Search
Close this search box.
fantasy, fungus, fantastic-4541898.jpg

Tika Alas….

Dunia kata, dua minggu lagi kitakan menjengah ke tahun baru. Ada apa pada tahun baru?

Kadang, tahun baru yang bertukar itu hanya pada angka, masa, dan selebihnya semangat juang.

Kadang terasa mahu saja berserah. Terserah aja tanpa perlu dicuba. Beralah pada setiap atur dan menjadi pasif…

Tapi, hidupnya begitu jua lelah.

Bukan rungut itu dia tidak endah.

Cuma, Tuhan pun dah janji, setiap sukar pasti punya mudah.

Tapi bila terlalu lewah, kitakan parah.

Jadi, mencarilah kesukaran demi kemajuan, legasi dan masa hadapan walau diri tahu akhirnya kita hanyalah di lahad.

Ah,…pesimis dan prejudis kali akal kala lawak tutur sendirian tiada yang memberi ruang riak berjawapan. Hambar sia!

Ah, kalian tidak fun!

Dasar ditelan dunia kedewasaan hanya memilih untuk serius dua puluh delapan jam. Ergh!

Tika mentari sinar mencerlang,

tiada cahaya di ruang kelam.

Hanya kicau dan tempiasan air di ampai.

Tidak beralas, kaki dijejak.

Tidak sekelumit dia berubah, mindanya terperangkap pada matrix yang gagah.

Ingin keluar, tiada ketemu garisan jalan.

Segala masih di awang…

Tiada hitam, tiada putih…

Tika alas dia berhujah,

Aku tidak kau tukar, tidak kau basuh hanya dipijak.

Walhal kotornya aku, kau juakan luat.

Tukarlah aku, buanglah aku, aku bukan lagi si alas kakimu….

Tika alas merubah wajah, kaki diinjak terliuk rasa hingga ke hati tekadnya.

Aku patut tidur…

Alas tidak pernah berhujah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top