Tinggal Realiti

Tinggal Realiti

Usai memasak ikan masin dan menumbuk sambal belacan untuk dijadikan santapan tengah hari itu, aku jenguk phone. Oh, yeah ada satu whatapps urgent dari manusia yang kalau boleh aku mahu elak. Tapi nak tak nak, aku kena hadap. Dan panggilan dibuat.

“Well hello there!”

“Hello you ada mana?”

What kind of question do you asked, soal aku sendiri kepelikan.

“Oh I’m home la. Where else should I be?”

“We got the bad news for you. We decide to let you go…”

dan aku tak perlu dah dengar rapuan yang selanjutnya sebab terlalu happy bila mimpi jadi realiti! yuhuuuu!!!!! akhirnya aku berhenti kerja! yeay yeay!

Sempatlah menari barang satu dua pusingan kegembiraan. Ya Allah, terima kasih Tuhan di atas rahmatMu. Rasa macam tahun ni dalam ujian itu ada rahmatNya….Alhamdulillah. Maka, aku pun update berita gembira ini kepada keluarga dan rakan rapat.

Diorang semua pelik sebab aku happy diberhentikan.

Well, aku pun dah takde sebab untuk stay kan? Plus, selepas empat lima entry blog post jiwa kacau, aku rasa, memang patut aku enjoy detik ni.

Yeay!!!! I’m no longer an employee!!!! Never been this great before. Sampai kawan semua risau, plus dengan kondisi sekarang…

InsyaAllah aku akan cuba dan terusan berusaha selagi tulang empat kerat ni masih bertenaga.

Kadang, aku takut jugak sebab bila semua impian jadi nyata, waktu aku semakin singkat. Sebabkan, setiap rezeki tu Tuhan dah tentukan untuk kita…bila selesai je rezeki kita tadi dipenuhi Tuhan, maka sudah masanya untuk kita pulang…..

Memang takut bila difikir macam ni. Sebab tu, aku tak nak rezeki tu melimpah bagai tiada hari esok…Entah bila waktukan Tuhan kata cukup, maka itulah pengakhiran hidup. Atau mati?

Jadinya, sempena berita busyra hari ini, aku tinggalkan satu episod istimewa di podcast orang untuk korang. Moga dipertemukan dengan husnul khatimah.

Papehal roger!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienienka
April 18, 2020 21:34

sesungguhnya tak bekerja itu nikmat. Haha

trackback
June 16, 2020 12:31

[…] Selepas tiga bulan menganggur dan kerja sekadar ikut masa sendiri ni (yang jujurnya tadaklah dapat pulangan yang sampai boleh dipertontonkan dikhalayak ramai seperti kebanyakan yang berlaku dikalangan so we called them ‘entrepreneur’). Termenung jugaklah akunya…. […]

Scroll to Top