Blog Header

Cinta Pertama by Adiwarna

text, letter, old-4095909.jpg

Wasehman! Kelas kau Yuha! Lepas baca novel terus pandai bermadah bagai yer?

Ha ha ha…mana ada! Aku memang suka bermadah kata berulam bahasa la..sejak azali lagi..

Aku bagi 6.5/10 bintang untuk buku ni. Tu pun dah kira tahap sengih 30 minit sensorang lepas baca. Overall sangat bestlah..berbaloi baca, dapat menambahkan dan mengukuhkan lagi bahasa Malaysia…

Apa yang bestnya tentang ‘Cinta Pertama’ ni?

Bagi aku bestlah, sebab orang yang tak pernah ada pengalaman tentang cinta-cinta cukuplah dengan membaca dah terasa macam…pergh! Peritnya…mungkin ada yang manis tapi terselit kepahitan ya di situ. Seperti yang di’mukunkan’ oleh uncle Edward tadi…

Kalau ku tahu peria itu pahit,

Takkan ku gulai dalam kuali,

Kalau ku tahu bercinta itu perit,

Takkan ku mahu bercinta lagi…”

And, disebabkan membaca dan melihat keperitan orang bercinta ni pahit bagi aku, so buat apa nak alaminya lagikan? Ianya seperti mencampakkan diri ke dalam lava berapi…sob sob sob.

Buku ni ada 44 buah cerpen yang ditulis oleh penulis adiwarna jemari seni sendiri. Semua best, khayalan, fantasi bergabung realiti penulis sangat berkesan dan berjaya buat aku terhanyut dalam dunia mereka. Indahnya membaca…

Pesan aku pada diri, jagalah hati dari mencintai sesuatu yang bukan milikmu…

(Still waiting Pyan huh?? the one that never exist!)

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top