laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Angin rindu dari Negeri Perlis!

Buka saja topik mengenai Negeri Perlis, laju aku akan jawab; “Gua rindu tom yam dia!!!!”

Lagi-lagi suasana aman damai tenteram di Arau. Bau dia, musim dia, memang terasa sangat macam dekat Araustralia. Eh, eh…Arau jer lah.

Ini pun aku baru balik dari Arau (versi celup namanya Arau Alam Jawa) dekat seksyen 16. Alhamdulillah dapat jugak jumpa makanan yang murah dan sedap macam dekat Arau dedulu. Masa tiga tahun duduk Perlis, aku lebih banyak pusing di sekitar Arau. Since UiTM tu letaknya di Arau, memang tak kemana jugaklah aku pusing. ?

Dalam diam, dah nak dekat setahun jugaklah aku tak jejak Negeri Perlis. So, malam ni entah seperti biasa ada saja angin dari Perlis menyapa. Katanya rindu….(baru acah-acah dah move on dari jadi orang utara celup!)

Sebenarnya banyak lagi tempat dekat Negeri Perlis ni yang aku masih belum berkesempatan untuk pergi. Ya, ya, ya memang Perlis ni boleh dikategorikan antara Negeri paling kecik dalam Malaysia, tapi kalau dah jenis manusia yang lebih sayangkan bilik macam aku ni, kecik mana pun negeri tu, memang tak akan habis pusing!

Ingat masa first time aku sampai Perlis, memang tak percaya giler masih wujud pekan lama yang bangunan tingginya masih tak banyak. Tambahan pulak, aku memang tak tahu yang Perlis ni tadak airport! Aigooo, apasallah aku tak tahu benda ni….isk isk isk?

Ringkasan sejarah Negeri Perlis

Berbalik pada sejarah lama dulu kala, Perlis ni adalah antara negeri yang di bawah kuasa monarchy Thailand sebelum diambil alih oleh Sultan Kedah. Sedar tak sedar, Perlis berjaya menjadi salah satu negeri yang merdeka di bawah naungan Negara Malaysia.

Macam mana aku boleh tercampak dan berminat untuk menjelajah Negeri Perlis?

Sebab Negeri Perlis ni dia low profile dan punya ketenangan yang tak akan dijumpa dekat bandar. Percayalah, once in never out kata orang. Tempat pertama yang aku pergi setibanya di Perlis selepas sesi pendaftaran pelajar baru di UiTM Arau adalah Wang Kelian. 

Haaaa….benda apa pulak Wang Kelian ni kan? 

Nama susah benar nau nak sebut. Wang Kelian ni dia macam Padang Besar, cuma dia takdelah banyak bangunan macam kat Padang Besar. Masa pergi tu, hujan pulak, tak sempat nak ambik gambar yang jelas dan jalan untuk ke sana memang agak bahaya sikit. Macam ular kena palu kata orang.

Kalau korang memang tak pernah lagi jejak ke Negeri Perlis ni, aku dah buat senarai tempat-tempat yang korang patut pergi sepanjang berada di sana. Antaranya:-

1- Gua Kelam

Gua Kelam, Perlis

Alhamdulillah masa sem 2 diploma aku berkesempatan jejak ke Gua Kelam ni. Memang cantik dan kelam! Dalam tu ada disediakan lampu warna warni. Ambik gambar guna fon cikai, nampak gelam sajolah cerita dia! Orang kata kalau pi Perghlih tak pi Gua Kelam, bazir sajalah! Jadi, pi jangan tak pi!

Gua Kelam, Perlis,

2- Hutan Lipur Bukit Air

Jujur aku cakap yang Hutan Lipur ni aku sendiri pun tak pernah pergi. Tu boleh dijadikan alasan untuk jejak ke Perlis lagi dan lagi pada masa akan datang….heheheheheh

3- Muzium Kota Kayang

Untuk penggemar muzium, korang mesti pergi ke Muzium Kota Kayang ni, Sebab dalam muzium ni dia ceritakan aal usul Negeri Perlis beserta artifak dan alatan-alatan dulu kala. Since, aku tak pernah jugak jejak ke sini, aku tak boleh nak describe keadaan muzium tu macam mana. (Nampak sangat tak pernah join lawatan ke muzium!??)

4- Kuala Perlis

Yang ini memang wajib pergilah cerita dia. Kalau nak pergi ke Langkawi, memang kawan aku ni selalu ajak kitaorang lepak dulu kat KP. Makanan seafood dia, kalau pandai cari memang banyak sedap! Harga campak tepi. Kalau dah sedap pejam mata je tengok harga. hahahaha

5- Padang Besar

Tempat ni wajib sangat pergi bagi pencinta barang free duty. Ni kalau family aku mai Perlis ni, kalau tak singgah ke Padang Besar memang tak sah. Dia macam dah jadi satu rutin wajib. Tapi tu lah, besar dia, sampai lenguh dan mengah jugaklah nak pusing. Kalau mak aku, dia pantang tengok perkakas dapur. Beli memang sedap, nak hangkutnya satu hal!

6- Perlis State Park

Sayangnya, tempat ni pun aku rasa macam langsung tadak dalam memori. Senang kata dia dekat dengan Mata Ayer dan Hutan Peliharaan Wang Mu. Dengar cerita katanya ni satu-satunya tempat dalam Malaysia yang pelihara stump tailed macaque.

7- Snake Farm

Ahah! Yang ni untuk pencinta ular bolehlah ke sini. Aku? huhuhuhu memang tak berani langsunglah cerita dia. Hari tu pernah jugak pihak dari Snake Farm ni buat pameran dalam UiTM Arau, itu pun gua tak berani dekat hatta nak lalu pun tidak.

8- Taman Herba

Dekat Taman Herba ni kalau korang berpeluang pergi, korang boleh belajar dan tengok macam mana nak buat tanaman ni menjadi ubat-ubatan. Kat sini ada lebih daripada 1000 spesis tanaman yang ditanam. Ni kalau mak aku pergi ni, mau makan berjam jugak (nasib baik tak pernah lagi ke sini…?)

9- Tasik Melati

Kalau nak berkhelah, jalan-jalan dan makan angin, pergilah ke Tasik Melati. Tempat ni bagus untuk diluangkan masa bersama keluarga. Rapatkan ukhwah kekeluargaan dengan berkhelah memang seronok!

**
Phew! Banyak jugak rupanya tempat-tempat menarik dekat Perlis. Dari 9 tu tiga tempat je aku pernah pergi. Apa punya oranglah aku ni. Bila dah duduk jauh dari Perlis, baru terhegeh-hegeh nak pi. Bazir sungguh!

Habis dah cerita bab jalan, kita move kepada makanan yang menarik di Perlis pulak!

Untuk yang kaki makan, aku percaya yang korang mesti dah merasa semua makanan yang aku akan mention nanti. Telah pulak kalau korang ada kawan dari Perlis. Sayangnya, sebahagian dari makanan tu, aku sendiri tak berpeluang merasanya. ?

1- Medan Ikan Bakar

Medan Ikan Bakar letaknya dekat Jeti Kuala Perlis. Dekat KP tu apa je yang takde, semua jenis seafood dia ada. Aku paling suka order sotong goreng tepung kat sini. Orang pergi Medan Ikan Bakar, makan Ikan Bakar. Dia sibuk cari sotong! Tapi serius, kalau pandai pilih tempat dekat sini, memang boleh dapat harga yang murah dan sedap!

2- Jeruk Maman

Jeruk Maman ni dia macam Kimchi. Kena peram dulu dengan garam dan air selama tiga hari baru sedap untuk dimakan. Aku tak pernah lagi rasa yang ni. Korang kena try dan bagi tau aku rasa dia. Tak pun kita minta siapa orang Perlis bawak jeruk ni mai Shah Alam.

3- Pekasam

Mungkin aku patut rasa juga pekasam Perlis. Sebab selama ni aku dok makan pekasam mak aku dengan nenek aku buat. Tak pasti lagi apa bezanya rasa pekasam bagi negeri yang berbeza. Now, it make me wonder and want to taste it!

4- Sira Belinggai

Apasal aku tak pernah tahu tentang wujudnya Sira Belinggai ni? Pelik pulak sebab tak pernah jumpa. Ke sebab aku tak habis research lagi Perlis tu masa dok sana? Hurm….

Buah Belinggai ni dikutip , dibiarkan selama beberapa hari bagi isi dengan kulit dia lekang dan mudah diambil. Lepas tu isi buah belinggai tu tadi diramas dan dikeluarkan sebelum dicampur dengan santan/susu untuk menghasilkan satu larutan. Kemudian, larutan tu ditapis dan terhasillah Sira Belinggai.

5- Nasi Ulam

Nasi ulam ni adalah salah satu makanan tradisional bagi Perlis jugak. Dia merupakan campuran nasi dengan pelbagai daun ulam termasuklah noni, putat, sekentut, selom dan mentalum. Lepas tu, lada hitam dan ikan kering yang dah dihancurkan dicampur sebagai penambah perasa.

6- Laksa Kuala Perlis

Hah, yang ini memang wajiblah setiap kali korang rasa mengidam nak makan laksa. Pergi KP tu, dia kalau ada duit lebih dan selera makan nan tinggi, makanlah semua yang ada dekat situ. KP ni biasa memang ramai orang. Lagi-lagi musim puasa, memang penuh! Kalau dapat book awal, pergila book cepat-cepat!

**

Jalan dah makan pun dah, tapi tak tau lagi nak bermalam dekat mana. Kecik-kecik pun sehari mana cukup. Paling kurang pun mahu tiga hari. Mana nak pusing untuk jalan sambil makan lagi, jalan lagi….hiking lagi…tak puas tiga hari tu..

Hotel penginapan sekitar Negeri Perlis

Antaranya;-

1- Hotel Sri Malaysia Kangar

Hotel ni sesuai bagi sesiapa ynag nak tengok permandangan bandar Kangar. Sebab dia betul-betul terletak dekat tengah bandar. Dari hotel ni nak ke Arulmigu Arumugaswamy Dheasthanam, Remidis Clinic dan The Store boleh kira berhampiran jugaklah.

2- Putra Brasmana Hotel

Hotel Putra ni terletak dekat Kuala Perlis. Aksesibility dekat sini pun senang jugak untuk pergi ke Muzium Kota Kayang, Masjid Al-Hussein, Komalaut Seafood Complex dan Terminal Feri Kuala Perlis sendiri.

3- Putra Putri Lodge

Lodge ni terbina untuk memperbaiki pemandangan Repoh dengan menjadikan Lodge ni sebagai suatu tempat penginapapan yang terletak dekat Taman Putra Putri.

4- Putra Regency Hotel

Putra Regency letaknya dekat Putra Palace. Hotel premier yang sesuai untuk urusan bisnes, fine dining dan banquets.

Aku lebih suka lepak dekat Arau berbanding Kangar. Satu, sebab dia dekat dengan UiTM.

Dua, Arau pun banyak tempat makan yang murah dan sedap serta penginapan yang lebih murah. Kangar pergi sebab nak makan steamboat, KP pulak sebab nak makan seafood yang segar.

**

Makan sudah, jalan pun sudah, siap cari hotel pun sudah. Tapi masalahnya tak tau macam mana nak pergi Perlis? ?

Cara untuk pergi ke Negeri Perlis ada tiga.

1- Kapal terbang.

Yang ni aku selalu guna. Tapi dia takde direct flight turun-turun terus Perlis. Nein! Dia kena transit dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah dulu. Then dari airport tadi ambiklah taxi sekitar untuk ke Perlis. Masa dia adalah dalam 45 minit jugak. Itupun bergantung pada traffic.

2- Kereta api

Kalau dari Butterworth dan Kuala Lumpur boleh naik kereta api Senandung Langkawi dan akan berhenti samada dekat Arau atau Padang Besar.

3- Bas

Paling senang untuk ke Perlis adalah dengan menaiki bas. Naik je dekat mana-mana hentian yang ada jual tiket direct ke Kangar, Kuala Perlis atau Arau. Settle! Tapi yang jenuhnya kena hadap perjalanan yang panjanglah.

**

Aku rasa masih banyak lagi yang aku tak teroka dan jelajah secara terperinci dekat Perlis ni. Bukan saja Perlis, rasanya negeri lain pun mesti masih banyak benda yang aku tak rasa, tak tahu dan tak pernah jejak lagi. Aku jalan just ambik syarat jejak negeri tersebut je. Tak tahu semua pun takpa janji dah jejak. Tapi, feel dia macam tak lengkap.

Antara target 2020 aku adalah untuk UNSEEN MALAYSIA. Sekarang ni masih lagi dalam fasa kumpul duit lagi. ? Doakanlah target yang ini akan tertunai.

Korang dah pernah pergi ke Perlis belum? Kalau belum moh le kita bersama kumpul duit untuk support perlancongan dalam Malaysia!

Till then! See ya!

Xiao Xin!

Subscribe
Notify of
guest
16 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
May 21, 2018 18:43

hahahaha yeah right! awal nak bagitau perlis takdak airport na!
tahniah dan all the best for ur study!
bestnya dapat dok perlis!!!!! T^T

Henny Pezzy
May 21, 2018 18:41

nampak saya dah kena survey lah pasal perlis… doakan saya kak untuk diploma sains geomatik.. saya masuk bulan 7 ni…

sofie adie
March 28, 2018 00:55

Adoi!! macam manalah boleh lupa pasal harum manis…huhuhuhu
dengar nama pun dah kecur bhai!

sofie adie
March 28, 2018 00:54

uish kena jejak cepat2 sebelum perlis maju. Nanti tak jumpa harga makanan murah2…

sofie adie
March 28, 2018 00:54

Sama2 munirah ^_^
InsyaAllah jika berkesempatan

Blogger Hanafi
March 25, 2018 23:30

Perlis juga terkenal dengan mangga harum manis

At-Tarmizi
March 25, 2018 23:30

tak pernah jejak lagi Perlis

Munirah Rafiuddin
March 25, 2018 23:30

terima kasih atas perkongsian…
hari ni dalam ilmu lagi, sambil blogwalking..
jemput singgah ke teratak Blog saya juga… (^_^)

sofie adie
March 25, 2018 01:09

selalu sangat macam tu aina. saya yang duduk sebelah sabah pun tak pernah langsung jejak sabah. Inikan pulak kalau nak mendaki gunung kinabalu tu. isk isk isk.
beres! papehal rogerlah! teringin jugak nak pi perlis dengan geng blogger ^_^

sofie adie
March 25, 2018 01:05

boleh sangat BV!
kena pastikan setiap hari tu makan semua makanan yang best2 sepanjang kat perlis nnti! baru puas hati dan berbaloi!

sofie adie
March 25, 2018 01:03

Pi masuk mazni! pastu bawak kamera yang lawa2. gerenti lawa gambar!
Tapi gua kelam ni memang kelam habislah, ada part yang tadak lampu kena guna lampu sendiri. TRapi tak tau la skrg ni, mungkin semua da ada lampu kot
^_^!

sofie adie
March 25, 2018 00:56

Hai Zumal!
Wah bestnya kalau ada orang nak belanja pulak. Memang tak sabar nak ke perlis ni ^_^

Aina Akmal
March 25, 2018 00:23

hahaha, aina yang duduk sebelah negeri ni pun jarang pergi sana. padang besar tu boleh kira dengan jari je berapa kali pergi… hahaha nanti jom jalan sama2 XD

BudakVanilla
March 25, 2018 00:23

menarik nie. boleh masukkan tempat2 nie dalam list kalau ada peluang menjejak perlis 😀

nice post!!

Mazni Munawar
March 25, 2018 00:23

UOOOOO cantiknya gua kelam tu! dah lama nak masuk gua tuu T__T

Dunia Zumal
March 25, 2018 00:23

Hai Sofie, mai la Perlis nanti kami belanja. Hehe…

Scroll to Top