Selepas 31 hari berlalu dan hidup di tahun 2020 ni, there’s a few things yang aku bersyukur sangat ia hadir. Okay, okay katalah aku klise sekalipun kan, tapi semua orang tahu ia benar. Ecececece…
Antaranya:-
- Aku bersyukur sebab dipertemukan dengan 2020
- Alhamdulillah dapat kerja pertama
- Masih punya rakan taulan yang sentiasa ingat kau walau berjauhan
- Dapat design blog dengan jayanya walau internet semput nak mati
- Orang mula kenal Orang
Ikutkan banyak benda aku nak buat. Tapi disebabkan kelajuan internet yang masih lagi ditahap zaman tok nadur berkajang kain, maka segalanya aku tunda. Syukur jugak sebab masa mendesign blog hari tu dia tak banyak ragam.
Tapi, lepas je balik dari Johor hari tu, memang tadak langsung line walau kau subscribe berjuta internet.
Aku cuba jugak tak jadikan ia sebagai pelemah semangat untuk bangkitkan Orang. Tapi tulah, ada setengah benda tu aku hanya boleh buat dekat desktop, jadi memang agak sukarlah.
Cerita bulan Januari ni tak banyak. Kata orang ia bulan percubaan untuk resolusi baru. Hahahaha kau percaya jelah mitos tu. Cerita yang paling aku ingat adalah masa kenal balik dengan kawan sekelas zaman ritu. Phew…. Terlaaaalu banyak cerita sampai aku rasa, confirmed dia serik nak lepak dengan aku. Huhuhuhuhu
So, tahun ni, cuti raya cina hari tu, dengar cerita ramai dah tamatkan zaman bujang. Selain daripada wabak yang merbahaya, Australia terbakar dan isu study di McD, membuatkan aku lebih suka habiskan masa di rumah.
“Bapak lonely gila!” kata sorang teman ni.
“Well, always alone rarely lonely la… Bila kau dah lama survive sorang, kadang kau lupa pada sebuah kesunyian. Sebab kau appreciate every detail things… ”
Cyeh! Kemain hujah macam anak murid Jordan Peterson. Padahal pemikiran Adam Smith.
Dua minggu pertama hari tu rasa macam dah kurus sat. Tetiba lepas masuk minggu ketiga, makin berkembang dengan jayanya. What???
Lepas ja aku update wajah baru blog semua hari tu, tak sangka ramai jugak yang berminat dengan kekemasan rekaan seorang insan marhaen ni. Sampai rasa berat bahu untuk pikul segalanya. Aku pun noobie ja gais. Budak luar pagar, yang takda galah untuk jolok cempedak… Tapi tu lah, zaman sekarang, peluang itu sentiasa ada. Tinggal kau nak sambar atau tak je…
Tu jelah kot cerita pengakhiran sebuah Januari. Aku pun rindu kau, eh eh tiberrrr. Aku pun dah takda cerita so far.
Cuma, sejak dua menjak ni aku rasa macam nak hiatus soc-med sampai lepas raya. Tapi, susah pulak aku nak bagi orang aware dengan episod terbaru podcast Orang…
Cerita dia, ko kena konsisten tapi dalam masa yang sama hiatus. Haaaaa acane tu?
Tengoklah dulu macam mana. Ni pun tengah cuba stabilkan jadual hidup sebagai seorang noobie, macai dan penyu. Kadang rasa restless gilaaaaa! Macam workaholic pun ada. Kadang macam zombie. Aku pun dah lemau zero inspirasi. Mungkin kena meditasi kata orang.
Apa-apa pun, aku harap korang semua sihat walafiat hendaknya. Jaga kesihatan leklok, jaga hati jaga iman. Sebab ujian keyakinan dan fitnah dunia kian hebat menembusi sampai terlupa siapa lawan siapa teman. Moga dipelihara dari segala musibat dan kita semua kekal dibawah naungan rahmatNya. Amin…..
Till then!