laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Puisi Senja di bandaraya…

Puisi?

Aku tidak memanggil ia puisi

Aku panggil ia coretan.

Coretan hati yang lara

Masih tidak bertemu penawarnya…

Siapa kata bandaraya itu puncak keamanan?

Siapa kata hidup di kota boleh mendamaikan jiwa?

Dari kacau bilau menjadi huru hara lagi adalah…

bangunan, tinggi,

Patutlah setiap bandar memerlukan super hero…

Seperti Gotham; ada Batman

Di Star City; mereka ada Team Arrow

The Flash? Milik Central City…

Di kota ini, siapa yang ada?

Aku?

Hah! ketawa sumbing…ha ha ha

Aku tertanya jua dari hari pertama aku melangkah untuk hidup di kota ini..

Dulu kau fikir, jiwa akan tenang dengan melihat hutan batu…

Dulu….dulu pada waktu yang aku rasa hutan batu kan bergoyang sama seperti pepohon bila ditiup angin..

Tapi tidak…itu hakikat.

Kini, udara dihirup sudah bercampur debu

Dihidu terus ke paru

Adapun bersih dan segarnya,hanya seketika…tidak lama..

Omelan ini kau masih panggil puisi?

Bagi aku sekadar luahan hati..

Yang tak betah duduk di bandar mahupun di desa

Bandar,

Terlalu banyak persaingannya

Ada nama, ada harta, rupa dan keterampilan,

Kau berjaya…

Di desa,

Cukup kau menjaga antara satu sama lain..

Tapi, itupun aku gagal…

rumah, desa, halaman, tenang, cahaya

Jiwa kau yang tak tenteram,

Kau salahkan bandar..

Tidak cukup bandar kau cuba salahkan desa..

Apa yang kau mahu sebenarnya?

Mati?

Amal masih tidak cukup, ada hati mahu mati..

Habis, kau ingat semua yang telah pergi itu mahu mati?

Kau, bersama mentality kau sudah terlalu jauh…

Baik kau betulkan sebelum kadaan menjadi semakin teruk

Kau tahu caranya, aku hanya ikut sahaja…

Kau mahu ke kanan, dunia cermin menggambarkan ke kiri….

Tiada salah tiada betul, kau yang merekanya…

Kau jadikan hujah itu sebagai pemisah kau dengan dunia luar…

Hakikatnya, kau yang meroboh jambatan itu…

Jambatan perubahan yang pernah kau bina sebelum melangkah ke kota…

Kini hancur

!Kau termenung luar jendela,

Memerhati hutan batu untuk bergoyang bersama pohon…T

iada lagi hijau daun,

Tiada jua tiupan angin segar..

Yang ada hanya pandangan kosong tanpa jiwa yang terus melayang entah ke mana…

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
October 27, 2016 12:42

makaseh kim chaa! hahahah..inilah merapu namanya..bila otak penuh dengan rasa, rasa yang tak mampu diungkap oleh kata…

sofie adie
October 27, 2016 12:41

😀 perasaan ni selalu berlaku setiap kali keluar jalan pusing bandar…huhuhuhu

Kim Chaa
October 27, 2016 12:39

Bestnyaaaa baca. Macam mana nak menulis macam niiih .. #jelesTakMampuTulisMacamNih

Hanis Amanina
October 27, 2016 12:39

i feel related to this post, Sofie. I prefer the middle between city & countryside –> a small town 🙂

hanisamanina.com

Scroll to Top