Blog Header

Biarlah begitu….

ocean, milky way, boat-3605547.jpg

Dalam beberapa bulan lagi kontrak aku tamat. Kontrak makan gaji, kerja dengan orang dan jadi kuli.

Kita ni, selama hidup kan terus menjadi kuli kepada yang lain. Demi hidup.

Penatkan jadi manusia…

Ada masanya seronok, ada masanya malas, lainnya lebih kepada hanya enjoy dunia mimpi.

Ah, biarlah begitu. Hidup ni nak dikejar telalu mengejar pun tak kemana juga. Balik-balik semua ke kubur juga. Jadi mahu apa lagi? Biarlah begitu…

Tapi, impak kita wujud ni sebenarnya banyak memberi kesan pada orang lain, kita je yang tak tahu. Masakan mahu tahu jika kita ini lebihnya terlalu tidak yakin pada diri.

Ah, bukan tidak mahu yakin, tapi malas mahu convince orang pada apa yang kita mahu.

Aku tahu apa yang dimahu, biarlah ia disimpan hanya untuk aku. Kau sibuk kenapa?

Ah, manusia…biasalah begitu…

Orang cakap, dalam hidup ni kita jangan terlalu bersifat terbuka. Ada baik jadi perahsia. Lagi-lagi perihal yang tiga.

  1. Personal hidup
  2. Kewangan
  3. Amalan

Personal hidup itu termasuklah tujuan dan projection kita untuk menggarap masa hadapan. Kenapa mahu kongsi pada alam? Kelak mereka kan curi rahsia kita.

Biarlah begitu…kita ini bukan sesiapa. Picisan jua tidak mengaku kita ini dari kalangannya. Pelik, asing, kau kan selalu begitu…

Kadang, peristiwa pahit itu bukan kita tidak ada rasa mahu membalas dendam. Ada. Tapi kita tidak suka rasa yang boleh rosakkan badan. Dendam, sampai kemana saja?

Yang rosak hati itu, kita. Jadi, biarlah begitu…orang buat jahat, kita akur. Orang pijak, kita akur…mereka terlepas sekarang, itu pilihan. Tapi akhirat tidakkan terlepas. Itu saja…

Kita yang mahu jadikan dunia ini indah dan baik, teruskan niat begitu.

Yang zalim, kejam, licik dan prejudis itu, biarkan mereka begitu. Kita bukan lawan mereka…kita bukan lawan mereka. Sampai satu masa, mereka bertemu si lawan, tahulah mereka langit itu tiada siapa bisa gapai. Mengensot juga menagih kasihan.

Aku?

Hanya tertawa melihat adegan. Dunia bukan pengakhiran. Kau akan tetap bertemu pengadilan. Yakinlah. Keajaiban itu ada. Dan aku akan terusan percaya pada alam yang kau akan bertemu balasannya.

Untuk sekarang, aku mahu keamanan jiwa dan demi itu, aku biarkan begitu…

Aku mahu keluar dari permainan dunia. Asing itu impian.

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienienka
July 23, 2021 14:28

aik… kontrak jak ka

Scroll to Top