Acap kali dia bertasbih…
‘Give up lagi bagus’, ‘kau bukan sesiapa pun’, ‘berhenti dari hidup’…
Dan bermacam jenis tasbih negatif diputar dalam minda. Bukan. Bukan dia yang bersuara. Tidak sama sekali.
Itu semua bisikan dari fikiran bawah paras sedar.
Ya, dia memang mahu give up.
Ya, dia memang sudah lelah.
Tapi, jadikan ia tasbih basahan lidah itu tidak sama sekali.
Tuhan, aku capek…
Capek sama emosi yang turun naik tiada henti.
Sekejap dia menyerang datang kala mentari melangit. Dan ia biar aku menangis bagai si bayi ditinggal di tandus pasir.
Apa yang merasuk jiwaku ini Tuhan?
Aku lelahhhhhh benar mahu persoal isu yang sama.
Aku. Tidak. Gila!
Aku waras!
Tapi kenapa kau dengar suara yang tiada didengar?
Aku dengarlah bodoh!
Berapa kali aku cakap, suara itu ada. Dia teriak dekat aku siang buta, kau kata aku bohong???
Berair matanya menahan bingit yang bertempur di kepala.
Lirih tangisnya minta didengar. Sunyi. Tiada orang. Itu yang ada dalam jiwanya.
Dia. Sentiasa. Sendirian.
Sentiasa.
Kau takkan faham.
Kalau ya, kenapa kau biarkan aku seorangan?
Kenapa kau tinggalkan aku, sendirian?
Kau takkan pernah faham bukan?
Takpe, aku faham…orang serupa aku ni sampai bilakan sendiri. Sampai mati, kubur pun digali sendiri.
You are not worth saving…
Tuhan, aku capek…..
*HUG**
moga sis kuat. jika penat berehat sis. *hugs juga*