Sejauh mana kita mahu melangkah?
Sejauh mana kita harus menongkah segala rencah?
Sejauh mana kita mampu bertahan?
Sejauh mana kita mahu pertahan?
Entah.
Entah lagi.
Balik, balik itu saja jawabmu…
Sebab aku memang selalu keliru.
Soal ini aku memang selalu buntu.
Seperti aku harus mencari sifu
Aku sungguh tak tahu…
Sejauh mana?
Sejauh alam galaksi menerobos mentari pagi
Sejauh nafas sejak azali…
Yang bila-bilakan terhenti…
Mana mungkin jiwa kita selari pada caturan Ilahi…
Mana mungkin Diakan beri pada sesuatu yang sudah kita sebati..
Wujudnya takdir bila kita percaya
Wujudnya qada’ bila kita punya agama…
Wujudnya qadar pula bila kita sudah mula menerima segala dengan redha…
Sejauh mana lagi kita harus bergerak?
Sejauh mungkin…
Hingga kau berpaling tiada yang kelihatan…
Hingga kau berfikir dua kali untuk berpatah arang…
Aku tak pasti jaraknya…
Aku tidak punya idea ukurannya
Aku jua tiada punya kompas untuk tahu koordinatnya…
Yang penting aku punya Dia…
Dia pengatur segala ukuran dilangit jua disana…
Sejauh mana kita dekat padaNya itu semua rahsia…
Sejauh mana pun kita pergi, yang satu itu senantiasakan menghampiri…
Kamu tahu itu…
Sejauh mana lagi mahu lari…
entah….itu saja jawapnnya..huhuhu
Entah…. hahaha…
Bergantung kepada individu itu sendiri
InsyaAllah akan sentiasa pegang akan kata.
Sejauh mana pun kita pergi, Ingatlah Allah ada bersama kita.