Blog Header

Captain Philips: Based on true story

text, letter, old-4095909.jpg

Captain Philips adalah salah satu movie Tom Hanks yang bermain dengan perasaan penonton. Dalam cerita ni beliau pegang watak utama sebagai Captain Philips. Aku mati-mati ingat captain dalam army ke captain bagi pilot ke, rupanya captain kapal. Kapal kargo tu…

Nama kapal tu adalah MV Maersk Alabama, tapi nama sekarang dia MV Maersk Andaman… Misi dia adalah menghantar bekalan makanan dan sewaktu dengannya dari Oman dengan melalui Gulf of Eden ke Mombassa Kenya.

Apa yang bestnya tentang cerita ni adalah, dia based on true story daripada pengalaman penulis novel A captain’s Duty iaitu Richard Philips (Captain Philips yang sebenar). Dan lifeboat yang dinaiki oleh lanun masa culik Captain Philips sekarang ada dekat National Navy SEAL Museum

Debaran cerita ni bermula bila empat orang lanun siap dengan bersenjata berjaya memanjat kapal yang diketuai oleh Captain Philips. Masa lanun tengah sibuk menggeledah pergi kebahagian kawalan kapal, semua crew lain diminta menyorok dekat engine room. Pesanan dari Captain Philips kepada semua crew dia masa lanun berjaya ceroboh kapal diorang;

Remember, you know the ship, they don’t…stick together and it will be alright…

Lepas tu, lanun semakin agresif bila diorang dapat tau yang Captain Philips seolah main-main dengan dia. Masa pertukaran antara Captain Philips dengan ketua lanun, diorang lanun ni main kasar. Disitulah tragedi bermula… [The true tale of Captain Philips]

Sangat berinspirasi! Lagi-lagi melibatkan Navy SEAL. Elemen kerjasama, saling memahami dan patuh pada ketua sangat berperanan bila situasi cemas berlaku. Sebenarnya tension jugak dengan dak lanun ni. orang suruh settle cara baik, tak mau…pastu bila orang soh surrender pun degil jugak…haaa…baru tau…

Liputan akhbar tentang operasi menyelamat Captain Philips

Movie Captain Philips banyak dedahkan situasi kerja di laut. Mostly tempat dalam cerita ni adalah atas kapal dan laut. Maka aku sarankan kepada student geomass silalah tengok cerita ni sebabnya dia ada kaitan dengan hydrography, kerja offshore dan sewaktu dengannya. Real life situation gitu! Tak menyesal tengok walau cerita ni keluar pada tahun 2013.

Antara scene dalam cerita ni yang pernah dinaikkan oleh meme…

Lagi satu, kalau cerita tu ada lakonan Tom Hanks, janganlah korang sesekali menolak…sebab mostly lakonan beliau tak pernah mengecewakan. Professional giler nampak! No wonderlah mahal. 

Untuk bagi watak lanun tu nampak real, open audition telah dibuat dekat Minneapolis, Minnesota, tempat paling ramai orang Somalia. Memang real bhai!!!

Masa last cerita ni, aku tak tau kenapa rasa sedih giler…tak tau pasal pa sampaikan aku pun trauma bila tengok reaksi takutnya captain Philips. Mahu tak menangis…nyawa kat hujung tanduk je…

Overall aku rate 4.5/5. Nah trailer…

Kalau korang dah tengok cerita ni jangan lupa komen dan kongsi perasaan korang masa tengok movie ni…Memang terbaik!!!

Thanks for reading! 

p/s: peminat movie based on real experience… 🙂 tu yang suka bagi trivia dan fakta tu…hehehehheheh

Subscribe
Notify of
guest
10 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 6, 2016 19:44

best tomo….sebab saya suka cerita cenggini plus tom hanks yang pegang watak utama dia… 😀
dah dua kali tengok still suspen…huhuhuhuh

Anonymous
Anonymous
June 6, 2016 19:26

macam best je cerita ni. baca post ni pun dah tertarik

sofie adie
May 20, 2016 15:26

haah memang pun…tu lah risikonya kerja laut ni…memang best tengok!

sofie adie
May 20, 2016 15:24

hahahahah….saya je baru nengoknya…
thanks farrah! 😀

nadhie wueen
May 20, 2016 15:22

actually lanun2 ni dengarnya sampai skrg pun wujud lagi benarnya. bila baca ni macam best..nanti nak try tengok gak =D

Farrah Nadia
May 20, 2016 15:22

Da tengok dah cerita ni lamaaaaa dulu hehe btw farrah dah klik nuff awak 😀

sofie adie
May 20, 2016 02:20

sila-sila….tengok banyak kali pun xpa..

sofie adie
May 20, 2016 02:19

sangat aisya!!! tu yang sampai sobbing tu…hahahahhah

Leyha Hady
May 20, 2016 01:59

macam menarikk.. balik nnti mahu nengokk

Aisya 사구라
May 20, 2016 01:50

woww mesti lagi feel sbb based on true story

Scroll to Top