Search
Close this search box.
Nyawaku Di Tangan-Mu

Nyawaku Di Tangan-Mu

Bisikan itu semakin bingit. Sebingit gempita di subuh hari!

“Kau bodoh!”

“Kau tak patut hidup!”

“You’re the loser!”

Dan yang paling kerap sekali dia dengar adalah; “I HATE MYSELF!”

Siapa? Siapa dibencinya??

Kepala dipegang bagai dirasuk migrain. Namun tiada sakit.

“I Hate Myself!!!” teriaknya lagi. Dia menoleh kiri kanan. Siapa yang berkata?

Lemas. Lemas! Itu dirasanya kini.

Dia lemas dengan suara tidak berjasad itu.

Dia lemas dengan bisikan yang semakin hari semakin kerap berputar hingga lenanya pun terganggu.

“Kau apasal wujud? Bukan kau patut mati ke?” bisiknya kala dia mahu pejamkan mata.

‘Ah, sudah!’ earphone disumbat ditelinga. Lagu paling bingit dia pasang agar bisikan itu tiada lagi kedengaran.

Satu, dua, tiga….suara itu sudah senyap. Yang terdengar hanya irama lagu Popular Monster nyanyian Falling In Reverse.

Itu rutin harian kala dia mahu pejamkan mata. Bukan dia tidak cuba untuk mendengar ayat suci dibaca Muzammil Hasballah. Dengar. Malah pernah dia putarkan sebulanan agar suara itu tiada kedengaran.

Namun, kerap kembali ia datang. Bisiknya, ‘Aku tidak patut hidup’.

Kadang dia beri gambaran agar aku ambil saja pisau didapur dan tikam saja dadaku kemudian selitkan nota terima kasih dicelahan belahan dada itu tadi.

Dia cuba untuk tidak mengikuti imaginasi yang dia bayangkan.

Dia cuba untuk bertahan.

Dia cuba.

Oh my God, I keep on stressin’, every second that I waste
Is another second sooner to a blessing I won’t take…

‘Ci, aku nak mati…’ dia menghantar mesej pada si teman yang sudah hampir setahun tiada bersua.

Bukan dia meraih simpati. Tidak. Namun dia tidak tahan pada bayangan dan segala bisikan dia yang menghantuinya SETIAP HARI!

Aku tak gila dowh…

Aku tak gila…tangisnya. Habis buku diconteng dengan ayat yang sama.

Sebaris tidak cukup menyatakan dia tidak gila. Tidak menyakinkan, ujarnya.

Pena diconteng dalam, ditarik, habis helaian buku direntuk dan basah dek kerana pertarungan itu.

Dia cuba….

Dia cuba…

Namun apa yang diputar adalah ‘Nyawaku masih di TanganMu…’

Aku hamba tiada layak untuk mencabutnya…walau sejuta kali aku merasa mahu saja dicampak tubuh ini dari tingkat 17. Namun pekikan itu tiada siapa dengar.

Hanya dia. ‘Kenapa dia? Kenapa aku? Kenapa aku?” lirihnya berulang.

Nyawaku diTanganMu….

Nyawaku di-Tangan-Mu…

Dia menahan diri dari melakukan sebarang hasutan yang semakin hari semakin kerap munculkan diri…

“We’re searching for the truth in the lost and found

I break down, falling into love now with falling apart….”

Patutlah ia tidak melepaskan dia pergi….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top