Termenung jugaklah…

Termenung jugaklah…

Sebelum aku menyambung main game Cooking Diary bagi memenangi anugerah Cosmic Chef, aku nak lah update barang cerita yang tadaklah happy ending mana untuk ditatap dalam lipatan sejarah.

Selepas tiga bulan menganggur dan kerja sekadar ikut masa sendiri ni (yang jujurnya tadaklah dapat pulangan yang sampai boleh dipertontonkan dikhalayak ramai seperti kebanyakan yang berlaku dikalangan so we called them ‘entrepreneur’). Termenung jugaklah akunya….

Masa sekarang semua orang bergantung hidup pada mencari rezeki yang based on hierarchy pyramid alternatif bagi sistem MLM.

Since aku adalah sejenis manusia yang paling bermasalah bila hidup berhierarki ni, awal aku nasihatkan korang untuk tidak sama sekali tidak, untuk menjadikan aku bahan ujikaji bagi perkara sebegini. Aku support ya aku akan beli. Tapi untuk join, samada beli dekat korang atau tidak itu pilihan yang aku bebas untuk buat.

Dia semacam laju je semangat rebel tu nak berevolusi bila orang push dan pressure aku (don’t you dare challenge my patient). Sampai rasa macam terpaksa pesan dekat sesiapa yang gemar sistem ini untuk jauhi aku sebabnya aku bakal membawa aura toksik dan pelbagai ion negatif dalam hidup korang.

Aku suka tengok semangat korang berbisnes, suka tengok korang berjaya, aku support apa jua yang korang buat (dari jauh). Cukup sekadar itu. Orang yang betul-betul aku akan support dan percaya hanya mereka yang benar-benar kenal aku dan aku kenal mereka. Baru aku dengan rela hatinya akan bagi sokongan 100%.

Biarlah aku masih termenung dikala korang dah duduk di istana sekalipun, janji aku tak langgar prinsip hidup aku sendiri.

Biarlah ia lambat, biarlah ia bergerak seperti siput babi sekalipun, janji aku tidak terlibat dengan sistem hierarki dan piramid kristal yang dicipta untuk mengaburi mata makhluq mediocre seperti aku ni.

Aku sedang dalam proses belajar untuk terima hakikat yang hidup aku bukan seperti series HIMYM, TBBT, FRIENDS, mahupun Will & Grace. Tapi lebih kepada hidup Spongebob Squarepants yang suka masak Krabby Patty. Literallynya.

Aku terpaksa terima hakikat yang mimpi aku terlalu sukar direalisasikan. Lebih-lebih lagi bila aku menolak unsur-unsur yang kebanyakkan sifu perkenalkan. See, bermasalahnya aku ni. Dia lebih sukakan kajian sendiri sebelum main terjun dan angguk kepala pada orang yang dia sukar untuk terima konsepnya.

I wish I was simple-minded.

I wish that it doesn’t have to be this complex. But, whenever I tried to pretend that I’m okay with this kind of life, part of me just wanna die. While part of them, already becoming polythene.

Orang cakap, nak suka sesuatu tu kita kena berlakon yang kita sukakannya. Nanti lambat laun kita akan terimalah dengan sendirinya. ‘Bagi ia masa’ kata mereka.

Termenung lagi…

“Macam mana kau nak dapat sesuatu kalau kau tak fight for it?”

I’m not a fighter mother.

I’m a surrender…

A rebellious and what I called myself as a petualang.

Always retreat whenever the battle started. Coz that’s my nature.

I already lost before the battle started.

Kalau kau nak berjaya, pergilah, aku support kau.

Tapi, biarlah aku sebagai pesorak yang setia untuk kau. Aku takut pada kejayaan….tapi aku suka lihat kau berjaya….

Termenung jugaklah nak faham diri sendiri…

Aku takut pada limpahan cahaya…

Kau pun tahu aku rabun silau kan?

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
June 18, 2020 23:27

hurmm macam k.ana ni pulak pun sebenarnya suka je tengok fb frenlist duk tayang duit kepuk-kepuk ape segala lah disbbkan join online bisnes katanye kan.. tapi yg kurang best bila ada ayat copywriting yg diorang tulis kat fb tu lebih kurang mcm memperlekehkan golongan lain.. lebih kurang gini contohnye :

“takkan nak bergantung pada gaji hujung bulan je, meh pm sis, sis guide korang sampai berjaya”

“eh jangan dengki tgk sis up bonus online bisnes sis ye. kalau nak jugak, meh pm sis. takkan nak tunggu gaji masa hujung bulan aje”

“rugi tau keja ofis hour tapi gaji cukup makan je.meh pm sis, sis ajar cara nak dapat bonus tgh bulan”

engkorang nak niaga, niaga je. ayat copy writing tu hurmmmm nti kata kita ni toksik pulok hehehe

sofieadie
Reply to  ana mizu
June 19, 2020 11:59

Tau takpe….kadang bukan kita xnak meniaga, nak itu mahulah….
Tapi, biarlah kita je yang tahu berapa banyak kita dapat….

Ini show off karang bila kena rompak menangis ta berlagu….

overrated copywriting be like, gitulah nya…keje nak menyentap orang

Scroll to Top