Setelah sekian lama bertarung samada untuk terus, henti atau ubah; maka pengakhiran April 2023 ini aku pilih untuk lakukan yang berlawanan dari kebiasaan.
Sebagaimana yang dilakukan oleh si George Costanza dalam sitkom komedi Seinfeld, itulah yang aku akan buat. ‘Do the opposite’.
Kelakar pulak rasa sebab seolah tak percaya aku ni kala usia ini masih lagi takut dengan bayang sendiri. Masih berdelima, masih insecure dan overwhelmed. Tapi itu hakikat selepas kau buat satu keputusan untuk ubah hidup kau.
Buang segala yang buat kau rasa terbeban, lakukan perkara yang selama ini kau bermalasan untuk buat. Punyalah selama ni kau teragak-agak dalam buat keputusan drastik dan kali ni kau snap je jari, kau ubah minda kau dengan tekad, “Hari ini aku mahu jadi yang lebih baik dari kehidupan lampau dan hari-hari sebelumnya.”
Ya ia agak menakutkan sebenarnya sebab kau tak tahu apa yang akan melintang di hadapan, tapi bila kau letak segala harapan dan kepercayaan pada Dia, automatik secara perlahan jiwa kau akan menjadi lebih tenang.
Apa yang mengubahmu?
Kehidupan.
Dua bulan sudah mungkin aku boleh kira untuk berbaik semula, tapi setelah kian hari makin sepi, akhirnya aku tekad untuk buang semua…aku tahu ia kedengaran agak kejam, tapi bila orang yang mungkirkan dahulu, kenapa harus kita yang mengemis?
Dunia semakin hari semakin terbalik.
Ada yang dulunya buat kita tersenyum girang, kini tidak lagi.
Ada yang dulunya kita tidak betah untuk diam, kini itulah yang menjadi kegemaran.
Sudah semakin matang barangkali…
*Senyum*
Sekarang, apa yang paling utama adalah mengejar kedamaian jiwa untuk punya pengakhiran yang husnul khatimah. Cita-cita untuk membahagiakan diri sendiri serta insan yang sentiasa ada disisi.
Ya, ia masih belum sempurna dan selamanya tidakkan sempurna. Tapi satu persatu aku akan belajar. Belajar untuk menerima segala kekurangan dalam kebahagiaan. InsyaAllah….
Semoga diberi kekuatan jiwa untuk mengejar sesuatu yang lebih hakiki. Langkahku mungkin akan pincang, tapi aku tetapkan berjalan. Memilih yang minoriti…
Doakan aku gais!
Go girl gooo