audience, backlit, band-1868137.jpg

Komedi Kursatil

Hidup ni kelakarkan…sangat kelakar sampai kau gelak pun keluar air mata. Serius kelakar!

Guna banyak mana pun gadjet, banyak mana pun social media yang kau buat, end up dihujung hari, hanya kau, lagu dan sepi. Yup! That is life man….aku pun tak tahulah kenapa aku buat semua benda yang orang lain buat walhal aku tahu yang aku ini kawan pun boleh dikira dengan sebelah tangan. Entahlah labu…

Yang kelakarnya lagi, aku dah siap masak boleh pulak ngadap sini instead of terus makan. Sebab, otak aku keep on running all the thoughts yang buat aku rasa mutakhir ini aku kerap mengeluh.

Pandang sana, mengeluh…

Pandang sini, mengeluh…

Entah apa yang dikeluh kesahkan itu aku sendiri buntu. Kadang cipta dialog yang kau sendiri belum pasti samada itukan jadi perbualan atau sekadar cerekarama dalam kepala. Cerita antara kau dan imaginasi yang kau tak tahu ia akan jadi seperti yang direncana.

Hidup ni kawan, apa yang kau harap selalunya ke laut. Dan apa yang hati kau rasa, itulah hakikat. Nyata. Fakta juga kadang-kadang. Walau otak dah ada bukti ni, hati kau dah terluka jugak ni, tapi kau sendiri tak tahu kenapa kau masih di situ. Bertahan pada sesuatu yang sudah….rapuh…dimakan dek anai-anai….

Apa??

Tak adil untuk terus melulu. Tak adil untuk terus menyerang. Tidak itu, tidak ini karang ada yang terluka. Jadi, kau yang meraung bertanyakan ‘kenapa aku’ dan ‘sakit babi’ itu tidak mengapa pula?

Mengeluh lagi…

Buntu.

Aku sendiri dah buntu dan mati rasa. Pada segala. Kalau nihilist itu tidak percaya pada apa, aku ini mungkin lagi nil dan nihil dari segala null.

Apa sebabnya ni? Kau tanya…

Apa yang kelakar sangat hidup sampai kau merasa bahagia dalam raungan instead of ketawa kesedihan?

Sinis gelakku kawan. Sinisnya hingga aku rasa ingin mengalir air mata.

Kenapa saya?

Sebab hati awak tulus.

Gelak.

Jadi hati yang tulus ini jika diluka kira tiada masalah lah? Sinisnya.

Sebab mereka sentiasa punya ruang untuk memaafkan…

Habis kalau semua orang tulus begini kau mahu persetankan mereka hingga hilang kebergantungan pada harapan dan kepercayaan? Begitu? Hingga mereka menjadi seperti kau?

Dunia ini kawan, setiap tindak punya kiraan. Ada hutang bagi setiap perbuatan. Hutang ini bergenerasi pusingnya. Berantai kata orang. Tidak keturunan ini, keturunan kendian. Putar dan putar hingga kiamat.

Mungkin aku adalah pelunas bagi hutang orang-orang lamaku. Atau boleh jadi pemula bagi pemiutang atau peminjam atau…ah, geleng kepala.

Penat jadi manusia?

Angguknya perlahan. Berat bahu untuk pikul, berat lagi hati untuk bertahan.

Tuhan, walau apapun yang berlaku dalam hidupku ini, Engkau akhirilah ia dengan Husnul Khatimah ya Tuhan…Engkau matikanlah aku, kami dan mereka dalam Iman. Rindunya nak bertemu gembira di Telaga Kautsar.

Nikmat dunia ini apalah sangat jika dibanding dengan azab neraka. Tahanlah sikit godaannya itu. Syurga itu jauh lebih indah dan nikmatnya jauh lebih hebat. Kenapa kau masih jua tewas?

Imanku lemah…menangis imanku melihatkan aku yang terlalu terburu mengecap tipuan dunia. Bodoh!

Fulan ya Fulanah, tolonglah janji padaku…janji yang walau seperit mana pun dunia ini mengujimu, tetap dan yakinlah pada janji Allah. Takdirnya itu walau kita selalu pinta untuk tahu dan ingin tahu adakah ada sirna buat kita, kau sandarkanlah pada doa.

Ia lambat. Kadang lambatnya itu kau jua terjelepuk di lohong kelam. Tetaplah bangkit. Tetaplah bangun.

Ya aku bangkit…

Kursatil komedi hidup yang tiada makna selepas kau berjumpa syurga.

Segalanya hanya dongeng semata….

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
nimi
June 28, 2022 23:45

don’t why i just want to cry sama…… T^T

Scroll to Top