Tiga hari bertapa. Selepas balik meraikan majlis aqiqah anak buah yang gilangnya seolah majlis kahwin. Tiga hari balik dalam kondisi yang sangat rushing. Terasa singkat waktu. Terasa hingar hidup. Buat aku terpaksa ganti tiga hari yang penuh riuh itu dengan tiga hari dengan kesepian. Sunyi, hening tanpa sebarang perbualan mahupun teman.
“Alah bisa tegal biasa Nab (bukan nama sebenar)” aku senyum bersahaja.
Itulah solan yang semua orang tanya semenjak aku berpindah masuk hari tu. Bulan pertama sendirian mahu gila jugaklah. Nasib baik aku sibukkan diri dengan jadual kelas, kerja dan pelbagai agenda lain. Rumah hanya sebagai tempat persinggahan.
Kau ambivert ke?
Antara ciri ambivert ni yang begitu ketara sekali bila aku analisis diri sendiri adalah:-
- Seronok jumpa orang baru tapi dalam masa yang sama lebih seronok lepak dekat rumah
- Hanya teruja sembang topik yang kita minat, bila habis satu topik tu, terus jadi senyap. Fade away…dan tinggal telinga je yang mendengar..
- Cepat rimas dalam keramaian tapi dalam masa yang sama seronok tengok orang ramai
- Suka bersendiri tapi kalau boleh tak nak bersendirian
- Kejap riuh…lepas tu lesap untuk dua tiga hari sebelum muncul semula…
Yang paling bestnya, setiap kali aku terasa mahu expose-kan diri acah friendly, acah extrovert, acah easy going…lepas pada fasa, tu aku akan jadi malu sendiri. *Aku akan ketuk kepala dengan buku dan hentak dekat dinding, tekap muka dengan bantal sambil menjerit ‘betapa murahnya engkau! bodoh! bodoh! bodoh!” sampailah aku lupa yang hari itu pernah berlaku….dan tidur!
Aku pernah satu rumah dengan orang yang bila dia duduk sorang, dia jadi penasaran. Padahal itulah heaven. Heaven lah sebab time kau sorang lah kau boleh gelak, nangis, teriak dan buat segala benda yang kau suka. Sebab tadak orang!
Tapi, bila dekat kampus ada buat ujian personaliti, aku selalu jatuh pada introvert side. So, aku rasa aku introvertlah kan. Pastu bila buat ujian 16-personalities, aku dapat INFJ. Bila aku bosan dah baca buku, aku layan you tube…mengkaji personaliti INFJ. Hurm…..
Ambivert adalah golongan tengah.
Mix dari extra dan intro. Jadi golongan tengah ni samalah macam hidup di awangan. Tidak di langit dan tidak di bumi. Tidak syurga dan tidak neraka. Dua dunia yang perlu pada neraca yang stabil. Kadang terasa macam tak siuman. Sebab susah nak faham. Sangatlah tidak faham dengan keperluan sendiri. Kejap nak jadi ramah. Esoknya rasa macam nak bunuh semua orang sebab terlalu bising. Tapi itu semua IMAGINASI. Dia kawal. Apa yang masuk dan apa yang keluar.
Kadang sebelum berdialog atau mulakan perbualan, aku selalu reka situasi dalam kepala. Kalau tak buat, tak jadi. Bila buat dia lebih ready. Gitu…Tapi, dalam masa yang sama dia lebih sukakan sesuatu yang spontan. Penuh dengan element of surprise. Malangnya, selalu mengecewakan. huhuhu
Itulah dia hidup seorang ambivert.
Sebab tu kot wujud blog yang penuh dengan amukan rasa yang bercelaru. Kejap ada entry happy seolah in real life aku ni seorang yang ramah. Lain post pulak, aku macam budak psycho yang tinggalkan nota bunuh diri. Walhal hakikat dia….aku pun masih tak tahu….Tambahan pulak, aku dah semakin tidak kisah dengan dunia luar selain dari radius hijab wakanda dan gua mahismati ni.
‘Kau culture shock..’
‘Duduk Shah Alam tak sama macam duduk di Kelantan, tu yang kejutan budaya…’
Aku senyap.
Cuba mencerna dari sisi yang bagaimana aku terusan dilabel begitu?
Adakah aku patut bertapa, tidak bertemu langsung dunia luar dan terusan menjadi si jumud yang tidak mengikut apa jua peredaran yang berlaku? Atau jalan senangnya, lari saja dari hidup?
Tidak bunuh diri pun aku sudah lama mati. Bukan hati. Tapi rasa manusiawi yang terlalu meraih duniawi yang tiada apa jaminan…
Kenapa mahu sedih walhal kita punya Ilahi, Pencipta kau dan aku?
###
See, awalnya tadi aku nak buat entry happy-happy no worries…alih-alih diserang suatu pemikiran yang sukar untuk aku ungkap sebab dia sudah takluk kerusi yang aku sudah biarkan lama kosong….
This is it ha?
Kawan? time cuti sem baru lepak.
Pasar? agak lama jugak tak pergi…harap aku masih kenal nama sayur dan jenis ikan atau cara membeli di pasar.
MrD macam introvert overload nih. heheheheh
Haah, blogging memang seronok sebab dia ajar banyak benda. Dan tadak sapa kisah dengan latar kita. Just be who we wanna be as long as we stay true to our self…
huhuhu totally seronok bila dapat spent masa dengan diri sendiri. Betul cakap awak me time buat kita lebih banyak belajar ttg diri. Kenal diri kenal Tuhan. ^_^
Dark huh? hurm…alhamdulillah masih punya cahaya
Saya rasa saya lebih kepada introvert.. Kadang sampai berbulan2 tak jumpa kawan2 langsung.. Pasar malam pon rasanya dah setahun x pergi.. Takut jugak sebenarnya tapi susah sgt rasa nak bersosial.. So blogging ni one of alternative cuba untuk be friendly..
i love my time alone. sometimes if tak keje shift weekend, i still stay here instead of balik rumah sebab i ade kuota hidup i untuk be with peoples and be with me. but i'm not quite sure if i'm ambivert. kawan i pon perasan i'm good with peoples and i do love making plans to go out and about but at other times i just need a me-time. stay je holed up, tak bercakap dengan orang, writing, reading. whatsapp pon malas nak reply. but i never got that dark. i feel like i just learn more about myself
haa…boleh jadi. kejap2 dok bilik sorang seronok, tp dalam masa yang sama nak jugak ada orang teman…
jadi saya ni boleh dikira ambivert jugalah kan..sebab suka lepak dalam bilik seorang ja..
terima kasih yana ^_^
mungkin la kot…saya ni habis ke merapu je…huhuhu
suka baca entry entry sofie, rasa macam ouh eh, dengan fikiran merewang duk muhasabah diri aku macam ni jugak ke ke tak?