laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Praktikal di JUPEM #2

Holla there!

First of all, aku nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang dapat menyambung ke peringkat pengajian yang seterusnya! Patutlah ramai tanya soalan pasal geomatik…ni mesti dapat geomatik ni Hehehehe…apa-apa pun all the best kalian! Welcome to the university life!

Bagi sesiapa yang nak tambahkan pengetahuan yang mendedahkan pengalaman praktikal di JUPEM ni tanpa sebab, amatlah dialu-alukan membacanya. Mana yang baca sebab memang teringin nak tahu situasi dia, silalah baca setiap bait dengan penuh penghayatan. Ecececeh! Ini pesanan dari senior yang sayangkan juniornya…hahahahahahah *mohon terbalikkan biji mata berjemaah*

Entri kali ni adalah permintaan dari salah seorang junior geomass part 3 dalam entri ini. Terima kasih sebab sudi bertanya. Semoga dengan perkongsiaan ini, adalah manfaat untuk korang yang bakal praktikal di JUPEM kelak.

Secara jujurnya, aku tak pernah buat praktikal dekat JUPEM. Sebabnya untuk orang Sabah dan Sarawak, mereka lebih digalakkan untuk praktikal di JTS (Jabatan Tanah dan Survei). Kenapa? InsyaAllah aku akan cerita dalam entri lain.

So, aku pun mintak tolong dari members yang ada pengalaman praktikal kat JUPEM. Nak kasi feeling tu real sikit. Sebab orang yang alami, cerita dia ada emosi… Sebelum tu, aku nak perjelaskan perbezaan antara praktikal JUPEM dan Latihan Industri (LI);

 

JUPEM
LI
Nama subjek
Industrial Training JUPEM (SUG315)
Practicum
(SUG396/SUG397/SUG398)
*contoh kod subjek bagi student AP120
Diurus oleh
Pensyarah
Pelajar yang uruskan pencarian tempat praktikal
Tempoh
Lima minggu
(semasa cuti semester 4)
Lima bulan
(sepanjang sesi semester enam)
*tentatif akan diberi semasa sem 5
Credit hour
2
9 / 6
Final Paper
Tiada
Tiada
Viva/Presentation
Tiada
Ada
Jumlah report
Satu
Dua / Tiga
Hardcover report
Tak perlu
Wajib
Markah
Dimasukkan dalam result sem 5
Result sem 6
 
Cerita pertama adalah dari Afiq. Dia orang Selangor yang praktikal dekat JUPEM Pulau Pinang sebab apa tak tau. Mungkin batch kitaorang paling ramai sampai satu JUPEM tu terhad hanya untuk 20 orang sahaja. Mana yang lebih, terpaksa dicampak ke JUPEM yang masih banyak kosong…ni cerita asal dari dia, kalau korang nak tanya lebih lanjut, korang boleh DM dia kat twitter okay? (tulisan yang ori dari Afiq, korang boleh baca kat sini..)
 
Masa dekat jupem eh, 1st day memang pehh berdebar gila! Maklumlah 1st time dah la tak de reference senior langsung! Lepas tu tercampak jauh dekat Pulau Pinang…hahaha…1st day tu datang awal, then terus la konfiden gila naik komtar terus tunggu dekat JUPEM..tak tahu pulak kena ambil pass kat bawah nak masuk komtar tu..turun la balik amek pass then baru naik balik..
 
Mula-mula sekali, kitaorang kena register ‘thumb print’ untuk record kedatangan hari-hari. Then ada briefing sikit bla bla bla… Then, disebabkan JUPEM kitaorang cuma ada 12 orang dan dekat JUPEM hanya ada 4 ‘section’. Maka, kitaorang pun dipecahkan kepada 4 kumpulan. Setiap satu kumpulan ada tiga orang.
 
Kegigihan Afiq mengorek lubang untuk tanam batu…(familiar tak?)
Dua minggu yang pertama, kitaorang dekat section Strata, Stratum & Marine (SSM) dan this section yang paling banyak bagi input dekat kitaorang. Apa yang kitaorang buat dekat section ni, dekat U nanti banyak sangat guna. Korang akan didedahkan dan belajar pasal strata ni masa sem lima. (dalam iklan pun ada juga terangkan pasal strata…kalau korang ingat iklan tu, confirm korang boleh jawab dengan lancarnya apa itu strata…)
 
Hari yang seterusnya, kitaorang ke section-section lain yang aku tak ingat dah apa nama section tu. Then, untuk last two weeks, kitaorang dikumpulkan balik untuk practical dgn Jurukur Daerah (JUD). JUD ni adalah sebahagian daripada JUPEM jugak tapi diorang cuma terlibat dalam bahagian kerja luar. So, data yang diaorang ambil ni terus hantar ke JUPEM untuk diproses.
 
Hmm…apa yang boleh aku summerize kat sini, practical JUPEM ni takde benda pun yang korang perlu risaukan. InsyaAllah staff semua terbaik, peramah dan sedia terima korang sebagai student. Dan korang tak payah berharap tinggi sangat dekat praktikal ni. Sebab aku janji yang praktikal ni tak macam yang korang fikir dan jauh dari apa yang korang sangkakan.
 
Dia santai sangat! Siap korang boleh main ping pong. Main macam-macamlah! Hahaha… Kiatorang keluar minum pagi pukul 9, naik balik pukul 11. Then, duduk depan computer main internet then keluar balik lunch. Lepas tu, jalan-jalan sampai pukul tiga baru masuk balik. Hahaha
 
Tapi takdela hari-hari. Sebab kadang-kadang adalah jugak kerja. Tapi tengok la jugak JUPEM mana hahah…So, sape yang practical dekat JUPEM Penang tu, korang sebut je nama aku AFIQ confirm diorang kenal…hahah Cakap yang kurus-kurus, tinggi-tinggi…huhuh..lagi-lagi En. Fauzi Strata… 
 
So, kepada yang nak practical tu, goodluck and All the best! Ambik sebanyak mungkin ilmu sepanjang practical yang boleh dijadikan input sebab tu je peluang yang korang ada. Jangan tangguh-tangguh bab report, nanti korang menyesal! hahah Kalau nak contoh report PM kay ;D
Itu je kot… Sebenarnya takde benda pun nak cerita…serius…hahaha k gerak luuu pape roger! 😉

Kedua ni pulak dari member yang praktikal kat JUPEM Selangor. Dia pesan ringkas je…

Cakap je, nanti kat sana akan dipecahkan dalam kumpulan kecil, kalau ramai sangat student yang praktikal kat situ. Pastu, korang akan pergi setiap section untuk belajar step keje kat JUPEM. Ikut staff kat situ nak bagi yang mana dulu. Elaun pun ikut JUPEM masing-masing. Rezeki masing-masinglah katakan.

Ulasan yang ketiga adalah pengalaman member yang praktikal kat JUPEM Perlis.

Pengalaman yang saya perolehi semasa praktikal di JUPEM Perlis semestinya ilmu. Ilmu yang saya dapat ialah semasa berada di setiap cawangan dalam JUPEM. Bagi JUPEM Perlis, hanya cawangan strata dan stratum yang tidak diwujudkan.  Terdapat sembilan cawangan dalam setiap JUPEM tetapi antara cawangan yang kami lawati ialah cawangan kerja luar, cawangan pendaftaran, cawangan pelan berdigit dan cawanagan semakan kualiti. Proses kerja yang dilakukan bagi setiap cawangan adalah berbeza mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Bagi pendapat saya dan mungkin juga orang lain, cawangan kerja luar yang paling menyeronokkan dan mencabar berbanding cawangan yang lain. Alat yang digunakan bagi kerja luar juga berbeza seperti mengunakan tough book sebagai ganti untuk buku kerja luar. Dengan menggunakan tough book ini, kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan kerja dapat diselesaikan dengan cepat. Akhir kata, pengalaman yang diperolehi itu yang akan mematangkan kita hari kemudian.  

 
Geng JUPEM Perlis (Batch Perihelion)
Sebagai konklusi sepanjang praktikal lima minggu ni:
  • Pelajar akan dipecah dalam kumpulan kecil kalau terlalu ramai
  • Akan diberi peluang untuk merasai pengalaman di setiap section JUPEM
  • Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak setiap kali ada aktiviti, tugasan atau kerja yang berkaitan (Sebagai bukti korang buat kerja tu…dan boleh juga diletakkan dalam report korang nanti)
  • Sentiasa update buku log industry korang setiap hari. Jangan tangguh!
  • Boleh start buat report dari awal, sebab masa sem 5, korang akan mengalami situasi lambakan report… (paling banyak daripada semester lain…)
  • Jangan fikir pasal elaun, sebab tak semua JUPEM sediakan. Ada, syukur. Takde pun kena syukur jugak…
  • Jangan terlalu ikut habit pekerja dekat tempat praktikal. Mereka pekerja, kita student…mereka dah ada jaminan kerjaya, kita belum. So, be careful ya!
  • Praktikal ni sangat membantu korang untuk tentukan masa depan korang. Lepas praktikal baru boleh komen. Samada nak teruskan dalam bidang yang sama atau tak.
  • Paling penting, hargai setiap masa yang korang ada untuk bertanya setiap struktur dan fahami proses yang dilakukan dalam JUPEM.
  • Terakhir, ingatlah kereta. Teori yang sama juga boleh diaplikasikan pada kereta yang berbeza.

 

Situasi lambakan report! Jangan tiru sikap ini!!!

Terima kasih lagi sekali kepada Akram sebab sudi bertanya. Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak membantu korang untuk lebih bersedia jalani latihan industry. Kalau ada orang tanya, “Kenapa student Geomass ada dua kali praktikal ek?” Dengan mudahnya jawablah;

kerana dunia geomatik memerlukan pendedahan yang luas kepada pelajarnya. Supaya mereka tahu, apa fungsi geomatik di mata dunia.


Gitu! Hahahahahhah…Okaylah aku rasa dah beriban ayat ni. Mana yang kurang tu maafkanlah, mana yang berfaedah tu, sharelah dengan member-member lain.
Thanks for reading! 🙂
Subscribe
Notify of
guest
13 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
February 2, 2017 00:33

salam,
maaf lambat balas. intern kat jupem?
Awak boleh hntr surat mohon untuk praktikal situ dengan pengesahan dari pihak universiti atau pensyarah awak.
jangan lupa hantar resume sekali dan surat maklum balas untuk terima atau tolak.

Itu saja yang saya mampu tolong. ^_^!

afifahshahirah azizan
February 2, 2017 00:17

Hey assalam,urgent saya tgh mencari tempat internship and until now masih belum dapat tempat untuk intern,can you help me?how to apply internship Kat jupem ni?

Nurin Syafiqah
Nurin Syafiqah
Reply to  afifahshahirah azizan
September 10, 2021 17:23

Hi saya pon nk tnya la how to apply dkt jupem ni

sofie adie
May 18, 2016 23:12

hahahahahha…takdelah…mana ada…takut sebab viva ya…
hehehehhe

Fieyqa Adelova
May 18, 2016 23:10

seronoknya sofie punya praktikal tp macam menakutkan pun ada hahaha tak tahu kenapa T_T

sofie adie
May 17, 2016 20:50

Thanks neeza! Salam perkenalan too! 🙂

Neeza
May 17, 2016 20:48

terbaik quote itu.. i loikeee even i am not from geomass student. hehe

salam perkenalan, jemput blogwalking, komen dan follow back. 🙂 thank you.

https://neezaohneeza.blogspot.my/

sofie adie
May 17, 2016 15:40

Selalu macam tu…hahahhaha sampai setiap kali kitaorang nak observe diorang siap berhenti lagi…padahal tak effect pape pun dalam benda tu…ada jugak siap nak try tengok benda apa yng kitaorang nampak melalui 'total station' tu…

macam2lah…huhuhu

The KehalusanKelembutan
May 17, 2016 15:24

salam yang korek tanya tu situasi biasa, kalau gang yana selalu gelak gelak gurau eh dia ambik gambar kita lah.. hahah budak budak sangat

ika
ika
January 31, 2022 03:06

hi nak tanya, berapa lama ya since u applied for internship until jupem accept your application? thankyou~

Anis
Anis
Reply to  sofieadie
October 26, 2022 15:34

salam, boleh saya tahu nombor bahagian pengambilan pelajar intern JUPEM tu tak? TQ

Scroll to Top