Blog Header

Itulah kerjaannya dia…

tree, dawn, dusk-3358468.jpg

So, kalau korang perasan, aku tukar lagi theme blog. Sebabnya itu memang kegemaran aku. Main tukar design blog sesuka hati. Pastu cacat sana sini situ sinun tu, abaikanlah. Aku pun masih explore tak sudah bab mendesign blog.

Anyhow, aku lagi prefer design theme di WordPress berbanding blogspot. Sebab tu minggu ni aku rasa minggu paling sepi sebagai seorang AO. Aku tak larat aih nak hidup dua-dua serentak. Minggu sofieadie gitu.

Sofieadie ni blog dia lagi keakuan gitu. Lagi banyak freedom, dan…urgh….banyak gila gambar yang aku kena betulkan….semua gambar jadi rosak, gara-gara main tukar theme. Itulah dia benda paling aku lemah sekali setiap kali reset.

Ha, ye aku reset blog ni hari tu. Konon nak belajar custom theme wordpress kat YouTube, alih-alih rosak. Frust menonggeng tak terkata tu usah diceritalah.

Mahu tiga hari tiga malam aku bercekang mata semata nak belajar cara custom made tu. Biar tak lawa mana, tapi tu lah….nak kata bazir masa tu, aku macam tak gamak jugak. Sebab aku dah makin fahamlah apa yang aku nak explore lagi.

Frust itu ya. Sangat!!!!

Kalau korang belek blog aku ni, pasti kejap heading dia gitu, kejap heading dia gini tu, aku harap korang abaikanlah dulu ye. Aku pun masih mencari solusi untuk bagi dia sama. The heck betullah..

Banyak gila cerita aku nak bebel, since aku dah lama tak bebel kat mana-mana socmed an. Aku rasa, aku mungkin tak akan bebel dekat platform lain selain blog. Sebab blog ni dia selamat banyak. Plus, kau tak bebel sebab nak perhatian sesiapa. Kau just nak menulis dan berkongsi sesuatu saja. And, aku pun kadang banyak express gif dekat tumblr. Ya, aku ada tumblr. So what…

Bebel kat tumblr tu sebab gif ja. Dan kat situ takde sesiapa yang kau kenal. Dan ya, bebel sebagai ekspresi juga. Itulah kerjaannya aku bila hadap benda yang aku rasa nak explore. Jadahnya, kerja yang patut siap tak tersiap. Urghhhhhh

So, sambung esok. Aku nak khatam banyak buku, telan banyak input dan hadam banyak info. Papehal roger!

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top