Geomatik secara umumnya adalah satu cabang professional yang meliputi seni, sains dan teknologi. Mudahnya adalah ukur tanah. Tapi disebabkan penaiktarafan beberapa kursus dalam program ni menyebabkan nama ukur tanah tu macam tak bersesuaian.
Sebelum aku terangkan dengan detail lagi, aku nak bagi korang familiar dulu dengan istilah yang aku akan guna nanti.
- Sain Geomatik (tulen) – AP120
- Sains Geomatik Geographic Information System (GIS) – AP121
- Sains Geomatik (Sumber alam) – AP122
- Program = nama diploma yang kita ambil.
- Kursus (course) = nama subjek dalam program tu.
- Kod kursus (cod course) = Kod subjek setiap semester. Kod ni berbeza setiap kali silibus dinaik taraf. Contoh masa zaman aku, kod SUG [sains ukur geomatik] masih lagi digunakan. Tapi bagi intake selepas daripada kitaorang, dia punya kod tukar kepada GEO. Nombor dia mungkin ada beza sikit tapi dia punya isi, sama je.
Masa belajar nanti, orang tak guna sangat istilah ‘sem’ tu, sebab lebih selesa dengan penggunaan ‘part’. Kalau nak sebut nombor dalam BM, gunalah istilah sem, kalau English guna ‘part’. Contoh: sem satu….sem enam part one…part six.
Lagi satu, kalau orang tanya korang tahun berapa sekarang, jangan keliru dengan sem atau part korang. Sebab biasanya kalau buat kerja luar kat kawasan rumah orang, diorang selalu tanya;
“Adik ni tahun berapa?”
Lepas tu korang main taram je jawab tahun lima…padahal tahun ketiga. Tertukar dengan sem. Faham? Tak faham ek? Takpelah, nanti korang faham-fahamlah…masa tu korang baru teringat…ada ke budak diploma belajar sampai lima tahun??
Okay balik kepada topik asal kita, ketiga program ni kalau dari segi silibus, subjek dia sama dan takde beza pun dari semester satu sampailah semester empat. Kalau korang dah baca entri-entri aku pasal geomatik dari awal sampailah akhir, mungkin korang boleh buat research dengan lebih detail lagi based on kursus tu. Incase nak pupuk minat korang bagi tak goyah macam aku.
“Lesson learned buddy!”
Untuk nampak lebih jelas beza antara dorang tiga ni, aku buat dalam table. Diorang start beza masa sem lima. Haa….time tulah korang akan kagum antara satu sama lain. Cuba tengok tang mana beza dia…
p/s: aku dapat tolong huraikan dari segi silibus untuk UiTM saja, sebab based on pengalaman sendiri, kawan dan kenalan. Kalau untuk UTM atau lain-lain tu, maafin saya dong! Saya ngak bisa omong banyak…
TULEN (AP120) | GIS (AP121) | SUMBER ALAM (AP122) | ||
SEM 5 | Persamaan | Fundamentals of entrepreneurship (ENT) Cadastral Surveying III Industrial Tarining –JUPEM Survey Project | ||
Perbezaan | Geodetic surveying Introduction to Remote Sensing and GIS | Introduction of GIS Spatial Analysis and Management | Remote Sensing Digital in Processing | |
Kerja Luar (LP) | Tiga subjek | Dua subjek | Dua subjek | |
SEM 6 | Practicum | Cadastral Surveying Engineering Surveying Hydrographic Surveying | GIS (6) Remote Sensing (3) | Remote Sensing (6) GIS Special Project (3) |
Credit Hour | 9 (3 setiap satu) | 9 | 9 | |
Tempoh | 18 minggu | 17 minggu | 17 minggu | |
Software used | Berbeza bagi setiap company. Basic software: AutoCAD CDS Terramodel GDTS (Transformation System) | GIS: ArcGIS Remote Sensing: Erdas Imagine, Seadas, Envi * (Seadas = untuk marine purpose) Software yang dinyatakan adalah basic saja. | ||
Ulasan (based on sem 5 & sem 6) | Lebih kepada latihan menjadi surveyor, chainman, drafter | Latihan menjadi Carthographer, (orang expert yang buat peta) . |
Konklusinya, diorang tiga ni kalau nak sambung degree semua akan menjadi tulen semula. Sebab UiTM hanya ada AP220sahaja. So, seri sama…Untungnya, yang 120 ni sebab dia banyak turun site. Kerja di site ni lah yang banyak bagi kita lebih faham lagi tentang teori yang kita dah belajar.
Untuk 121,122, diorang lagi canggih sebab walaupun jumlah turun site dia kurang daripada 120, kerja diorang banyak main dengan data. Diorang boleh dapat data dari satellite, dan mana-mana sumber yang sahih. Mereka akan turun site apabila memerlukan “sampel ground” untuk buat perbandingan dengan data dari satellite.
Beza 121 dan 122 pulak dia stabil. Yang 121dia lebih didedahkan kepada GIS. Sebab tu dia ada kajian lagi dalam pasal spatial analysis dan management. Geographical Information system adalah satu system yang lebih kepada pengurusan data-data yang terlibat dalam Google maps, waze, sport watch, dan lain-lain. Bila dia system maka banyaklah apps.
Bagi 122 pulak, dia menang kepada Remote Sensing. Dimana fungsi dia untuk mengetahui sesuatu secara specific dengan menggunakan alat tertentu. Contohnya untuk check suhu, monitor kesuburan tanaman, tanah, kawasan tadahan air, chlorophyll dalam laut, oil spill, density, CDOM (colored dissolved organic matter), hakisan batu karang, pelan bathymetry dan lain-lain. Video kat bawah ni tunjukkan secara ringkas macam mana proses remote sensing.
Kedua-dua cabang geomatik ni, banyak aplikasi dari subjek photogrammetry, GIS dan Remote Sensing. Gambar akan diambil dari udara samada menggunakan satellite, kapal terbang, drone atau lain-lain. Then, data tu akan diproses mengikut keperluan tertentu. Sama ada nak buat peta topography, thematic map atau lain-lain peta untuk kegunaan awam.
*thematic map adalah peta yang mempunyai tema-tema tertentu berdasarkan analysis yang diambil dan dikutip dari pelbagai sumber samada kajian, soal jawab dan lain-lain. Contohnya; Map of AIDS Infection in Peninsular Malaysia during 2007. Dia ada tempoh tertentu. Dibezakan kuantiti samada menggunakan warna, nombor, symbol dan lain-lain.
Contoh Thematics Map |
Habis huraian secara silibus dan praktikal… Semua maklumat tu, aku ambil dari student 121 dan 122 sendiri. Sebab aku sendiri tak boleh nak describe secara specific. (penerangan aku mungkin akan ada perubahan bagi generasi akan datang. Mana tau kalau silibus dah kena rombak. Kalau beza pun, korang boleh tahu macam mana bidang ni berkembang…)
Where will your Geomatics career bring you? Geomatics helps you discover the world!
Kalau nak teruskan dalam bidang 121 dan 122 tanpa masuk 120, korang boleh usha dekat UTM atau mana-mana U lain yang tawarkan bidang yang berkaitan. Dia punya fakulti dah tak sama. Sesiapa yang masuk geomatik sebab nak jadi geographer, geofizik atau geo yang takde kaitan dengan ukur-ukur ni, ada baiknya korang fikir masak-masak sebelum ambil geomatik.
Dan lagi satu dalam program ni takde kaitan dengan sebarang Geography masa sekolah.
Geomatik memang banyak ukur, kira-kira, proses, analysis…sebab data dia secara realitinya adalah classified. Kalau dari geomatik nak masuk jadi army pun boleh. Kalau korang tengok cerita army, memang banyak aplikasi dunia geomatik yang mereka guna. InsyaAllah, aku akan buat entri movie student geomatik wajib tengok.
Awesome tak awesome, korang kena fight for your best! Sebab benda yang berharga takkan datang dengan mudah. Banyak benda perlu dikorbankan.
Terjawab tak persoalan korang tentang perbezaan antara Geomatik Tulen, GIS dan Sumber Alam ni? Kalau masih kabur dan tak jelas lagi korang boleh komen kat bawah ni dan bagitau part mana yang korang tak faham. InsyaAllah aku akan usaha untuk menjawabnya.
Kalau tidak pun korang boleh tanya pada orang yang memang mahir dalam kerjaya ni. Sebab beza tau pendapat student dengan orang yang dah bekerja.
Kalau nak tanya lanjut pasal AP122 Sumber Alam, korang boleh DM sini. Untuk AP121 kalau korang rajin bacalah blog senior ni; Khadijah Nas, Budak bisu nak bercerita.
Last but not least, segala kelemahan dan kekurangan dari semua segi tu harap dimaafkan. Mana yang baik dan bermanfaat tu korang bolehlah kongsikan. J
Thanks for asking and reading!
salam kamil,
tahniah dapat sambung belajar. Bagus perancangan awak tu, basic geomatik dan sains geomatik dekat poli, uitm dan utm sama saja. cuma ada sedikit beza dari segi silibus. kalau nak kerja bahagian hydrography takde masalah sebab bidang ni ada cover bhgian hydro juga.
kalau nak major hydrography, mungkin boleh ambik krusus tu dekat utm.
Salam , saya dpt dip geomatik dkt poli . Sy igt lps hbis dip n smbg degree saya nk kerja bhgn hydrography . Boleh ka sbb saya bukan sains geomatik ? Hehe
Hai zahirah! You can dm me at ig and twitter (either one) by this username @yuhaadie ?
U're welcome!
Hai! i wanna know more about sains geomatik. can i have your instagram or twitter or anything else so that i can easily reach u? thank you!! ☺️
haah. bidang tu atas pilihan yang kita buat.
Untuk diploma kalau kita dah pilih 120, memang terus pergi ke 120. Begitu juga kalau kita ambik 121 atau 122. Tapi, bila sambung untuk degree, automatik semua akan jadi satu: 120 sahaja yang ada.
Bidang tu kita boleh pilih sendiri ke ? Kena amik 120 dulu baru boleh amik 122 ke boleh terus amik bidang 122 tuh ?
thank you senpai! 🙂
Eh bagus la, detail!
hehehehhehe takpe2….ni student geomatik faham… 🙂
ngeee xbrp nk faham…but nice info bg yg plan nk apply bidang ni