laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Teater oh Teater

Hai there! Apa khabar kalian? Alhamdulillah baik-baik saja semuanya. Minggu lepas terlalu banyak perkara yang aku nak review…pertamanya tentang tiga buah teater yang aku tengok;

  1. Rasa:Jiwa 3.0 by AKSES
  2. Krue-se (Faizal Tehrani) by Aksara Seni
  3. Setanggi Serapah by Anomalist

Ikutkan ada lagi satu malam ni, Genesis by Faculty Law. Sayangnya, petang ni aku dah kena pergi kem. Jadinya, terpaksalah lelong tiket tu pada kawan lain.

1- Rasa:Jiwa by AKSES ***

Poster, teater, rasa jiwa, akses uitm shah alam

Dalam teater ni ada 5 cerita berbeza. (Janji, Kesal, Setia, Panas dan Dahaga Kasih). Dari tajuk dia kita boleh tahu yang kisahnya banyak berkaitan dengan kecelaruan perasaan antara satu atau dua orang manusia. Antara lima, tu aku paling terkesan dengan cerita akhir sekali.

Mantap dan hebat lakonan dia! Seorang bawak lima watak! Memang terkesan sangat…mana tidaknya dia lakonlan watak seorang autism yang dipandang serong. Sedih sangat… ?

sempatlah bergambar dengan pelakon masa akhir tu.

teater, dahaga kasih, akses

2- Krue-Se by Aksara Seni ****

Cerita dia awalnya aku tak faham. Mungkin sebab tak pernah baca buku dia kot. Tapi, apa yang aku kagum dengan teater ni adalah baju dia semua lawa-lawa… (well, perempuan…?) aku pun dah lupa siapa penaja baju tu. Tapi, selepas 30 minit berlalu, baru ada faham sikit. Pasal Abdullah, Nisbah, Fatimah,…sakit jugaklah bila berada dalam situasi macam tu.

Cerita dia dilakonkan pada zaman Pattani dulu. Latar tempat dia Pattani dan Madinah.

Latar masa dia mungkin zaman 40-50’an. Itu dari apa yang aku tengoklah.

Mesej yang dia nak sampaikan adalah elemen kesetiaan. Tak semua orang sanggup untuk setia…

teater, poster, krue-se, uitm shah alam, aksara seni

Kebetulan masa tengok teater ni, hero Chowrasta iaitu Chem Amar tengok sekali. Maka ber-welfie-lah kami…?dan senior masa dalam kelab teater dulu pun berlakon dalam teater ni, tukarlah cerita berita semua tu, dan macam biasa bergambar dengan aktor kesukaan.

3- Setanggi Serapah by Anomalist ****

Dengar je teater dari Anomalist, cepat-cepat aku book tiket. Tak menyempat dah!? Memandangkan minggu tu aku ada kem, terpaksalah tengok tayangan tu pada hari pertama. Wow! memang hebat dan terbaik! Agak seram sikit, sebab masa tengok tu malam jumaat pulak, mahunya balik tu terbayang dan terngiang segala lagu…giler r…aku siap nak berdiri atas kerusi lagi..nak kata teruja tak teruja dia. Kemas dan cantik!

Akhir sekali mestilah bergambar dengan si hero…ngeh ngeh ngeh…Apa yang aku dapat dari cerita ni pulak, kalau nak orang setia, jangan sampai salah guna cara. Niat tak menghalalkan cara…

setanggi serapah, teater, anomalist production,

Ada satu teater yang aku terlepas tengok sebab dia buat kat Puncak Alam…memang susah sikitlah nak pergi kalau takde kenderaan sendiri. Iaitu Mandatori by Malice Movement. Wonder jugaklah cerita ni pasal apa…huhuhuhumandatori, poster, teater, uitm puncak alam, malice movement

Teater loverkah aku? ?

Hurm…entahlah..tapi selagi ada teater yang ditayangkan disekitar kawasan aku dapat pergi, memang aku akan serbu…memang weh…lagi-lagi 1-4 Disember ni Anomalist ada buat Projek K(dengan nombor tiga kecik dibahagian atas)

teater, anomalist production, projek,

So, kalau antara kalian ada yang teringin dan berminat tengok teater dari Anomalist ni, jangan lepaskan peluang untuk serbu teater yang akan datang ni. Aku? ada rezeki, insyaAllah aku pergi…

Berakhir sudahlah kisah teater untuk hari ini. Nak pergi tengok dengan aku? beres…takdak masalah…? gerak lu.. pape roger awal…okeh? .

Thanks for reading!

p/s: seronok pulak main emoji dalam blog ni since dia dah update…??

Subscribe
Notify of
guest
12 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
January 16, 2017 02:46

waalaikumsalam shasha, sama-sama kasih sudi jenguk sini…and thanks for the nice theater! insyaAllah akan terus menyokong teater kalian!
kipidap!!

ShaFfy Fairus
January 16, 2017 02:42

Assalamualaikum . Hai I harap you notice my comment …
I Shasha – Pengarah Bersama, Penulis dan Idea Asal untuk Teater Setanggi Serapah…
I baru come across your blog and I nak berterima kasih kerana menonton Teater Setanggi Serapah dan Alhamdulillah , mesejnya sampai pada you . Terima kasih kerana menggemari dan I appreciate feedback you yang sampai bawak balik takut tu 🙂 Terima kasih … 🙂

sofie adie
December 2, 2016 01:43

aku pun kalau tak belajar, mmg tak tertengoknya teater ni…radin galoh? belum pernah tengok lagi…

sofie adie
December 2, 2016 01:42

yee siqah…
ooh…ni sebab teater dalam kampus je..tu yg tahu tu…ada setengah tu pulak sebab dok belek kat insta…tu yg kalau dpt pergi tu, saya pergi…

tengok teater kat IB?? wow! tak pernah lagi..insyaAllah suatu hari nanti…

cEro
December 2, 2016 01:39

Aku dah lama tak tengok teater. Last pun entah tak ingat bila tapi tajuk dia Radin Galoh. Teater bangsawan tak silap aku huhuhu

Siqah Hussin
December 1, 2016 23:48

Sofie..

Mana awak tengok teater camni? Siqah minat tengok teater tapi tahu yang ada kat Istana Budaya je. Paling latest tengok Teater Mak Cun D'walei. Tak tahu pulak ada kewujudan teater begini di luar..

sofie adie
November 29, 2016 21:39

huhuhu sayangnya…nanti2 mesti ada jugak jiwa teater…:D

sofie adie
November 29, 2016 21:36

hahahahha xpe2…itsokay!:D

sofie adie
November 29, 2016 21:35

heheheh biasalah tu…ni pun tengok sebab lebih suka lakonan real gitu…

Haneeza Mohamad
November 28, 2016 01:01

dah try tengok teater, tapi bukan jiwa kot, huhu

http://www.neezalife.com

SalbiahM
November 28, 2016 01:01

nak taip 'nice review!' actually..huhu

SalbiahM
November 28, 2016 01:01

nice review?dah lama tak menonton teater.tapi biasa tengok teater mainstream je. This kind jarang sangat

Scroll to Top