Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Aku dan blogger #5

Sambil bertemankan OST Bahubali, aku mula menaip episod yang seterusnya bagi series “Aku dan Blogger”. Lullaby of death nama ost-nya. Part ni masa Mak Bahubali dikhabarkan yang Bahubali sudahpun mati. Sob sob sob….dasyat betullah cerita ni sampai aku dok ulang banyak kali.

Eh, eh termelalut pulak. Cerita post ni nak khabarkan perkembangan blog aku selama lima tahun selepas didaftarkan bawah domain sofieadie.com. Sudahnya ter-review Bahubali pulak?

So, kabare kalian semua pembaca baru dan lama, masih ingatkah akan dikau pada pemula bagi sebuah blog ini? hahahah..warna hitam emas dan sukar mata untuk merenung. Sekarang sudah berwarna-warni seperti pelangi selepas hujan.

Mana tidaknya, 2017 terlalu lama dibanjiri hujan, 2018 kembali membawa sirna harapan yang pelangi itukan timbul selepas gerimis panjang. Nyata, bila pancaran pelangi menyerlahkan dirinya, silau pula mata ini menatap warnanya. Berakhir dengan gali lubang tutup lubang sajalah labu….bagi mengelak silau itu membutakan mata…

Selepas lima tahun, apa perkembangan blog sofieadie.com?

 

1- Dia sudah berhenti mengikuti sebarang segmen, giveaway dan contest.

Alasan? Mahu fokus kepada kualiti content yang tersendiri diselangi dengan beberapa post berbayar.
Mustahillah kan dah ada blog, bila ada orang approach kita akan sewenangnya reject. Lagi-lagi bila content yang diorang tulis tu akan membantu orang ramai. Tak kisahlah benda yang diorang mention tu bukan local, tapi tips tu penting.

Mana yang baik tu, kita ambillah buat rotate baiki blog performance. Untung-untung dapat jugak jana passive income. Alhamdulillah dapatlah buat langsai hutang.

2-  Design bertukar setiap tahun

Walaupun aku kata aku akan selesa dengan sesebuah design tu, tapi bila je lepas habis paper bagi sesi September-January, entah angin gila mana suka sangat merasuk agar tukar design. Dengan alasan bagi nampak lebih seri dan mengajak mood baru bertandang. InsyaAllah ada rezeki lebih akan bertukarlah designnya tak lama lagi.Mana yang okay, maybe akan dikekalkan…tapi aku rasa macam setiap tahun je akan bertukar ni. So, wait for it haa….

3- Banyak merapu sampai ke laut buat semua orang mabuk dan tak mampu lemas sebab tak reti snorkeling

Nyata, setiap kali menulis itu, sesetengahnya mood aku terbawak dan teremosi sekali. Tambahan pulak tahun ni jiwa terlalu banyak sangat koyak, sayat dek kerana perkara yang aku tak jangka akan berlaku dan nak tak nak memang kena hadap dan telan. Semoga setiap coretan itu darahnya tidak mengalir dan memerahkan laut biru…Tapi, kalau terjadi darah beku pun naya pulak….

Bila buat series macam ni setiap tahun, buat rasa macam pendek pulak tahun tu berlalu. Padahal 365 hari tu. Terasa waktu semakin singkat.

Tahun ni aku tak banyak promote entry dekat facebook page. Sebab ada satu fasa tu aku hiatus socmed kejap. Rasanya terhiatus teruk page facebook. Adoyai, marketing memang penat. Kena asah hari-hari non-stop dan kena sentiasa tebalkan semangat.

***

“Bismillahirrahmanirrahim

pulang semangat, semangat pulang

semangat kuat, semangat gagah

kuat seperti Baginda Ali

gagah seperti Lam Alif Hamzah

pulang pulih kau sediakala

dari dada kau hilang

ke dada kau pulang

pulang semangat pulihkan semangat

semangat si anak Adam

aku tahu engkau

aku seru engkau

datanglah engkau 

wahai semangat

berkat aku memakai

doa Lailahaillallah

Muhammadur Rasulullah”-Ismail Mohammad, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

(dipetik dari buku ‘Ulit Mayang: Kumpulan Mantera Melayu oleh Haron Daud.)

Itulah mantera yang aku jumpa hasil pembacaan yang dikutip dari library. Hanya untuk seru balik semangat yang semakin pudar. It’s very nice to know there’s a lot of way to improvise our semangat. InsyaAllah.

So, misi cuti sem nanti, insyaAllah aku akan mulakan kajian mengenai “Perbezaan antara mantera dan tawassul”. Doakan aku dapat meluaskan lagi perkongsian ilmu yang langsung tiada kaitan dengan bidang yang aku belajar mahupun kos yang aku ambil. Hasilnya insyaAllah aku akan cuba kongsikan dekat dalam blog. Plus, FYP aku akan berjalan jugak sekitar waktu tu.

Last but not least, kepada semua warga blogger, pembaca, penjengah, silent reader dan sesiapa saja pelayar yang singgah di bahtera ini, semoga kalian peroleh barang seceduk dua perkara yang boleh dimanfaatkan dalam pelayaran kalian semua. Walau kecil diharap ia berguna bagi menyalakan sumbu pelita yang kian malap.

Till then, see ya when I see ya!

p/s: nampak kian merapu ya penulisan bila kau dah lama tak menulis.

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
December 18, 2018 21:09

insyaAllah kita bersama mematangkan isi blog. ^_^! thank you yana for all the wishes 🙂

The KehalusanKelembutan
December 14, 2018 07:27

Ada point kita yang sama, saya pun datang proses mematangkan blog tapi entahlah , moga bersemangatlah selalu hendaknya. and gudluck fot FYP

Scroll to Top