Disclaimer: Ini bukanlah perkongsian mengenai sejarah, pengenalan atau apa saja maksud sainstifik anesthesia. Ia sekadar tajuk yang diguna untuk rungkai falsafah hidup yang masih terbelit siratnya.
Well, kabare kalian?
Pe cer pe habaq semua. Sedar tak sedar, tinggal berapa hari je lagi kita hidup di tahun 2021 ni kan.
‘So, apa yang 2021 telah ajarkan kamu sepanjang tahun ni?’ soalku pada rakan kerja.
‘Hurm…itulah masalah saya. Saya tak track event secara detail.’ dengar usul keluhan. Samada dia penat, malas mahu fikir atau memang katanya benar, itu aku sendiri tak tahu.
‘What happened on first quarter?’
‘PKP’ jawabnya lanjut.
‘Second quarter?’ masih memaksa untuk berkongsi paling kurang satu dua persitiwa yang mengajar dia menghargai tahun ini.
‘PKP kak…’ dia gelak. Seloroh.
Adoyaiii…
Habis 2021 ni dengan PKP saja rupanya ya?
Tarik nafas panjang. Anesthesia diambil hingga tiada deria untuk menyimpan memori hidup. Kebal dan lali tiada nilai sentiment pada apa jua peristiwa. Hatta satu saat.
‘Album yang habis didengar tahun ni?’
‘Mungkin album baru Shawn Mendes kot. Eh, bila Shawn Mendes keluar album baru? Tahun ni ke tahun lepas? Alaaa kak, saya rasa apa yang saya ingat semua event tahun lepas. Mana nak ingat apa yang berlaku tahun ni….’ kata dia sudah lelah mahu meneruskan sesi soal jawab.
Ya, sesi itu berlaku sebab menanti traffic light yang lama benar merahnya. Penat jua mahu dibiar ruang senyap tanpa isi. Bila terbiar sepi, kau ha…..salah masuk simpang siap digelak oleh pekerja buruh pulak tu. Aigoooo! Bikin ribut dong!
‘Kau dengan perfume?’
Aku geleng. Giler! Itu saja jawabnya.
‘Bagus jugaklah kan yang semua ni berlaku. Gila betullah…’
Mahu tidak bertasbih gila bila kau tahu dan terjebak dengan suatu hidup yang tidak sepatutnya kau campur. Allah…giler tak rasa macam watak antagonis dalam hidup orang. Perghhhh memang bertambahlah anesthesia hidup diambil.
Bukan mahu buang nikmat punya jiwa yang sensitif, tapi perkara beginilah buat dia rela berperasa kebas dari merasa sakit yang dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu tanggung walhal dia punya pilihan kot.
‘Apasal kahwin at the first place kalau benda macam ni berlaku?’
‘Der, sebelum dengan selepas kahwin jauh beza gilerrr der…’ itu yang dia balas.
Gila! ujarnya tanpa henti sepanjang cerita itu didedahkan.
Gila!
Tanpa sedar, dia merasa luluh. Luluh kerana apa itu dia tidak tahu. Gila, gila, gila…sambil menggeleng kepala dia tidak percaya. Gila!
Nafas panjang ditarik.
‘Kau, perlu lepaskan dia…’
So, hari tu aku ada kasi pinjam satu buku ni. Best giler dowh buku tu, tapi aku boleh lupa tajuk dan penulis dia. End up, buku tu member aku ni tadi nak ganti kitaorang masing-masing lupa tajuknya. Allah….aku nak buku tuuuuuu. sedih ni…Akunya tak habis hadam lagi buku tu weh. Baru je sekilas baca.
Bayangkan habis gambar aku scroll kotlah aku ada ambik gambar buku tu ke apa,…takde weh…
Jap…entri ni pasal apa dah tadi?
Owh, lately ni aku layan soundtrack dari cerita Bahubali je weh. Syiok pulak layan lagu diorang sambil terbayang-bayang scene bagi setiap lagu tu. Pastu, minggu ni kitaorang busy dengan expo untuk tiga minggu berturutnya. Maka, say goodbye to holiday and weekend yer kawan…
Sendu sambut tahun baru?
Hurm…begitulah hidup. Ada kesenduan dan gembira perlu dikabur dengan tawa suka. Orang tahu ke tak tahu, janji kau masih hidup. Syukur?
Alhamdulillah.
Bila nak buat throwback for the whole year hidup kau sepanjang zaman covid ni?
Haaa…yang tu rajin insyaAllah kita buat summary dia by 31 Dec gitu.
Sekarang, aku dah ngantok, plus penat, plus esok kena gerak awal isi minyak dan sebagainya. Hidup oh hidup….
Oh ya, papehal aku doakan korang semua dalam keadaaan sihat hendaknya dan doakan yang baik-baik buat kita semua. Okays!
Papehal roger. Adios!
what can I say about I? Happy New year sister.