laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Decluttering craps

Entri ini bukanlah tips untuk menjadi seorang minimalis ataupun teknik untuk membuang segala barang yang dikatakan “someday it might be useful”. Mungkin ini adalah entri yang bakal mendedahkan situasi sebenar untuk menjadi seorang warga berhati batu. Realiti pahit yang tak semua orang berani untuk nyatakan secara depan…

Ada bagusnya bila perbualan kau berkurang dan secara automatik kau punya entri di blog bertambah. What a life huh?

Peringatan awal! 

Kebarangkalian untuk entri ini ‘berat dan dalam’ adalah tinggi. Jika kalian tiada ‘pelampung’, mahupun tiada skill dalam ‘scuba diving’, tiada galakan untuk meneruskan pembacaan yang mungkin berakhir dengan dua; extra life atau kalah mati. Atau mungkin kalian boleh skrol terus ke konklusi. (kemungkinan juga kalian kan terkeluar dari atmosfera bumi nyata)

###

Menjadi seorang manusia yang terlalu available untuk semua orang yang perlukan kita adalah suatu kesilapan yang bakal menjerat dan menarik diri ke lohong “nobody cares, because you always be there…”. Kelakarnya, kewujudan yang selalu ADA itu selalunya tidakkan dihargai sehinggalah PEMERGIANnya. 

Maka berlakulah perbualan, ‘Kami anggap dan layan semua sama rata. Tiada lebih tiada kurang’ bagi menutup segala ‘taking for granted’ thingy. (Ingatkan aku balik kenapa entri ni wujud…)

Ya, memang, memang dalam situasi ni kita harus treat semua orang sebagaimana kita jua perlukannya suatu hari kelak (dimana suatu hari itu kita tak tahu bila) dan berhenti mengharap (meletakkan sebarang expectation) dalam apa jua hal dan keadaan.

Tapi, sebagai manusia yang kadang dilanda pelbagai isu, persoalan dan turun naik sebuah roda kehidupan, lambat laun perkara ini seolah menempeleng kita sehingga terjelepuk lupa pada siapa kita harus sujud.

Tuhan.

Kita semua punya Tuhan, kenapa mahu risau tentang karma, ajal maut jodoh pertemuan kalau benar kita yakin pada bingkai takdir yang Dia telah cipta dan tetapkan? Bingkai takdir isunya kita tidak boleh ubah. Yang kita boleh tentukan hanya isi dalam bingkai itu untuk dicorakkan dengan apa.

Mungkin aku adalah toxic dalam hidup semua orang yang aku kenal. Mungkin aku perlu belajar menjadi tonik, pengubat segala kegalauan dan berhenti menjadi toxic. Tapi bagaimana? Hatta setiap yang tercipta itu punya tarikh luput, inikan pula hati yang gelodak pasang surutnya tiada ukur.

Aku penat.

Penat jadi manusia yang berhati perut.

Penat jadi manusia yang selalu wujud.

Penat untuk hidup atas keperluan sistem yang aku sendiri masih keliru tujuannya…

Siapa cipta toxic? Siapa reka tonik? Siapa yang buat penyakit?

Tak semua toksik itu racun yang membunuh dan tak semua tonik itu sang penyembuh dan boleh jadi setiap penyakit itu wujud punya cerita yang perlunya hidup pada sebuah keseimbangan.

Kalau logik pembangunan yang mampan (sustainability) itu diambil kira dengan tiga elemen utama: social, environment dan economy,

Apa pula cara untuk memampan kehidupan manusiawi?

Minda, Rohani, Fizikal?

Nafsu, Akal, Emosi?

Macam keperluan manusia terhadap Tiga Asas Ilmu:- Tauhid, Feqah dan Tasauf

Seperti juga Islam, Iman dan Ihsan…

Asas, pokok, akar, bagi menghasilkan pohon dedaunan yang utuh dan tidak mudah goyah…

Okay, aku berhenti sampai situ untuk isu kemampanan manusiawi. Any further research insyaAllah aku sambung isu ni.

#

Sepanjang belajar peringkat diploma (Surveyor) dan degree (Estate Management), kebanyakkan kami didedahkan dengan elemen Art, Science and Technology.

Kenapa elemen itu selalu wujud dalam tiga pillars? 

Aku pun kadang telan tapi sayang blender tak halus hingga kadang aku terpaksa keluar dan hadam berjuta kali untuk faham dan kaitkan semua benda itu secara logik ataupun fantasi (luar alam).

Masa belajar Geomatik, benda yang buat aku tak pernah berhenti belajar adalah, ‘There is no accurate and precise value in determining the coordinates, positions and any others number in verify the exact locations…’ Sebab itu wujudnya Assumption dan kajian serta keselarasan untuk bagi semua sistem itu berada sama dalam satu landasan.

Sama juga masa belajar jadi Valuer ni, semua nilai hartanah tidak punya the most accurate and precise value. Sebab semua nombor yang jitu itu hanya Tuhan yang tahu. Kita manusia hanya lakukan yang terbaik untuk menghasilkan output yang terbaik dan kesatuan umat yang baik…

KESATUAN.

Daripada berjuta elemen, asas, tiang hanya untuk SATU.

Sujud pada YANG SATU.

##

Kadang aku takut. Takut terlalu berfikir sampai terkeluar dari landasan ‘Yang Satu’ itu. Tapi itulah, benda macam nilah buat aku dig deeper (ada semangat untuk belajar dan punya tujuan hidup). Lost again dan hilang fokus. Sampai aku tak tahu dah nak tarik siapa untuk sesat sama-sama dengan aku. Hahahah…nobody likes deep conversations. Kenapa nak fikir susah-susah padahal benda dah sedia simple. Jangan jadi Bani Israel boleh tak…

Allah, aku mintak dijauhkan dari termasuk dalam golongan Bani Israel.

Decluttering craps.

Kata dia.

Sebab dah tak tahu nak buang macam mana pemikiran sampah macam ni.

#

Faktor wujudnya entri:-

Cerita dia masa jawab last paper tadi (Property Development), terlalu banyak sangat maklumat craps berkaitan dengan sustainability, mechanism of project development, OSC dan segalanya sehingga buat aku berfikir;

manusia begitu jitu pada goals untuk mencipta suatu kehidupan yang sustain, tapi adakah mereka juga turut bersemangat waja dalam membentuk kemampanan manusiawi? Adakah teori memajukan sebuah negara itu dapat memajukan insaniahnya jugak?

Sejauh manakah…..dan aku dah tak tahu ke mana akal aku menerawang….

Okaylah tu orang dah mula fokus untuk menghargai Bumi dan isinya dengan memperkenalkan ‘Sustainable Development Goals 2015-2030’. Syukur masih punya badan-badan yang berfikir jauh dalam menghargai kewujudan kurniaan Tuhan (akal).empty chair

Jap, entri ni pasal apa dah tadi?

Buang toxic dalam hidup? Nak jadi lebih berhati batu? Huh,…

Hati batu?

Secara metaforanya sajalah. Bahaya jugak jadi manusia hati batu ni. Takut hidayah Tuhan susah nak telus. Hidayah dengan taufiq ni kita kena doa hari-hari. Sebab dua perkara ni kita selalu ambil ringan. Lebih-lebih lagi yang sedia lahir dalam Islam. Susah, jerih, dan perih nak cari kebenaran itu kita selalu pandang enteng. Sampai ‘teragungkan’ budaya Barat. Naudzubillah min dzalik.

Somehow, aku rasa malas nak ambil tahu pasal dunia, dunia dan dunia. Tapi since dunia inilah tempat tinggal nan sementara untuk tidak jadi seperti manusia yang tiada pengetahuan am, nak tak nak isu yang berkaitan dengan pembangunan dunia (fardhu kifayah) itu terpaksa menjadi sebahagian dari jalan untuk kelangsungan sebuah kehidupan fana.

Tambahan pulak, ilmu akhirat pun semakin lama semakin haus sebab dah lama tak disiram. Aku rindu dengan suasana yang berkisar ilmu asas nan tiga itu. Tapi dek kerana sistem tikus itu lebih dipandang agung, nak tak nak aku terpaksa jugak membiasakan diri dalam kitarannya. Siapa kata keju tak sedap, sedap tu memanglah…tapi lagi sedap kalau ia tiada perangkap dan jerat yang buat kita alpa untuk kejar akhirat….

Maka, sebagai manusia yang terlalu banyak pemikiran sampah dan hujahan yang tiada dalil ini,

aku terpaksa mencipta satu entri untuk decluttering the craps. Takut terlalu lama menyelam sehingga tak jumpa jalan pulang. Maklum ‘I’m only a man with a candle light me…’.

Bila waktukan lilin itu terpadam.

Cahaya suram buat aku meraba dalam kegelapan sehingga tiada siapa mahu berjalan seiringan.

Yang ada hanya decitan tikus jalanan yang semakin nyaring di cuping pendengaran sehingga aku lupa pada keindahan alunan azan…

Ironiknya, semua orang tak suka tikus tapi membiarkan tikus itu bermaharajalela dalam perjalanan kitaran hidup seharian…Sampai di sini saja.Semoga tiada kesinambungan isu sebegini (cross finger) pada masa hadapan. Doakan kita sama-sama menerangkan hidup dengan cahaya AlQuran serta sunnah dan jadikan Islam is a way of our life. Gantikan decitan dengan alunan fitrah alam.#

Konklusi bagi keyword entri ini adalah:-

  1. Stop being too available
  2. Learn to be grateful by not taking things for granted
  3. Appreciate the existence of every little thing
  4.  Being a cold/ stoned heart is a great way to live the moment
  5. Toxic or tonic, both have their own superiority in balance the life
  6. We are never Alone
  7. Learn to let it go instead of hold the grudges…
  8. You’re awesome in authentic ways
  9. Create a life as a powerful Muslim, not just settle down as a rat

Okay stop!

So, did you get an extra life or you have lost dead? 

 
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top