Dunia Scammer

Dunia Scammer

Dah masuk hari kelima cerita ni aku biarkan terperuk lama dalam diri. Malam tadi aku baru je habis tengok cerita The Con-heartist yang membuatkan aku terfikir benda yang sama yang hampir berlaku dekat aku lima hari sudah.

Alhamdulillah aku tidaklah mengalami nasib yang sama macam si Ina tu. Gila kena tanggung hutang semata-mata kebahagiaan lelaki yang belum tentu dapat tolong kita. DasYHat dowh!

Pendapat akulahkan, mana-mana negara pasti ada conman ni. Tak conman, scammer. Aku kadang tak faham kenapa orang sanggup menipu untuk mendapat kemewahan?

Berkat ke duit hasil menipu tu? Apa kau memang ready nak masuk neraka ke macam mana? Hidup di bawah doa orang teraniaya aman ke jiwa?

Itu semua persoalan yang buat aku kadang terduduk dan termangu untuk direnungkan.

Paling sadis sekali kalau kena Love Scam. Perghhh pedihnya ya amat. Memang boleh gila macam si Ina jugaklah.

Scammer dengan conman ni sama je bagi aku. Dua-dua overconfident yang dia boleh terlepas dengan segala hukuman undang-undang. Tapi lupa bahawa manusia ni hidupnya bukan dunia saja, akhirat menanti panjang untuk kau oi!

Kenapa boleh terjebak dengan scam ni?

Scammer dia cenderung ambil kesepatan pada kesusahan orang lain. Tak kiralah dalam apa jua bidang yang dia ceburi. Tipu haji? Tipu cinta? Tipu nak cepat kaya? Itu semua scammer.

Satu je yang kita kena ingat dan semat dalam diri,

Jika sesuatu perkara itu too good to be true, ingatlah ianya adalah palsu dan tipu semata!

 

Lepas kejadian itu jugak, aku banyak membaca kisah-kisah scammer dekat Group Info Scammer Malaysia dan juga antarabangsa. Ada tu aku baca jugaklah, yang bekas scammer ni dia sekarang dalam kondisi yang tunggu mati saja. Sakit yang tak dapat nak dirawat dah. Orang macam ni bagi aku boleh kata satu je, ‘You deserve it!’

Aku hari-hari doa agar manusia yang menganiaya orang ni, hidup dia sekarang dan pengakhirannya kelak, dia akan melarat dan menderita sampai sakaratul maut dalam kepayahan. Itu baru doa untuk dunia.

Untuk selepas mati pulak aku doa agar mereka terpaksa berlutut dan mencari semua manusia yang dia tipu ni sampai menghalang dia dari masuk syurga. Biarlah sebanyak mana pun amalan ibadah dia, tapi bila dosa dengan manusia dia tak selesaikan, sia-sialah semua…

Naudzubillah mindzalik.

Sebaik mana pun orang, tapi bila dia dah kena aniaya scammer macam ni, takde dah doa ‘semoga bertemu hidayah’, ‘semoga kembali ke pangkal jalan’ semua. Tak ada!

Orang macam ni tak layak semua doa tu. Mereka sendiri yang pilih jalan macam tu ada hati nak doa yang baik-baik. Memang tidaklah…

Aku syukur sebab aku masih ada kawan yang peringatkan aku tentang perkara ni. Kadang aku lupa yang dunia ini bukanlah seindah yang aku rasa dan sangka. Dunia ni akan ada dan sentiasa ada manusia yang zalim dan kejam bahkan lebih licik dari Firaun.

Kita yang naif, yang terlalu mengharap dunia ni indah selalu dipijak dan diperguna.

Untuk berhenti jadi baik itu bukan pilihan.

Jika aku selepas ditipu scammer dan aku jadi sama level dengan dorang, nah….aku tak rasa diperlakukan jahat itu alasan untuk menjadi jahat. Dunia ini masih pelrukan manusia baik macam kau dan aku. Kita akan terus menjadi agen yang menyebar kebaikan.

Tetapi jika ada kemungkaran, wajiblah ditentang berhabisan. WAJIB!

Untuk manusia yang menyamar dan menipu orang semata untuk kekayaan dunia, aku yakin kekayaan kamu itu pasti tiada ketenangan jiwa. Ya kau kaya, ya kau ada rupa dan ramai peminat, tapi kau akan hilang keberkatan dan makna hidup sebenar. Kau akan sentiasa rasa kosong seperti dunia ini tiada satu tempat pun kau boleh panggil ianya home…

TIADA!

Untuk manusia sebegini, moga hidupkan tersiksa dunia dan akhirat.

Kita yang pernah terlibat dan jadi mangsa haruslah berwaspada dan peka dengan dunia scammer. Korang boleh follow dan ambil tahu perkembangan mereka dari masa ke semasa.

Ni aku sertakan link untuk rujukan dan semakan korang in case korang ragu-ragu dan rasa macam tertipu:

Info Scammer: https://www.facebook.com/GISPMalaysia

CCID Portal: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Kalau ia melibatkan sejumlah wang yang besar atau kecil, sila buat laporan polis dan ikut langkah berikut.

Kadang kita ni alpa dan leka sebab scammer sekarang pun semakin licik. Kita rasa kita dah tahu dan tak akan tertipu, tapi malangnya tak berbau, tertipu juga…alahai….

Dekat Quora pun banyak dah cerita serta cakap perihal scam. Untuk nak tahu samada orang tu scam atau tak, semak info yang dia beri pada kita. Selalunya diorang akan bagi cerita yang sama. Sebab tu modus operandi diorang.

Teknik-teknik Modus Operandi Love Scam:

  • Mengaku yang dah kehilangan keluarga
    • Mak ayah mati accident
    • Terputus hubungan dengan kawan-kawan
  • Takde akaun sosial media
  • Akan mengaku kerja:
    • Oil Rig
    • Militery
    • Kerja luar negara
  • Mula mintak simpati dengan kononnya akan hantar barang
    • Lepas tu reka situasi yang barang tu tersekat dekat kastam dan perlukan sejumlah wang untuk dilepaskan
      • padahal realitinya mana ada kastam perlukan bayaran
  • atau bagi alasan nak bercuti untuk berjumpa tapi tak dapat pelepasan tempat kerja sebab kena mintak tolong dari orang luar
    • surat tu minta transfer sejumlah wang dimana akan ditransfer ke akaun pihak ketiga
    • bila dah bayar sekali, dia akan mintak sejumlah yang lain kononnya untuk proses keselamatan
  • kalau kita tak bayar diorang akan salahkan kita dan marah-marah
  • kalau bayar pulak mereka akan kata sakitlah, tak dapat nak datanglah dan sebagainya

Korang boleh baca penuh dekat sini: https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-love-scam/

Seram shit! Memang kena berhati-hati betullah tak kira perempuan atau lelaki. Diorang target sama rata je semua. Hanjing!

Bila aku fikir balik, logiknya memang tak ada. Sebab diorang main dengan emosi. Huh…gila! Nasib jugaklah aku keluar awal. Kalau terjebak parah memang gila lah. Boleh jadi macam si Ina tu lah. Tsk tsk tsk…tak pepasal menanggung hutang orang lain.

Dan bagi aku, inilah pengajaran paling besar di pengakhiran usia 20-an. Gila…so takyah nak gelabah cari jodoh mende semua, sebab aku tak rasa yang aku nak hidup dengan orang asing dan berkahwin. Nope….I don’t think so. Aku lebih dan cukup selesa untuk hidup membahagiakan diri tanpa keperluan pada orang lain.

Plus, aku tak suka masak. Aku tak minat nak commit terhadap perasaan dan menjaga hati semua,. So, this is it. It is what it is huh?

Aku cukup ada semua, hanya fokus bina legasi dan empayar sahaja. Lebih pada itu, enjoy!

Pesanan terakhir aku, cinta tak wujud dalam hidup manusia. Cinta hanya untuk Allah sahaja. Manusia hanya layak pada tahap sayang. Lebih dari itu, semuanya permainan syaitan.-Sofie A.

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienienka
July 23, 2021 14:27

………
.

reviu persepsi the conartist dari sudut berbeza. 🙂

Scroll to Top