Blog Header

Diploma vs Degree Life

books, library, room-2596809.jpg

Hi there!

Malam yang sepi lagi hening ditemani lagu-lagu yang mengimbau memori, aku dengan senang hatinya mahu bercerita mengenai dunia diploma dan dunia degree.

Idea ni tercetus atas permintaan member diploma dulu. Yeah, kau tahu siapa. Dan entri ni dengan terbukanya aku tujukan kepada semua. No hurt feeling here.

Rasa macam biased tak entri ni nanti? Yelah, dari awal lagi memang aku akan beratkan life diploma dari degree. Alasan?

Dah memang diploma lagi awesome kot! Degree life benda yang aku ingat dan memorable pun langsung tadak kaitan dengan dunia pembelajaran. Aku paling ingat hidup as makhluk asing yang sibuk kejar pelbagai sisi, dan tak pernah ingat nama ayah setiap sorang dalam kelas.

Okay kita mula dengan Diploma life.

Aku diploma dekat Arau.

Terang lagi bersuluh Arau adalah satu tempat yang sangat dekat dengan jiwa, tenang, country style, ada sawah, penuh adventure, dan yang paling penting segalanya murah.

Awal kelas aku kenal Alia. Dan kitaorang terusan kawan sampai sekarang. The best teammate ever la aku boleh labelkan Alia ni. Kalau diimbau balik, aku masih ingat semua orang punya nama penuh bagi keseluruhan kelas Ca diploma dulu. Nampak tak betapa ambil tahunya aku dengan rakan sekelas even diorang tak pernah kisah pun aku ni siapa. Sebab?

Diploma life adalah dunia ciptaan yang aku selalu impikan agar ia menjadi babak yang aku takkan lupa. Setiap sem ada objektif untuk dicapai, walau dipertengahan sem ianya agak barai dan serabai. Paling best, aku akan luangkan masa sendirian di tiga tempat ni: library, Academic Height dan Dahlia 3.

Kau tahu spot lepak kau saat perlukan ketenangan. Kau tahu yang headphone, muzik dan ritma serta buku itu akan sentiasa menjadi peneman kau. Sebab kau tak give a damn shit dengan perkara dan benda lain yang tiada memberi impak dalam babak cerita kau.

Jadi, dunia idaman itu wujud secara realiti ketika zaman diploma. Dari sudut kawan, aku akan on memana plan yang diorang rancang sebab aku tahu moment tu tak akan berulang. Dan jika ia punya ulangan sekalipun, impak dia takkan pernah sama.

Cuma pada penghujung diploma aku agak spoil sebab ada parasit masuk kumpulan kitaorang. Dan paling hantunya, aku boleh pulak kena infection parasite tu. Memang menyesal nak maki hamun diri sendiri pun ada jugak. Sampai sekarang aku masih rasa penangan kebodohan aku tu. Arghhhhh! (yang hantunya, ia masih menyebarkan racunnya even dah masuk dunia degree). God I hate myself!

Degree Life

Degree di Shah Alam.

Aku tak pernah plan bagaimana ia akan berjalan. Sebab aku punya aim dan objectives lebih kepada mencari side income dan pengalaman luar tempurung kaca.

Belajar? Masih fokus belajar, tapi dah tak kisah dengan pangkat dean list semua. Realitinya tak begitu indah. Jadi banyak tahun aku bercelaru.

 

Even dah tahun akhir pun, aku tak pernah sebati dengan budak kelas. Semacam ada gaung, jurang dan dinding antara satu sama lain. Walau masing-masing senyum dan gelak didepan, realitinya…bertikaman. Macam yang berlaku dalam satu group zaman diploma dulu.

Jujur dua tahun sebagai budak degree, aku tak rasa nak mencipta bonding and chemistry dengan rakan kelas. Ah, mungkin aku tak pernah aim untuk meluaskan network dikalangan mereka. Mungkin…

Dan tahun berganti, aku rasa macam hipo everywhere. Rasa tak best sumpah tak best! Lagi-lagi bila kau adalah orang yang punya prinsip hidup, introvert dan bukan kaki kipas yang terpaksa blend in. Semacam tak best dan sakit. Aku pun tak tahu apa sebenarnya tujuan aku untuk menjadi ramah. Mungkin ada hikmah yang masih belum diterjemah…

Jadi aku bagi peluang dekat degree untuk gunakan baki terakhir untuk kenal dengan semua budak kelas. Bolehlah…tapi tak sebest diploma. Hahahaha…degree life hanya boleh sampai level ‘bolehla’ dan tak lebih dari itu. Lagi satu hal, dunia degree kau boleh nampak atur hidup kau dengan lebih jelas. Pertarungan realiti dan hidup dalam kaca memang sengit dan banyak melukakan. Semua tabir dan hijab bagai terselak dengan sengaja.

Tipulah kalau kau tak pernah menangis sepanjang degree. Setiap sem kau akan terinsut punya.

Konklusinya, aku tak move on langsung dengan kebebasan dan pengalaman hidup di Arau. Aku rindu bau dia, pemandangan dia, tom yam dan segala tentang Arau. Shah Alam is good for surviving but Arau is way more great to know who you really are.

So diploma life aku akan kenang sampai hujung nyawa. Degree life maybe aku lebih ingat tentang luar dari kawasan kampus dan lebih kepada pengalaman mengharungi dunia sebagai someone who I never thought I would be. Sebab tu aku lost. Identiti itu aku langsung tak pernah detik untuk jadi.

Okaylah, aku akhiri entri ni dengan ‘I miss you Arau’ dan ‘So long farewell Shah Alam’.

Ke mana pula hidup kita selepas semua ini berakhir?

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top