laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Cara memohon tempat praktikal

Bagi pelajar Diploma Geomatik, permohonan tempat praktikal akan dilakukan semasa semester lima. Mungkin ada persamaan untuk kos yang ada praktikal seperti pelajar sains polimer, ladang dan lain-lain. Secara ringkasnya memang ada briefing dari lecturer sebelum mohon tempat praktikal.

Tapi sebagai persedian awal, kita juga boleh mencari informasi di dunia hujung jari.

[Tapi untuk penerangan ni, aku banyak fokus kepada student geomatik ^_^]


Bila mohon tempat praktikal?

  • Sepanjang tempoh semester lima.
  • Selepas mendapat briefing dari pensyarah.

Apa yang kena buat selepas briefing?

1- Call company yang korang dah research pada sebelumnya.

Tanya jika mereka ada ketiga-tiga bidang yang kita perlu ambil. Sebab biasa ada yang tak ada job pada salah satunya. (cadastral, engineering dan hydrography)

2- Selepas dapat company yang terima, dapatkan tandatangan penasihat pada surat permohonan.

3- Proses penghantaran kepada syarikat yang dimohon

  • Hantar resume,
  • surat permohonan yang ditanda tangani (disahkan) dan
  • skop praktikal kepada company tersebut.

Boleh guna email, faks atau pos. Untuk cepat; faks, biasanya orang email sebab murah, jimat dan cepat.

4- Selepas dapat respon dari company; 

boleh ambil tanda tangan seterusnya untuk surat pengesahan dan hantar pada company tersebut. Pada penghujung semester lima, ada briefing kedua pulak yang terangkan tentang apa yang kena buat kalau fail masa sem 5, atau yang sewaktu dengannya…

 

5- Akhir sekali, kita akan berjumpa dengan penasihat

untuk finalize kan tempat praktikal kita dan ambil buku log. Pensyarah akan beri korang ‘kit’ untuk praktikal. Dalam tu akan penuh dengan maklumat, peraturan dan informasi tentang semester enam.

Sebenarnya, tugasan sem enam banyak makan masa sem lima. Sebab dalam kita sibuk dengan sem lima, kita kena cari tempat praktikal. Aku cadangkan untuk tak alami situasi kelam kabut macam ni, korang boleh buat research awal-awal tentang company masa cuti sem atau waktu sebelum sibuk.

Kalau boleh masa part one dulu lagi dah cari..Cari company –> Dapatkan pengesahan supervisor / lecturer –> Hantar permohonan ke company –> tunggu feedback dari company –> Dapat feedback, hantar maklumat pada supervisor / lecturer –> Hantar maklumat penuh sepanjang praktikal yang telah disahkan ke company –> Datang praktikal!Thanks for reading!

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
July 5, 2016 13:51

Salam,
banyak company untuk praktikal. cari dekat google company yang ada kaitan dengan bidang yang kita nak. paling senang mintak pendapat lecterur..

Shazwan Shafiee
July 5, 2016 13:47

Salam,boleh bg cadangan company mna nk buat practical?

sofie adie
March 18, 2016 16:45

memang senang sangat kalau kita dapat selesaikan semua pencarian hal2 praktikal ni awal. serabut sangat kalau buat last minit. huhuhuhu

♥ aiNa yaZiD ♥
March 16, 2016 14:57

Teringat masa nak praktikal dulu, Hehe.Macam aina dlu, praktikal sem 8 (final sem) Sem 6 da start pulun carik tempat praktikal. Settle tmpt awal awal senang.. nk study pun x risau fikir tempat praktikal. hehe.. =)

Scroll to Top