Tahniah sebab korang dah berjaya ke tahap ini dan selamat menjadi senior! ^_^
Subjek dalam semester 4:
- Introductory Hydrographic Surveying
- Principles of Carthography
- Survey Computations
- Geodetic Studies
- Fundamentals of Land Laws and Regulation
- Fundametals of Photogrammetry
Huraian:
- Hydro adalah main core bagi semester ini. Ada camp, jangan risau..tiba masanya untuk korang berwajah ‘seri geomatik’. Masa pergi camp, semua kerja LP akan terlibat. Bermula dari calibration, traverse, levelling, tacheometry etc. Senang kata semua control terlibat, *(x,y,z).
- Cartho subjek yang paling banyak teori…ada lab jugak…kena buat map. Sila skor untuk map, sebab seronok…terasa macam budak art pulak! Untuk subjek ni korang akan didedahkan guna software ArcGIS dan Erdas.
- Survey comp. subjek yang paling banyak kira…namalah computation kan? Markah banyak kepada tugasan kita..iaitu pre-comp. plan….ia memerlukan kreativiti yang tinggi jugak sebab kita kena design dan reka satu kawasan perumahan yang lengkap dengan fasiliti (drainage, shop lot etc. *tertakluk kepada lect. korang)
- Geoid memerlukan nombor yang sangat panjang. Sila fahami keywords dalam geoid sebab ia membantu untuk lebih faham subjek cartho. Kedua subjek ni saling berkaitan dalam projection dan datum.
- Land Laws; Walaupun korang boleh bawa buku law tu masa final korang tetap kena alert dengan keywords yang penting. Misalnya beza antara subdivision dan partition, beza pengunaan form dalam sesuatu task, etc… Cara mudahnya, buatlah nota ringkas tentang topik yang selalu keluar.
- Photo; Ada dalam lima report. Setiap tugasan memerlukan daya imaginasi yang tinggi...so selamat berimaginasi! Dalam photo jugak korang akan diajar jenis-jenis pandangan dari udara, turut dikenalkan dengan *UAV etc.
Pesanan:
- Sem 4 adalah sem yang paling sedikit *LP, tapi jangan ambil mudah sebab semua teori sem empat akan diaplikasikan masa sem 5.
- Masa cuti semester 4, kita kena buat praktikal pendek untuk subjek sem 5 dekat JUPEM/JTS
- Kalau nak sambung degree, (tak kiralah nak sambung ke bidang yang sama atau tak) jangan lupa daftar untuk MUET.
- Masa sem 5 nanti, ada beberapa perbezaan subjek antara AP120, AP121 dan AP122.
- Mungkin ada perubahan dari segi kod subjek dan silibus untuk mempertingkatkan kualiti pelajar. Maaf diatas segala kekurangan maklumat. ^_^
*LP- kerja lapangan
*UAV– Unmanned Aeriel Vehicle
*(x,y,z)- x=Horizontal control, y=Vertical control, z=Heighting
Thanks for reading!
thanks for tagging jiha! 🙂
all the best ya!
saya tag sofie adie
http://nazihah-suarahati.blogspot.my/2016/03/segmen-top-blogger-2016-by-nurzulfa.html
[…] Pembikinan thematic maps ada dalam silibus pengajian Geomatik dibawah subjek Carthography. Kalau masa batch diploma 2013 dulu, kitaorang belajar subjek ni masa semester 4 (Geomatik semester 4). […]