Search
Close this search box.
new home, house, construction-2409165.jpg

Journey of Vacant Possession

Yo wazzup!

Lama jugak aku tak borak sekitar kehidupan yang berkaitan secara langsung mahupun tidak tanpa kias. Selalunya semua cerita penuh kiasan dan bidalan. Metafora alam jagat kata orang. Maklumlah teka teki itu biar kita aje yang faham.

Tapi untuk entri kali ni, aku nak jugaklah cerita sikit tentang keterujaan pembeli rumah baru, lebih-lebih lagi buat mereka yang berkali-kali beli rumah baru ni.

Kalau nak dikongsi cerita ragam pembeli saat mengambil kunci rumah ni banyak. Sampai tak hadap pun ya. Biasalah, bila kita invest dekat sesuatu yang melibatkan enam angka le atas ni, semestinya kita mengharapkan pulangan yang melangit. Tapi itu tidak menjadikan ia lesen untuk merasa dewa. Garu kepala teman deh.

Apa sebenarnya Vacant Possession ni?

Kalau dilihat pada Google, maksud Vacant Possession (VP) ini adalah…

the right of a purchaser to exclusive use of a property on completion of the sale, any previous occupant having moved out.

Vacant Possession (VP) in Malaysia is the moment when you are handed the keys to your property and are ready to move in.

Memang excited kan dapat rumah. Anugerah paling berharga bila kita dapat membeli rumah idaman lebih-lebih lagi pembelian secara tunai (cash buyer).

Aku paling suka dengan pembeli rumah yang membeli rumah dengan niat untuk didiami. Okay je sebenarnya pada mereka yang beli hartanah untuk tujuan pelaburan, tapi kebanyakan pembeli yang membeli rumah untuk pelaburan ni perangai dia lain macam. Kadang naik geram jugaklah… tapi kena sabar. Cuba jugak letakkan diri dalam kasut dorang tapi takde asbab pun nak itu ini sebab kita bukan tak buat kerja tu. Buat, cuma akan ambil masa.

So aku pun dah tak berapa ingat hari ke berapa dah join team untuk VP ni. Lama kelamaan alah bisa tegal biasa. Senyum dan buat yang terbaik. Layankan aje songeh para pembeli ni. Kita pun faham. Semua orang kalau boleh nak dan mahukan yang terbaik. Persepsi macam mana dorang akan bagi reaksi itu usahlah dihiraukan sangat. Itu luar dari kawalan kita. Nak diambil hati terasa pun, naik malas dah.

Iya, iyakan aje semua.

So, macam mana sebenarnya perjalanan untuk vacant possession ni?

Perlu ke developer assist para pembeli untuk tour rumah baru mereka sendiri?

Perlu ke beratur untuk ambil kunci?

Kenapa susah sangat journey nak ambil kunci ni?

Kenapa lambat? Kenapa itu? Kenapa ini? dan macam-macam soalan, sungutan dan rungutan yang diterima.

Pada kami, setiap kerja perlu ada proper prosedur. Untuk lebih kenal dengan rumah baru ini, biasanya team developer lebih mahir untuk tunjuk.. Macam orientasi. Masuk tempat baru, semua perlu orientasi. Untuk bagi familiar dengan kawasan. So, kalau ada apa-apa dorang pun dah well informed. Tapi itulah, tak semua suka proses begini.

Kalau boleh, para pembeli ni nak kita buka booth, semua pembeli boleh beratur pastu kita pass macam tu je kuncinya. *geleng kepala*

Sakit kepala pun ya. Adoyai….

Journey dia berbeza pada setiap pemaju. Ada yang sape nak ambil kunci, ambillah. Rumah tak bersih apa pun tak bersih pun takpa. Yang penting kunci dah diberi.

Ada yang kita perlu bawa tour pusing kesemua facilities yang ada, tunjukkan dimana parking, dimana bilik untuk bacaan meter dan tempat buang sampah, apa yang boleh dan tak boleh. Kalau ada banyak soalan, boleh tanya terus. Terasalah istimewanya disitu bukan?

Korang prefer yang mana?

  1. Just beratur ambil kunci tanpa tour.
  2. Perlu assist pada kali pertama semasa ambil kunci

Ada pernah satu development rumah ni kita bagi kunci tanpa sebarang assist. Bila pembeli situ dah bertahun duduk, dorang pun tak tahu sebenarnya ada banyak alternatif jalan lain yang boleh tembus ke laluan rumah dorang. Tak ke naya. Habis kalau terbako, pastu rumah tak pernah buat fire drill, acano?

Kalau aku sebagai pembeli rumah baru mahupun rumah sub-sale ni, aku prefer ada orang assist untuk kali pertama. Lebih baik team developer dan home owner sendiri.

Bukan tak terima assist dari agent. Kadang para agent ni suka ‘over’. Bukan select tapi kebanyakan agent begitu. Lepas close deal, terus lepas tangan. Yang penting commission. Biarlah indah khabar dari rupa pun. Yang nayanya kita. Para team VP dengan buyer.

Perit o pengalaman kena.

Itulah orang kata, bila nak invest sesuatu yang melibatkan dengan angka besar ni, kena study elok-elok. Biar makan tahun. Study dan explore forum. Jangan letak harapan melangit sangat. Biar harapan berpada. Pesan pada diri aku jugak ni…

Feedback yang aku dapat, ramai buyer suka pilihan ke-2. Perlukan assist pada hari mengambil kunci. Even yang berlagak tak nak assist ni tadi pun sebenarnya cemburu dengan mereka yang ada assist. Terjeling-jeling, sebab sendiri sesat berlagak sangat. Susah kalau macam ni. Tak nak kerjasama.

Tahu kita akan ambil masa. Tapi, itu SOP.

So, aku harap in future kalau aku berpeluang beli rumah baru nanti, pihak developer akan bawak kita tour di sekitar rumah baru. Seronok tau dapat layanan macam tu. Terasa istimewa gitu.

Apa-apa pun selamat menikmati rumah baru anda!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top