Search
Close this search box.
Cerita 49 hari

Cerita 49 hari

Jam 0155.

Instead of tidur melenakan diri disebabkan esok kena bersiap seawal mungkin untuk pergi menjalani latihan industri, aku masih sibuk menaip disini. Entah pemikiran mahu bercerita itu selalu menjengah kala lewat malam. Sedang tadi asyik menulis mengenai hari-hari yang berlalu. Rutin yang tiada kenal erti jemu untuk teruskan hidup walau ia sendu, idea cerita 49 hari itu menjelma…

49 hari itu sepatutnya sudah tamat

49 hari itu sepatutnya aku sudah tinggal ia jauh seminggu lalu. Tapi dek kerana takut terlepas segala peluang dan ruang, aku terpaksa olah serta ubah “misi 49 hari” itu menjadi “misi infiniti”. Ia masih berjalan hingga ke hari ini.

Penat. Memang penat. Harian sebagai intern, hujung minggu sebagai life seeker.

10 September 2019

Masuk setahun sudah aku duduk diteratak Gothismanda ni. Nama yang sengaja direka dari tiga dunia khayalan yang aku puja. Tahun lepas pada tarikh yang sama, aku adakan majlis doa selamat sempena masuk ke rumah baru. Masa tu, baru masuk awal Muharram 1440H. Tak sangka, tahun ni hari tu masuk yang ke-10 Muharram sudah. InsyaAllah puasa sunat.

Ikutkan “Cerita 49 Hari” itu aku nak garapkan segala perjalanan sepanjang menghabiskan cuti semester lepas disuatu tempat baharu. Tak sangka pulak, ia kekal hingga ke hari ni.

Dengan kewujudan side project yang lain, aku masih lagi mencari dan cuba untuk gagal berulang kali dalam setiap yang aku pelajari. Cuba belajar untuk tidak ukur berjaya itu pada angka. Cuba untuk tidak menilai usaha pada nombor, dan cuba untuk teruskan cerita walau ia sentiasa berubah laman.

0206 pagi.

Aku patut tidur. Aku memang patut tidur.

Seronok tengok semua orang up gambar jalan-jalan, have fun dengan kawan, rakan, keluarga…sedang aku berhempas pulas menjalani sebuah kehidupan demi mencari makna hidup yang masih belum ditemui. Tolonglah bersyukur duhai diri….Jangan mudah tertipu dengan dunia maya….tak semua orang berani tonjol the dark side of their life. Mungkin semua orang mengalami situasi yang sama. Dengan cerita yang berbeza…mungkin…

Cuba menghargai setiap kehidupan walau ia bergerak sangat perlahan. Perlahannya hanya Tuhan yang tahu kenapa….Seolah macam The Age of Adeline…hahahaha

Doakan aku kuat, doakan aku terusan tabah dalam mencipta dunia yang bebas dari stereotaip jahiliah. Kadang aku tewas jua, kadang aku alpa pada kewujudan garisan jingga yang membataskan setiap yang Dia tetapkan. Benda mudah….amar ma’ruf nahi mungkar…tapi, celah mana masih aku sukar untuk jalaninya?

Minum masih berdiri. Makan pun terlupa kanan dan kiri. Solat? Solat sekadar solat, tanpa dihayati….sedih betullah. Rasa nak maki diri sendiri. Rasanya, kalau dengan menyebat dapat menghapus segala dosa yang sengaja dibuat itu, sudah lama berbirat tubuh ini…..Geram. Geram!!!

Nak kata jahil, belajar sudah mahu habis pengajian tinggi. Agama? Makin hari, makin lucut dari hati. Dunia apa yang kau cipta ha? Mahu jadi munafiq? Fasiq? Mu’min asi? Naudzubillah min dzalik!

Tapi sungguh aku lemah, tak kuat. Jiwa alpa, syaitan terusan menggoda….hingga buta pada syurga neraka. Bodoh!!

0221.

Berteman lampu, berlatar muzik nan syahdu dan aku….yang masih termangu…pada jalan kehidupan apa dan bagaimana mahu dan harusku tuju….

Helaan sumbing dari bibir seolah mengejek kekuatan rohani yang erat dipeluk oleh nafsu. Lepaskan aku dari belengu ini…tolong….sungguh…aku…ingin…kembali….

0223.

Esok belum pasti. Hargailah setiap detik dan desas nyawamu, agar ia tidak tersia dibuang waktu. Kerna, belum tentu kau hidup hingga kehari tuamu…

Cerita 49 hari itu masih jua belum tamat. Kerna jiwa itu masih lagi sesat. Sesat dalam pengarapan cerita yang sengaja direka…..Tulisan tengah malam itu kelam dan dalamnya tak semua orang tahu…jiwa hitam itu masih terapung dilautan dosa…..cuba menggapai tali pengharapan yang kian terlepas dari genggaman tangan….dia masih lemas…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top