Blog Header

5 Stupid things I spent my money on

text, letter, old-4095909.jpg

Obsesi terhadap menghabiskan duit ini memang agak bahaya. Bahaya dia boleh cecah tahap petala ke-18! Dasyhat tak dasyhat! Ya ya ya, aku memang akui yang aku ni seorang yang boros bila datang perihal barang yng aku suka. Come on r, siapalah tak suka duit kan? 

Tapi, tu lah…sepanjang 25 tahun hidup ni, aku rasa sebenarnya boleh sangat aku jadi jutawan sekarang. Kalau aku faham dan tahu macam mana tekniknya pada usia darjah satu. Tapi…tak! Semua tu aku baru faham sekarang. So, mungkin masa aku umur 50 tahun nanti baru dapat jadi jutawan. ?

Jadi, sukalah aku kongsikan sedikit perkara-perkara bodoh yang aku pernah buat sepanjang belajar pegang duit sendiri. Aku harap perkongsiaan ini tidaklah diulang oleh kalian. (Boleh tahan jugak boros aku. Isk isk isk!)

1- Join komuniti MLM

Kisah ni berlaku masa aku belajar dekat Arau. Orang yang ngajak aku ni pulak student UUM. Masa tu aku ingat lagi, aku tengah beli makanan dekat cafe Apple. (Bagi sesiapa yang familiar dengan UiTM kampus Arau mesti tahu Apple dekat mana). Datanglah seorang akak ni. Dia perkenalkan diri sebagai F. Aku ni mati-matilah ingat dia bisnes affialiate yang sebaris dengan bisnes online ke apa kan.

Tambah pulak masa tu aku terlalu teruja untuk kumpul duit dengan cara ‘mudah’. ? Aku cubalah bagi peluang dekat diri aku yang, “it’s okay to listen first. Later I will decide either I want to join or no”. Masa tu kebetulan aku free, aku dengar akak tu kata preview bisnes tu 100% percuma. Namalah previewkan. Aku pun dengar nama percuma ni, laju ajelah kasi nama.

Pendekkan cerita, aku terjebak! Habislah dalam RM800. Termasuk cost tambang pergi balik ke KUIS. Katanya program gabungan satu Malaysia bagi komuniti tersebut. Masa tu aku terserempak dengan seorang kawan satu sekolah aku kat Kelantan dulu. Memang lamalah tak jumpa. Terasalah kecik dunia bila join benda macam ni.

Dalam hati aku ada sedikit was-was, tapi aku abaikan. Sehinggalah aku buat pembayaran terakhir dengan janji yang diorang akan guide aku. (Alah, semua orang boleh tekalah apa jadi) Habis aku bayar, diorang terus LESAP!. ?

2- Scammer versi online

Aku ni memang jenis manusia percaya pada peluang kedua, ketiga dan seterusnya selagi aku tak nampak bukti. Maka aku cubalah satu laman website ni yang katanya akan mendapat pelbagai pulangan yang mashyuk! Padahalkan, aku boleh je fikir logik, mana ada high return kalau low risk! Sumpah aku rasa nak kasi clorox otak aku ni!

Tapi syukurlah aku habiskan RM140 je dekat sini. Pheww! Itu pun duit jugak mak cik oi!!!

3- Teruja pada penjagaan kulit muka

Kulit muka aku ni kind of neutral. Pakai apa-apa pun semua sama je hasil. Melainkan kalau produk tu bila aku pakai dia mengeringkan muka aku. Even aku tak pakai pencuci muka pun, muka tetap sama dengan pakai. (Syukur jenis muka aku tak mudah naik jerawat bila tak sesuai dengan produk)

Pastu, adalah tiga masa tu aku habiskan 200+540+300 = ……..

First, aku kekonon nak try produk mahal. Baru nampak serius dalam penjagaan kan. Konon! So, setakat 200 tu, aku rasa berbaloi jugaklah. Masalahnya, aku tak rajin nak menepek setiap hari. Pagi petang siang malam bhai! Apa dia ingat aku rajin. Then, aku tak pakai dengan konsisten. Akhirnya dia expired macam tu je.

Yang kedua tu, aku terjebak masa ada fair dekat dewan Mawar dua tahun lepas. Produk tu katanya dari doktor skin care. Aku tak pernah dengn nama produk tu. Even aku google banyak kali pun aku tak jumpa reviewnya. Aku ni dahlah tak percaya sikit dengan produk yang takde website rasmi ?.

Tapi, aku tak tahu hantu mana yang menghulurkan tangan aku pada diorang sebanyak 540! Telan air liur aku! Ini kalau SKII aku terima lagi. Tapi ini bukan SKII!

Kes yang ketiga pulak berlaku selepas kes kedua. Aku berhenti pakai segala produk yang tidak aku yakini. Aku biarkan dua tiga minggu tak pakai apa-apa. Pastu, pergi jalan kat mana tah, gatal pulak kaki aku ni pergi menjengah The Body Shop. 

skincare, TBS

Allah, godaan mana pulak yang menghasut sampai aku main bayar je 200+ dekat kaunter. Alih-alih produk tu langsung tak sesuai dengan aku. Sebab kulit muka aku jadi panas dan kering. Haila haila! Pakai Gamat Emas je lagi bagus! Tak perlu pun berhabis beratus-ratus!

4- Hantu Gadget!

Kalau boleh semua gadget aku nak miliki. Lagi-lagi kalau yang berunsur peranti untuk mendengar lagu. Tak kiralah earphone, headphone, bluetooth speaker, MP3, MP4, walkman, discman, speaker biasa, speaker dalam shower….janji dia boleh keluarkan muzik dan lagu! Obses giler dengan muzik! (Aku risau jugak dengan diri aku ni. Risau tak sedar masa bila dajjal serang dengan muzik aku terhanyut…tanpa sedar. Naudzubillah min dzalik!)

Obsesi ini masih lagi berlaku. Sebabnya aku masih buat tabungan untuk belian gadget! ? Wishlist gadget aku tak pernah surut. Makin bertambah lagi adalah. Nak nak pulak sejak ipad aku tak function kes masuk air. Lagilah aku geram nak beli baru! Fungsinya:- nak main game lagi puas dengan skrin besar. ?

5- Expensive foods!

Aku suka makan. Dan mencuba segala jenis makanan yang aku tak pernah jumpa dan rasa. Semua makanan aku balun. Tolak ceri je aku tak makan. Kasilah western, arab, chinese, korea, japan, jawa, melayu, perancis, india…insyaAllah aku akan telan punya.

Masalahnya, semua makanan ni harganya kadang mampu leleh je. Sampai ada orang jeles kalau insta aku penuh dengan gambar makanan. Come on r, makananlah penghibur perut nak lara. Bila aku lapar ke, aku sendiri belek ig aku kot! ? Nak ambik feel masa aku makan hari tu hari tu….tapi tu lah..orang cakap tak baik menunjuk. Haila haila….

Sebab kes-kes macam nilah aku dah jarang up gambar makanan dekat ig dan makan makanan mahal. Melainkan bulan puasa nanti. Hahahahaha atau masa musim gaji ke apakan. Kalau aku up gambar makanan masa bukan musim gaji, fuh! mahu kena pekakkan telinga weh! (Maklumlah, orang tak nampak pun kalau aku makan murah atau terpaksa berlapar….?)

Menyesal tak habiskan makanan dekat semua benda ni?

Ergh! Sape tak menyesal bhai! Lagi-lagi bila kes kena tipu. Tapi tu lah….banyak benda jugak yang aku belajar dari situ. Aku dapat belajar yang…

  1. Scammer takkan kaya kalau aku tak bodoh dan taksub untuk jadi kaya. Jadi pentingnya belajar kaji selidik sesuatu sebelum buat sebarang keputusan yang melibatkan duit.
  2. Sesiapa pun sanggup berhabisan demi kecantikkan. Tapi kena ingat, beauty is ‘pain’…jadi aku perlu berpada dengan penjagaan jangan sampai memudaratkan diri...sanggup berlapar demi cantik? no! Aku takkan buat macam tu dah!
  3. Gadget tu perlu, tapi jangan sampai menjadi liabiliti dan menjerut diri. Sebab, teknologi takkan pernah habis.
  4. Makan itu perlu, tapi ikutlah besar periuk sendiri. ?

Benda macam ni lah buat aku lagi berjimat tentang duit. Alhamdulillah, hasil dari tindakan ‘kurang cerdik’ aku pada masa lalu telah menyedarkan aku tentang banyak perkara tentang masa hadapan. Mana hala duit tu aku lebih cermat dalam menyimpan rekod. Aku belajar dan baca buku berkaitan dengan financial freedom. Biarlah makan masa pun, janji keberhasilannya logik!

Ikut konsep Warren Buffet, konsep Robert Kiyosaki…dan semua sifu yang berjaya buktikan kebebasan kewangan.

Pesan pada diri, dunia sekarang ni jangan cepat percaya pada khabar yang tiada sahih dari akhbar dan website. Serta, jangan segan untuk bertanya pendapat pada orang yang berpengalaman.

Jangan jadi macam aku, dah terhantuk baru terngadah….tapi sedarlah sebelum nasi menjadi bubur…

Till then!

Ila liqa’ and xiao xin!

p/s: aku pun hantu barang unik jugak! pantang masuk typo, ada je benda nak sambar! Pantang nampak note book yang lawa, laju je beli! haila haila!

Subscribe
Notify of
guest
26 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 10, 2018 13:04

Huhuhuhu indeed raydah…from the mistake we'll learned.

thank you for reading. ^_^

Raydah
June 10, 2018 12:44

I can tell you that it sound normal to me cuz we went through the process of learning and it happens to our whole life. we'll never stop learning and makes mistakes. had the same experience such as yours and it thought me a lot. I'd tell myself to be careful all the time and that I don't want the same thing to happen all over again neither to me of the people around me.

all in all I love to read your writings. enjoyed it so much. I can relate some of it with mine. haha

sofie adie
May 21, 2018 19:20

Iyup!
saya sampai sekarang duit tu memang paling banyak habis dekat buku. Baju…jaranglah nak beli. Tp macam akak kata, skli beli trus yang mahal, sebab nak kasi tahan lama. Skincare, skrg guna yang affordable saja.

Ada pernah jugak saya buat skincare under consultant, mahalnya yaaa ampun!!!! taubat dah tak mau. hahahahah plus sedar diri yang 'sangat rajin' nak menepek semua benda dekat muka.

Samalah kita pun susah nak kasi displin dekat diri sendiri bab2 jaga muka nih. >_<

Ohhhh patutlah…MLM selalu aim orang yang ada commitment…baru tau

Skin Care Terbaik
May 21, 2018 18:41

Hahaha…lessons learnt, kan… Time akak masi study dulu, byk abis duit beli buku, novel (2nd hand) & baju yg kualiti (sbb nak baju yg tahan berthn2, malas beli balik2). Skincare pun pernah – Menard, sbb beauty consultants dtg ke asrama & buat skin consultation – abis tus2 jg time tu. Waktu tu barulah tau ttg kepentingan cleansing, toning & moisturising. Mslhnya, x ada disiplin – produk x abis guna pun. MLM mmg x pernah minat sbb tau diri ni malas nak buat marketing. Dah tua ni baru join MLM balik sbb nak jimat beli produknya. 😀

sofie adie
April 10, 2018 02:32

ohhh ek? tak tahu pun…saya dah jual dekat carousel dah…huhuhu
yang pastinya body shop ni, minyak wangi dia memang terbaik! ^_^

Farah
April 10, 2018 02:24

Baru baru ni terjebak juga dengan membazir duit shopping The Body Shop. Tak sure products yang dibeli tu sesuai ke tak tapi memang ikut nafsu sangat sampai terbeli.

By the way, I'm not sure if this applies to The Body Shop Malaysia ke tak tapi kalau products yang kita beli tu tak sesuai dengan kulit kita, kita boleh bawa pergi kedai and minta refund walaupun products dah dibuka.

sofie adie
March 12, 2018 23:10

yezza!!! shopping online ni nak2 pulak yang ada mobile apps, pergh….laju saja mata ni dan jari ni mengklik sana sini…nak itu ini….setiap bulan gerenti ada barang online….aigoooo!

tak pernah lagi spent berhabisan dekat baju or tudung or pemakaian la cerita dia…jaranglah beli barang macam ni..kalau nak compare dengan buku…mungkin banyak lagi spent dekat buku kot…huhuhuh

sofie adie
March 12, 2018 23:06

barang art ni boleh tahan mahal gak an? tengok kawan2 yang ambik AD, pergh!!! nampak je macam murah, sekali tengok harga mahal-mahal belaka!

dia kalau yang first sight tu tak beli, meamang menyesal habislah…dan tak suka rasa menyesal tu…

sofie adie
March 12, 2018 23:04

huhuhuhuhu tepuk dahi sendiri ^_^!
isk isk isk….menyesal tak sudah jugak bila fikirkan kan?
T_T

Siqah Hussin
March 12, 2018 00:42

Aduhh, macam terkena dengan diri sendiri bila baca entri ni. Huhu.

Bab penjagaan kulit muka memang lah Siqah juga begitu. SAnggup asyik nak cuba produk tak kisah mahal ke tak semata-mata nak dapat kulit flawless katanya. Last2 kembali kepada produk yang sama jugak. Aigoo ~

Siqah bukan orang yang suka gadget, Cukuplah ada satu phone. Sekarang nak beli laptop tapi bila fikir balik, tak perlu kot sebab dah ada PC suami. So maybe boleh hold 🙂

I love food too!! Kalau bab makan, Siqah tak kisah kalau mahal asalkan berbaloi dan sedap gila!! CUma bab coffee kat kafe sebenarnya for me sedikit overpriced jugak tapi sebab dah suka, layankan jela. Hihi.

Bab membazirkan duit ni Siqah selalu rasa habiskan duit kat dUCKscarves. Entahlah suka sangat, not because of the brand, but the material quality. And I don't regret it 😀

Sekarang paling bahaya adalah shopping online. Semua hanya di hujung jari. Adoii 😀

faten.banana
March 12, 2018 00:42

Saya jenis selalu fikir dua ratus ribu kali kalau nakbeli something, especially kalau duit sendiri -.- tapi lepastu menyesal sebab takbeli sampaikan adik sendiri pun boleh agak "Ah, kau cakap je nakbeli."

Sekarang tengah rasa nakbeli art supplies je ha :') tapi disebabkan memang den guna so kurang sikit rasa bersalah hahahahahahaha

Yun Sing
March 12, 2018 00:42

Hahaha! Lebih kurang la kita.. Sy banyak lagi duit habis pada benda-benda camni T-T

sofie adie
March 8, 2018 23:53

sekarang tu kmk mun shopping online suka beli barang nok payah carik n yang rare jak. mun produk muka pun selalu shopping rah hermo. lebih diyakini. hahahahah

bab scammer ya, caranya nampak macam sik tapi dah kenak baru realize..no wonderlah selalu baca berita yang orang kenak tipu…termasuk kmk! lolz!

sofie adie
March 8, 2018 23:51

hahaha…makanan tu memang bukan stupid things…tapi kalau setiap kali makan nak makan mahal2 memang masuk kategori dah. melainkan dah tak tahu nak buat apa dengan duit..huhuhuhu
sekali sekala mungkin okay…

sofie adie
March 8, 2018 23:49

hahahahahahahhahahahhahahhaha i already slap myself for being that fool!!! ^_^!
skincare tu memang semua orang sanggup kot…huhuhuhu..tapi sekarang dah serik dah…kena belajar berjimat lebih pulak sebab dulu tak ambik serius bab simpan duit.^_^!

sofie adie
March 8, 2018 23:47

tulah…sebenarnya tak tahu pun itu MLM… tapi bila dah lama sikit baru sedar yang orang kata yang itu MLM….bodohnya rasa diri dulu…-___-!

yang skincare tu takleh nak kata apa, tapi sejak kenal produk kbeauty ni, tak pandang dah produk lain. plus dah tau yang mana sesuai dengan kulit.

kan? dr pengalaman baru tahu yang diri ni dulunya jahil giler bab ni…klau tak memang tak pandai nak ambik pengajaran..

sofie adie
March 8, 2018 23:43

kan??? rasanya tak semua orang. tapi ada sesetengah tu akan terjebak bila rasa teringin…padahal tahu tu tak penting….hehehehe

tau takpe, kalau kira semua duit yang dibelanja tu, hurm…boleh sangat buat pergi umrah…

sofie adie
March 8, 2018 23:42

hehehehehe blog lama yang diperbaharui wajah ^_^

sofie adie
March 8, 2018 23:41

itulah pasal…memang kena kawal sungguh! kalau tak kerjanya dok membeli sajaaa.
^_^!

tashira sha
March 8, 2018 23:44

ya allah kak hahaha *tepuk dahi* . kmk slalunya habiskan duit shopping online & beli makanan jak senanya. kmk sik mudah cayak dgn benda2 nak ada ciri2 scammer tok hahaha tapi ssh juak mun dah kaki shopping online tok,pantang dlm bank ya ada duit,confirm pakei smpai licin hahaha

At-Tarmizi
March 8, 2018 23:44

biasalah tu…tapi yang makanan tu rasanya bukan stupid things..yelah kadang tekak teringin nak merasa…=)

Aina Akmal
March 8, 2018 23:44

hahaha, power lah akak, lek lek je main mlm. wuu. part skincare tu memamg pernah terkena dekat diri sendiri. beli seratus lebih juga, tapi displin nak tempek hari2 tu kelaut. hmmmm. lepas tu bila tgok orang flawless sedih. hahaha

tapi tulah belajar dari kesalahan kann kan? walaupun beribu juga melayang. heheh

Mrs Pip
March 8, 2018 23:40

hurm, nak buat macam mana, byk godaan … tp kalau MLM tu mmg I say BIG NO la … takkan terpedaya … tpi bab nak beli skincare tu, huk huk mmg sukar nak cakap. nasib bab gajet n makan tak layan sangat …apapun, bagus juga ada experience mcm ni, at least we learn something dalam life kita kan …lepas tu boleh jadi lebih mature nak buat decision.

farhanna jafri
March 8, 2018 23:40

Hahahaha 5 perkara ni memang wajib buat orang terjebak eh? Sama lah kita suka sangat bazir duit dekat benda-benda ni. Kalau kawal diri, rasanya saving berkepuk dah

aienie NKA
March 8, 2018 23:40

Wu wu wu.. Blog baru. ^^

Hans
March 8, 2018 23:40

lepas nih kena pandail kawal dan tahan nafsu membeli
hehe

Scroll to Top