Search
Close this search box.
lantern, sea, heaven-6826687.jpg

Cerakin

Sedang asyik kitaorang susun atur barangan untuk expo di Tropicana Garden Mall, kitaorang pun borak-borak bagi hilang sikit rasa sunyi dan kosong, entah topik apalah yang buat kitaorang bahas isu cerakin.

Apa itu cerakin?

‘Cerakin tu dalam subjek BM dulukan? Masa sekolah rendah?’ kata si teman dengan yakin. Aku pulak kepelikan.

‘Eh, bukan cerakin tu term dalam Matematik ke?’

Dan kitaorang masing-masing dah tak betul sehingga jam 9 malam baru dapat balik. Itupun kes nak topup Touch N Go punya cerita yang buat kitaorang tepu pusing mall. But the good news is, our expo has soooooo many good places to eat! Yihaaaaa!

Dan paling best sekali, 14 Jan ni aku baru dapat booster. Alhamdulillah. Akhirnya sekian lama tunggu, baru dapat.

Jap, tadi aku nak borak apa dowh kat sini? Banyak benda nak cerita, end up tergendala. Cenggitulahnya hidup ni kawan. Kau sibuk kerja bagai nak rak, sampai lupa tentang kestabilan hidup, emosi, mental, jiwa dan rohani.

Baghai bhai!

Baghai-baghai pun, aku sendiri tak tahu kenapa aku pilih untuk stay…

‘Does being loyal is a new sexy?’ soalnya macam biasa pada teman yang tak pernah fikirkan perihal sebegitu.

‘Entah…tak pernah fikir…’

Kadang aku sendiri pelik, fikiran korang ke mana ea kalau berfikir? Kenapa setiap kali aku ajukan situasi atau persoalan, seakan sisi itu tiada siapa pernah sampai. Aku. Sendiri. Bersama fikiran yang kian jauh melayang…

Kita semua pernah melayang fikir, tapi kenapa destinasi tidak sama?

Hurm….hairan juga ni…

Cerakin ni cerita dia…caca marba. Ya, aturan kerja aku habis ke laut! Mahu tidak menjerit juga untuk aturkan hidup, kerja, urus emosi yang entah boleh naik gila ni. Sakit jiwa o…

Apa hayat lepas aku telah buat sehingga hidup ini aku yang menjadi cagar?

Atau apa hayat yang datang akan kedapatan sehingga cagarnya aku harus langsaikan?

‘Maksud akak?’ seperti biasa setiap soalan itu perlukan penerangan. Situasi…yang sukar digambarkan….

‘Pernah tak kamu fikir, kamu dah bahagia, ada keluarga kecil, baru nak merasa pelangi syurga dunia nan sementara, dan ditakdirkan waktu tu kamu meninggal masa melahirkan cahaya mata….are you ready to let go everything and not to put them in your heart?’

‘Kan kat dunia ni semua benda sekadar pinjaman. Mak ayah, pasangan, anak semua tu sekadar pinjaman. Kesediaan untuk redha atas kehilangan supaya pada waktu kejadian kita tak melatah dan serupa manusia tiada Tuhan…’

‘Ooohhh…faham-faham….kan…masalahnya kak, saya tak fikir ke situ…’ dan ketawa mereka meletus bagai orang dirasuk.

Adoyai…..

Okaylah geng, lewat dah ni. Aku pun dah lama tak siram otak dengan membaca ilmu yang elok untuk jiwa. Rindu gila nak baca. Pergi kedai buku, lepak sensorang, just jalan without any direction…

Rindu zaman Arau…zaman di Academy Height…

Aku harap, kita semua bersedia untuk apa sahaja. Terutamanya ujian dan kehilangan. Juga kesenangan yang kita tak pernah sangka ia jua satu ujian hati.

Jaga hati, jaga iman kawan….doakan akhir sana kita berjumpa di taman syurga….

Aminnn….

Sayonara kawan!

I miss the days when life was so simple
Felt like the glass was always half–full
Where did that go?

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top