Wajah Baru

Berita paling teruja bilaman kau dah bebas!!! Walaupun kita masih lagi dalam fasa PKP menghapus Covid-19 hingga sifar, tapi itu bukanlah menjadi halangan untuk aku berjiwa bebas dan terusan bermimpi di siang hari.

Paling gembira sekali impian nak mendesign dan mempunyai authority 87% dalam blog ni sudah pun menjadi kenyataan. Amboi kau kemain nak menulis macam editor majalah ye? Takdelah, aku tengah mood teruja nak explore dan menggunakan sebaik mungkin kenikmatan blog menggunakan wordpress ni. Kasilah aku can untuk hari ni.

Oh ya, ini adalah post percubaan aku taip menggunakan writing block instead of classic. Awesome giler weh! Tak terkata awesomenya. Kalau siapa pernah guna Square Space, writing block WordPress ni dia macam ada feel macam Square Space jugak.

Dulu masa awal kenal dunia blog, aku pernah guna wordpress.com. Masa tu adalah satu blog merapu dengan tajuk ambivertlife.wordpress.com. Lame giler nama blog. Huhuhu

Betul ke best guna WordPress?

Ada ramai blogger yang dah memilih jalan untuk self-hosted. Dan sebelum mereka berhijrah, persoalan seperti best ke blog guna wordpress? Kenapa memilih untuk berhijrah? Dan apa kelebihan menggunakan WordPress sebenarnya?

Kalau korang Google, lambakan carian akan keluar pasal ni. Cuma yang menjadikan dia best adalah bila kita pilih untuk ambil risiko dengan cuba berhijrah daripada blogger ke WordPress. Penghijrahan ni bukanlah suatu perkara murah. Bahkan aku sendiri dah melabur lebih kurang 300 untuk pastikan blog ni stabil dengan jayanya.

Penghijrahan ni bukanlah suatu perkara murah.

Sebenarnya panjang lagi aku nak explain, tapi cukuplah dulu short-update nih. Aku pun tak tidur lagi hari ni. Korang nantikan perkongsian yang lebih menarik tentang keseronokan blog guna WordPress!

Adios!

Content Protection by DMCA.com

Kongsi 

Related Posts

2 thoughts on “Wajah Baru”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top