Hard Feeling huh?

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

lonely, thoughts, thoughtful-5122894.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

lonely, thoughts, thoughtful-5122894.jpg

Samaada aku yang overthinking atau minda aku ni langsung tak kenal erti senyap???

Setiap benda yang aku tengok, perhati sekadar memerhati seperti biasa, suara dalam kepala aku macam sedang bersidang. Aku toleh ke tiang lampu, dikatanya…jika jalan tanpa lampu, gelapnya seperti hati yang dah lama tak bertaubat. See! Tiang lampu dengan taubat tu benda yang berbeza. Jauh!

Dan untuk senyapkan suara-suara dalam kepala, aku pun pasang lagu…mulanya main lagu Shyne Ward…layan ajelah kan…tetiba lagu Asmaul Husna by Sami Yusuf berkumandang…tanya pada diri, bila kali terakhir aku ucap 99 nama Allah ni? *tunduk malu sebab tak ingat* lepas tu cabutlah earphone…tertampar dengan playlist lagu sendiri. Disebabkan hari ni aku balik rumah lambat…lagi banyak bunyi dalam kepala. Bergaduh pulak dengan suara hati.

Aku pun tak tahu nak dengar mana satu..last-last aku terpaksa masuk campur…dan bila aku masuk campur, makanya aku ‘seolah’ bercakap seorang diri. Padahal aku tengah sembang dengan hati dan minda aku. Kadang alam pun ada jugak masuk campur…

Cuma, orang tak nampak. Orang tak nampak perkara tu…dan perlahan aku rasa mata kanan aku seperti penuh dengan aura bawang merah…tak taulah ketawa gila dengan diri sendiri atau sedih mengenang dosa semalam…berteleku sambil menunggu orang ambil. Sampailah maghrib…baru aku balik….dan sepanjang perjalanan balik, baru suara-suara tu berhenti. Hormat maghrib kot!

Dalam senyap lepas isya’, Skillet terus tak bagi chance kat aku untuk berehat. Boleh pulak buat konsert dalam kepala aku. Dan bagi aku satu rasa yang sangat berat….Hard Feeling huh???

Dan aku tak tau kenapa, kenapa aku harus biarkan semua suara ini berbunyi….mereka teman aku, aku tak boleh nak senyapkan diorang. Tanpa mereka, otak aku mati. Hati aku kering…..dan sebab itu aku hanya ikut perbualan ‘mereka’…berat sangat topik-topik dia…yang kalau nak keluar secara lisan..yang dengar hanya….satu helaan yang berat tapi cuba ditahan supaya tak kedengaran seperti mengeluh…

Mengeluh tak baik…seolah macam tak bersyukur diberi hidup. Hela lagi…..perlahan…cukup perlahan untuk aturan nafas normal…

Cuba alih topik kepada penjanaan idea….apa-apa pun confirm akan back to basic..dahlah…aku tak naklah aku yang rasa berat hati, perasaan, emosi semua…korang pulak jadi mangsa tempiasnya…takpe…aku masih lagi boleh simpan ‘suara-suara’ ni…lewat malam macam ni, biasanya ‘dorang’ dah tido…

Kali ni aku tak paksa korang untuk play video yang tertera…tapi kalau korang nak dengar, I would appreciate it….thanx for be my loyal readers!!!

Setiap kali balik kerja, baca komen korang, aku rasa yang…walau kita tak pernah pun kenal ke apa secara realnya…tapi mesti ada someone somewhere yang doakan kita….percayalah…

Kenapa cahaya itu selalunya letak diatas?

Sebab dia nak menyuluh dengan menyeluruh, kenalah duduk diatas….

Jagalah cahaya dalam diri walau hanya sebesar nyalaan ubat nyamuk…

thanx for reading and supporting! No hard feeling okay?

Subscribe
Notify of
guest
22 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
February 23, 2016 18:45

okay! 🙂

sofie adie
February 23, 2016 18:45

thanks fifi…. 🙂

Oh Oh Zulasri
February 20, 2016 20:55

Sentiasa positif k 🙂

miss fifi
miss fifi
February 20, 2016 20:55

samala kita, there's a voice within that keeps tugging on our heart untuk kenang balik about our life etc. I think it's a good thing sebab it keeps us in control 🙂

I doakan the best for you, Inshaallah 🙂

sofie adie
February 20, 2016 16:14

hahahahhahha….monolog ke mengomel ni memang antonim dengan lelaki….sebab diorang macam senang berimaginasi…hahahahhahahha

xpe takyah faham pun takpe…sebab aku sendiri tak pernah faham… 😛

sofie adie
February 20, 2016 16:12

betul….sambil perhati keadaan sekeliling dalam presepsi dan sudut berbeza….

sofie adie
February 20, 2016 16:12

hahahhahah…kak nad…takpe akak still fikir banyak jugak..cuma dah lain…akak lebih banyak fikir tentang anak akak pulak, tu pun fikir apa..heheheheh

sofie adie
February 20, 2016 16:10

salam bersahut…
kan? pastu toleh kiri kanan…dan realize balik…monolog sendiri tu memang akan berakhir dengan gelengan kepala…huhuhu

sofie adie
February 20, 2016 16:09

ala kak…knp tak abis tulis?….lagi panjang komen lagi saya suka tau……

minda bawah sedar mmg lagi berpengaruh…setuju dengan akak…

sofie adie
February 20, 2016 16:07

thanks Ana….ya…rakan blogger..insyaAllah ada doanya juga… 🙂

sofie adie
February 20, 2016 16:07

split personality? fuh…masih lagi selamat…alhamdulillah…

sofie adie
February 20, 2016 16:06

hahahahha…tulah samalh….tapi kdg lagu tu lagu buat feeling jadi hard…tulah org kata biar lagu eksperesikan rasa…

sofie adie
February 20, 2016 16:05

thanks for advice Munirah! 🙂

Bro Ley
February 20, 2016 10:14

Wow..susahnya aku nak faham apa yg kau fikir sebenarnya..maybe aku jarang bermonolog kot… Tapi kalau aku tgh drive kadang2 aku imagine macam2, tahu2 nak dekat rumah dah. haha…

Farhana Zukri
February 20, 2016 08:48

selalu juga banyak fikir, tapi biasanya benda tu la yg tolong masa kita ngah buntu 🙂

nadialadzim
February 19, 2016 18:29

sekarang akak dah tak menyempat nak pikir-pikir macam tu. kita belum celik mata pun, anak dah jerit2 mamamamabababababa kat sebelah telinga..:")

The KehalusanKelembutan
February 19, 2016 18:29

salam saya pon lebih kurang macam sofie , saya pesen bila naik kereta kena angin sepoi sepoi , sebab saya tak suka pakai aircond, mulalah monolog sorang sorang .sampai meleleh air mata pon pernah hiks …cepat cepat je cover

ros nordin
February 19, 2016 18:29

Percaya lah bercakap dengan diri dan minda sendiri jauh lebih baik dan hebat kesannya.. percaya juga minda bawah sedar (roh dan jiwa) sebenarnya lebih berkuasa dalam memperngaruhi hidup kita.. hakikatnya kita juga tak nampak Allah..tapi DIA ada…kuasa minda..yang nampak atau tak..Yang bawah sedar tu selalunya orang tak peduli dan abaikan..macam biasa sori terpanjang komen..hahahha.. tapi akak rasa macam tak abis nak tulis la…

Ana Fatihah
February 19, 2016 18:29

Berfikir dan bermuhasabah itu baik untuk diri kita yang selalu lupa.

Dan, sangat setuju yang walaupun kita xkenal tapi sangat hargai readers blog. Ya, kadang2 memang teringat juga kawan2 blog dan ketika ingatan tu datang in shaa Allah akan disertakan dgn doanya sekali. :')

Scya Lollita
February 17, 2016 18:49

Kadang-kadang memang penat nak layankan suara-suara tp tapi bila tak terfikir apa rasa sunyi pulak sendiri. Scya pun kadang-kadang terr-'bersembang' dengan diri sendiri pastu bila sedar, tanya diri apa aku merepek tadi haha.

jgn sampai ada split personality dah lah >.<

sha purplegirl
February 17, 2016 18:49

Best lagu tuu. . sy pn pernah rasa macam tu. Banyak benda duk pikir. Banyak jgklh suara muncul dalam minda. Lagi2 klu xpuas hati dengan orang lain. n hardfeeling. Kekadang fikir, sy sorang ke rasa macam ni, macam xmature je. hahaha. Part terpasang nasyid or zikir kat fon pn timbul rasa bersalah jugak. Adededehh.

Munirah Rafiuddin
February 17, 2016 18:49

just fikirkan yg positif je, insya Allah kita akan jadi positif. Then aura positif tu akan merebak pada orang sekeliling kita… (^_^)

Scroll to Top