Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Ikan besar, ikan kecil

Awalun pemikiran ini telah diperam menjadi ikan masin terubuk. Arakian ia digoreng, diperah pula limau kasturi sebagai pelengkap rasa dan ditabur dengan potongan cili padi menjadi santapan tengahari suatu masa dahulu. Maka, terhasillah coretan di benaknya….

Ikan besar

Kalau diletak dalam balang nampaklah besar dia. Tapi bila ditempat dilaut dalam, terasa kecil peranan dia. Kenapa orang kagumkan ikan besar dari ikan kecil?

Ikan besar dia boleh kenyangkan ramai orang. Kalau ikan tu sejenis yang boleh dimakanlah kan. Kalau ikan itu karnivor pula, dialah yang paling digeruni. Giginya saja sudah boleh meriukkan tulang belulang dalam sekelip mata.

Ikan kecil.

Macam bilis…takde kesan pada gigitan. Bahkan jadi mangsa bagi si ikan besar. Tapi sambal belacan tanpa bilis ni terasa kekosongan di situ.

##

Idea  ni datang bila hidup ini sering dibandingkan dengan hidup yang lain. Perbandingan itu samalah seperti meletakkan ikan besar di dalam akuarium dan melepaskan ikan kecil di lautan Atlantik. Macam kontrakan bunyi dia. Penat!

Dua tiga hari ni aku bertekad nak hiatus dari segi socmed (again!) ?Maklumlah dah musim final ni terasa macam, cukuplah aku merapu dekat blog. Plus, kalau meraban dekat blog takdelah obvious sangat yang kau tak study kan? hahahaha ?

At least, ya paling kurang…dengan blog kita dapat belajar bina ayat, karang idea, berfikir luar galaksi. Aku rasa blog sajalah platform yang paling relevan untuk selamanya.

Kau nak merapu ke, nak kongsi tips ke, nak bebel pasal betapa penatnya hidup atau betapa bahagianya hari-hari yang dilalui atau apa jualah yang berlaku sepanjang kau harungi hidup di atas bumi ni…orang tak kisah. Orang tau kau ada blog, kau bebel dekat situ punyalah panjang lebar dan kau tak kisah pun samada ada orang baca atau tak.

Benda simple dan permanent. Itulah blog. Diari alam maya yang semua orang nak orang tahu tapi dalam masa yang sama tak nak orang tahu. Haa…macam mana tu?

Macam tu lah dia….

Macam letak ikan kecil di laut pasifik. Janji kau hidup dalam lautan tu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau bilis diletak dalam akuarium terlalu kelihatan. Rasa insecure pulak dengan pantulan dunia luar. Jadi, peranan ikan kecil sebagai populasi yang memenuhi lautan biru tadi cukuplah memadai. Stay humble be incredible kata dia…

Ikan besar, peranan pun besar. Seronok sebab kuasa didengar. Kemana pun diperhatikan. Tapi sayang, privasi menjadi gadaian. Antara dua. Diletak dalam akuarium kecil, kebarangkalian iakan pecah itu tinggi atau menjadi sang buruan di lautan.. Ah…kemana hala perbincangan isu ni pun dah ke laut.

Senang cerita walau apa pun peranan kita atas dunia, sebagai ikan besar atau ikan kecil kita tetap pelengkap bagi kelangsungan sebuah kehidupan.

Peranan kita sama….jangan kerana kamu ikan besar kamu rasa berkuasa dan kerana si ikan kecil itu halus, dia lemah. Tidak! Lupakah kamu pada kuasa nyamuk yang membunuh Raja Namrud?

Sebagai peringatan pada diri ini, yang lebih memilih untuk hidup sebagai si ikan kecil dan bilis pelengkap sambal belacan, semoga terus tabah dalam mengharungi gelombang lautan kehidupan yang mencabar.

##

Blurp!

Alhamdulillah usailah santapan imaginasi yang dia bayangkan. Ikan besar ikan kecil, penghujungnya tetap dalam perut. Samada kita dalam perut dia, atau dia dalam perut kita. Pilihan.

Pilihlah yang mana kamu suka, dunia tidak memaksa kamu untuk menjadi penghibur seluruh alam semesta, cukuplah mencipta ketenangan dalam jiwa insan yang mengenali kita….

Akhir kalam, moga husnul khatimah.

Till then world!
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul Afifah
December 23, 2018 12:36

wauuu, bagusnya analogi. nice opening too.

sofie adie
December 21, 2018 23:27

alhamdulillah…makan2 perut kenyang minda pun terisi.. ^_^

At-Tarmizi
December 19, 2018 21:26

dahsyat ni, tengah makan pun boleh dapat idea untuk menulis tentang sesuatu pandangan =)

Scroll to Top