Bila dah seminggu tak up cerita, kau pun dah berkecamuk nak letak tajuk apa. Awalnya tadi nak letak “Masih Mencari”, kemudian ditukar kepada “Persiagakan Carian”. Bunyi seakan mahu persiaga kematian. Dan berakhir dengan “Aset dan Liabiliti” disebabkan itu isu yang bermain dalam benak fikiran kau paling dalam sehingga hari-hari kau persoal samada aku ni “Aset atau Liabiliti” dalam kehidupan sekarang. (Dan setelah habis menaip, aku pun tak tahu apa yang kau sembang?)
p/s: ini bukan subjek akaun.
Well, hello there!
Kabare kalian yang masih mencelik dan sudi menjengah laman sesawang yang menjadi lair untuk aku merapu meraban dan melepaskan segala pemikiran yang kurang waras untuk dibahaskan secara lisan.
Bagaimanalah mahu mulakan dunia podcast, kalau kau sendiri dah lupa cara intonasi bacaan secara fizikal? Aku tak tahu weh. Sumpah tak tahu dan sebab itulah aku katakan sebenarnya isu aku nak bahaskan adalah “Pencarian”, “Mencari”, dan segala kata terbit yang dihasilkan dari kata asas “CARI”.
Kemungkinan entri ni panjang berjela itu tinggi. Sebab ada tiga isu yang dikupaskan. Itupun kalau ikut rangka awal. Kebarangkalian topik itu bercambah seakan tinggi.
Isu 1: Cari
- Dalam hidup sentiasa ada sesuatu yang kita ingin cari.
- Bila dah cari, kita selalunya ambil masa yang lama untuk menilai dalam pencarian
- End up fasa tindakan kita akan berhujung dengan tiada jawapan
- Sebab terlalu taksub dengan kesempurnaan
Cari bukan sahaja tujuan hidup. Segalanya perlu dicari. Kalau tak dicari, orang katakan tiada berjumpa. Kalau berjumpa tanpa sebarang pencarian itu tuah yang jarang-jarang kenampakkan.
Cari, hilang. Cari, terhalang. Cari,….perjalanan yang penat! Kadang ditipu, kadang dibantu. Kadang segalanya seakan hilang dalam radar, sesat dalam cahaya….
Isu 2: Siaga
- Bila dah cari, selalunya kita persiaga
- Siaga jiwa, raga bagi sebarang kemungkinan
- Kalau boleh, mahu semua sempurna dan lancar
- Kalau boleh, tidak mahu berhujung tangisan dan air mata..
- Kalau boleh, biarlah penghujungnya gembira
- Siaga pada sebuah mimpi ngeri
Bagaimana?
Siaga selalu kecundang tengah jalan. Momentum untuk terusan istiqomah itu turunnya lebih banyak dari naik. Kencangnya berpidato lebih hebat dari mengelap peluh. Siaga pada apa? Kalau dicari tiada dijumpa…
Seakan mahu berteriak, “Sudahlah! Aku mahu keluar dari maze ini!!!” dan bila diluruskan jalan itu, kau termangu kaku.
Isu 3: Aset
Robert cakap, aset adalah sesuatu yang bagus dalam kehidupan kewangan dan penstabilan ekonomi kendiri.
- Aset akan mengkayakan kau
- Nilainya sentiasa naik dan tak pernah ketinggalan zaman
- Membantu menjana passive income tanpa kau sedar
- Kau bebas dari segala piutang dan ikatan
Aku setara dengan asetkah? Bernilaikah aku untuk dijadikan suatu kebanggaan pada alam?
Affirmation cakap, kita kena rasa diri kita worthy. Ubah perspektif hidup kawan, nescaya kau rasa diri kau punya kualiti tinggi dan memberi nilai aset pada semua orang yang mendampingi dikau.
Aku harap begitulah…
Isu 4: Liabiliti
- Liabiliti ada bagus dan ada tidak
- Ada yang akan menjerut, ada yang akan membantu
- Liabiliti punya nilai susut
- Nampak mewah tapi fikiran kusut
- Lambat laun, poket kosong
- Memberi rasa terbeban pada orang
Liabilitikah aku?
Konsep.
Siapa yang cipta konsep? Kalau dengan wujudnya konsep ia buat hidup kompleks.
Aku masih mencari hidup, niche, tujuan, haluan….duit…definisi hidup sebagai manusia yang selain daripada memenuhi populasi. Aku nak sesuatu yang outstanding tapi relevan. Sesuatu yang sanjung tapi humble. Idola yang boleh aku puja tanpa bertopeng muka…
Hahaha….kau sendiri gelak, sebab sendiri pun tahu jawapan. Tapi kau deny sebab kau takut label…walhal tak de orang tahu pun labelization yang kau permainkan dalam otak yang penuh karat lebih berat dari karat emas.
Tuhan jawabnya.
Rasul, idolanya.
Aset yang tidak pernah menyusutkan kehidupan kau.
Liabiliti yang menguntungkan.
Mahu kah dikau?
***
Cuba untuk tidak mengfokuskan hidup pada sebuah perbandingan angka. Cuba untuk hidup buta, pekak dan bisu sementara. Cuba untuk berlapang dada walau diterjah berjuta soalan yang kau sendiri sukar untuk tetapkan jawapan. Cuba untuk meluaskan pemikiran…cuba untuk tidak menterjemahkan bahagia pada yang ada.
Aku cuba…
Cuba untuk terusan sesat kalau itu beri kedamaian jiwa yang tak semua orang mampu tafsirkan situasinya. Cuba…
Oh, kemanakah kau bawaku sesat ini?
Entahlah….mungkin kau patut siagakan fokus yang telah kau cari, tingkatkan nilai aset kau dan jadi suatu liabiliti yang berbaloi untuk dimiliki.
Telus cakap lurus usah difaham.
Bersimpang siur kata mengkabur rawan rasa yang senyap sengsara.
Dikurung tiada didengar, dilihat tiada disapa.
Bahasa dipusing dikunci setiap ritma.
Agar yang membaca tidak menerobos istana yang dibela dalam gelita….