanpa keluarga. Adapun dimeriahkan dengan rakan taulan. Makin lama, semua rakan sudah ditinggal. Yang ada, kau sorang. Sahur sorang, masak sorang, makan sorang….well, tidaklah seorangan. Ada jugak Netflix Tuhan yang meneman. Alhamdulillah….Plus, radio Zayan kan ada untuk meriahkan hari-hari sepi kau….tiberr…hahahahaha

So, bila kau punya masa untuk begitu begini ini, mulalah kau usha-usha semua rakan yang pernah kau kenal dulu. Saja nak tahu apa yang berlaku dalam hidup dorang. Tak follow pun. Friend pun tidakle….cuma tengok saja. Sebab rasa macam awkward nak bersapa. Kita dah tak sama. Kita bukan lagi macam dulu.

Kau ada hidup kau…

Aku…ada hidup aku….

Bukan nak putuskan ukhwah…cuma ia seakan lumrah. Habis belajar, semua dari kita berubah haluan. Definisi kawan dalam dunia kedewasaan pun berubah. Lambat laun, kita hanya ada insan yang bernama keluarga saja. Related by blood. Sebab kau tahu mereka sentiasa ada untuk kita. Susah dan senang….

Dan buat rakan yang pernah jatuh dan bangkit pun, jumlah kian pudar. Sudahnya mereka yang memilih untuk meninggalkan…jadi untuk apa kita mengemis perhatian….

Ini semua sementara kawan….

Ada rezeki, jumpa di telaga Kautsar. Kita sama-sama meneguk disana. Panjang usia, bertemulah kita jua. Dengan IzinNya…

Eh, panjang pulak aku bebel hari ni. Kata nak aktifkan AO, sini pulak aku bebel. Aku rindu dowh zaman blog 8 tahun lepas. Aku sendiri pun tercari dimana perginya aku yang 8 tahun lalu….dunia sudah ubah kita jadi semakin ignorance huh?

Entahlah….

Sampai bertemu lagi kawan. Aku doakan kalian baik hendakNya.

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
April 10, 2022 14:56

bebel lagi best. hahaha

Scroll to Top