laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Aku dan Blogger #2

Holla!

Kabare kalian semua…sihat? Blog kalian sihat seperti tuannya? Jika ya jawapan kalian, tahniah saya ucapkan. Teruskan aktif dalam blogging, supaya senang saya nak blogwalking..sebelum tu jutaan terima kasih kepada yang sudi luangkan masa untuk menjengah dan menadah mata membaca blog ni…

Aku dan Blogger…

Kalau tahun lepas aku pernah kongsi kisah macam mana aku boleh terjebak dengan fenomena blog-memblogging ni,  tahun ni pulak aku nak sambung pasal macam mana aku survive dalam dunia blog dan betapa noobnya aku masa awal join segmen. (rasa macam nak hantuk kepala kat dinding je masa tu…)

Blog ni dibentuk pada 140414. Kebetulan pulak banyak nombor empat. Maklumlah kita ni anak ke-4…suka benar dengan nombor empat sampai semua nombor nak empat…(jangan bermadu empat sudah…hahahaha). Masa awal niat aku buat blog, sebab nak share pengalaman dengan beradik yang lain.

Lepas tu, bila lama-lama buat blog rasa macam tak best pulak kalau takde readers awam. Trylah join segmen. Harapan, dengan bersegmen dapatlah kenal-kenal blogger lain. Dan alhamdulillah readers dan followers bertambah. (Terharu ni…harap korang tak serik membaca…)

Blogger awal yang aku kenal antaranya: Angel Love Soldier, Blog Parih, Acik Watie, Cik Iman, Akif Imtiyaz, Anamizu, kameq deanna, Nad, Wardah anessa dan yang sewaktu dengannya…

Lepas aku potpet potpet pasal aku ngan blog ni, aku dapatlah komen dari seorang blogger ni dia cakap, dah lama yang dia nak buat segmen macam ni, ajaklah aku join. Masa tu aku blur-blur. Memang blur tahap langit ketujuh petala ke-10 lah kata orang. Aku taktau benda apa segmen ni sebab kalau giveaway ke segmen review ke, retilah sikit. Ni segmen buat entri. Aiyak! (boleh baca sini kalau nak tahu betapa ‘cerdiknya aku’ buat entri segmen tu sampai segmen tu ditutup tanpa tidak diketahui sebabnya…T_T)

Bak kata omputih, pengalaman pahitlah mencerdikkan kita.

So, sekarang aku baru faham macam mana nak join-join segmen ni. Nak diceritakan, hari tu aku nak tukar angin sikit dengan design blog, aku tempahlah dekat Leya…then aku suruhlah beradik aku komen pasal design terbaru tu, dorang majoriti lebih suka style aku yang dulu/lama. Katanya lebih rare dan simple seolah macam diri aku. (okay, ini perasan-tan!) Tu yang aku tukar balik. (maafkan saya leya, design awak memang lawa…) sempatlah guna design leya tu dalam seminggu lebih..(tak taulah kalau ada yang sempat usha masa tu..)

Disember tahun lepas, adalah aku bagi random hadiah untuk readers. Dua je, tak banyak…aku pilih based on nuffnang…aku ingat nak buat lagi, So what do you think?

Macam mana aku survive dalam dunia blog?

Bila tengok followers bertambah, bila ada orang ber’hai’ dengan aku dekat chat box dan bila ada orang komen. Tu lah yang kuatkan aku untuk terus hidup dalam dunia ni…

***to be continued***

 So, kalau itu kisah aku dengan blog siri 2 sepanjang setahun 7 bulan 4 minggu satu hari, tentu korang yang dah lama dari aku mempunyai siri yang tak terkira kan?

Cuba share sikit…nak gak tau kisah korang..

***thanx for reading until the end!***

p/s: benda yang paling aku takut adalah, bila kita kenal orang dan orang itu lupakan kita…macam Athazagoraphobia..

(aku rasa penulisan aku sejak dua menjak ni serius, kenapa ek? korang rasa tak?)

***AKU DAN BLOGGER #3***

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top