Search
Close this search box.
nature, winter, tree-6891549.jpg

Firaun, random, Nekoi…

Ini adalah sebuah tulisan random yang berlatar belakangkan muzik nyanyian Nekoi. Ya, Nekoi…artis yang orang tak kenal pun…aku? nak dengar lagu based on Top Chart dan hype?

Memang tidaklah…

Dulu, 10 tahun dulu mungkin ya…Mungkin akulah penggemar Top Chart Song every second day…tapi bila dah 10 tahun wiser ni.. (Cyeh, wiser ke tu?), aku macam dah tak kisah dengan apa arus semasa bawakkan. Ribut? Taufan? Viral? Ah…itu semua monsoon pemusnah alam sejagat. Sama seperti ia akan merosak prinsip aku. Hurm…prinsip huh?

Sejak bila kau dengan prinsip pernah bersua?

Entahlah…

‘Tiha…’ aku panggil team baru kitaorang yang baru masuk minggu lepas. Sambil dia sibuk tagging barangan yang baru sampai, dia pandang aku.

‘Kalau Tiha dah jadi mak nanti kan, hobi apa yang Tiha akan pilih?’ aku tanya sambil sibuk mengasingkan barangan yang ditempah oleh kedai di Brunei.

‘Apa? Tak pernah fikir pun lah soalan tu…’ dan Sofiya di ruang belakang hanya ketawa.

‘Apa soalan dia tadi?’ sambil bersisa kikikan tawa dia bertanya.

‘Hobi kalau dah jadi mak-mak.’ Jawab Tiha dengan wajah yang penuh pelik.

‘Kalau Sofiya la kan, menenun kain! hahahahah’ makin besar hilaian tawa yang diberi. Sarkastik benar jawapan. Tapi, at least…punya jawapan.

‘Saya rasakan….saya banyak menidak takdir…’ ujar aku spontan.

‘Hah?’ Sofiya dan Fatihah sama-sama ternganga.

‘Ye Tiha….Kak Sofie ni, dia punya random thought tu kadang kita tak perlu fikir pun. Tapi, dia fikir. Lepas tu nanti Sofiya layankan je lah. Haaa…kenapa kak Sofie cakap macam tu?’ dia ketawa sambil menerangkan sedikit sebanyak olah aku pada rakan baru.

‘Tiha nak tahu hari tu kak Sofie tanya soalan apa dekat Sofiya?’ Fatihah angkat muka tanda ingin tahu. ‘Apa dia?’

‘Sofiya ready tak kalau suami Sofiya Firaun?’ dan mereka ketawa terbahak bagai tiada hari esok.

Aku hanya menggeleng kepala.

‘Lepas tu tanya, ready ke tak kalau kita meninggal masa tengah bersalin. Kadang soalan tu, kita tak fikir pun situasi dia….’

Dunia kerja ni seronok. Sebab dari kerja, kau punya otak seperti bekerja sama. Kadang dia diam, sepi di atas sana. Tapi, bila dia punya lintasan, laju saja ia bermain dalam fikiran.

Kenapa kau rasa kau banyak tolak takdir?

Menyesal dengan apa yang kau pilih?

Susurnya panjang hingga kau seolah tidak kisah pada pengakhiran. Kau, hanya mahu hidup. Aman….just…live…

‘Semalam saya ada baca…dia kata, kebahagian hidup ni bukanlah hadir pada saat kita meminta. Ia adalah penerimaan kita untuk menjalani hari-hari dengan hati terbuka dan bahagia….akan datang…’

Kita tak perlu lihat pada bahagianya hidup…tapi lebih kepada…hidupkan hari.

Itu topik sepagian bagi elak rasa sunyi di ruang kerja.

Entah…

Kadang, bila diamnya aku….mereka pelik. Mereka akan bertanya, apa yang difikir di sana sehingga aku bungkam mati kata?

Tiada. Itu jawab aku…

Bukan tiada apa yang difikir. Tapi, tiada aksara yang bisa dicantum untuk menerbitkan segala rasa dan fikiran itu bersatu menjadi ayat yang panjang. Dia macam….kau hilang dalam dunia atas sana. Walau, kau bukanlah gemar untuk sesat dalam kelam…tapi disitulah kau peroleh banyak cerita dan pengajaran…

Adakalanya, aku sendiri tak tahu. Hidup aku ini di jaluran selarikah? Yang sentiasa bergerak seiring tapi tidak pernahkan bertemu?

Atau sekadar garisan yang satu….panjang dan terusan memanjang tanpa henti….garisan yang amat bergerigi.

Berat benar hela di jiwa ini. Sakit untuk diperam. Sakit untuk disimpan.

Bukan. Aku tak mahu ia pulang dan kembali tenggelam. Dunia yang tiada kerajaan itu. Ia gelap.

‘Ada tempat kerja tu, masa interview dia ada bagitahu yang work culture diorang memang jenis balik lambat.’ Tiha buka cerita.

‘Iya??’ Seperti biasa ratu eksperesi adalah Sofiya. Aku hanya jadi pendengar.

‘Serius r?’ Tiha angguk.

‘Ye…so kalau kita nak balik awal pun jadi macam serba salah. Padahal dah habis working hours dah pun…’

Tetiba aku teringat cerita Suits.

‘Mana boleh macam tu. Takde work life balance lah. Kita pun ada hidup lain untuk dihidup. Lainlah macam kak Sofie…hidup dia memang untuk kerja je….’ bebel Sofiya panjang tanda tidak menyokong dengan budaya kerja sebegitu.

Aku dengan kerja. Boleh jadi seorang yang workaholic kata orang.

Aku takde benda apa untuk dikisahkan selain dari kerja. Kerja itu hidup aku.

Kerja itu….sesuatu yang dapat buat aku lari dari gelapnya awan di atas sana. Dalam dunia pemikiran yang sunyi dan tidak berorang….

Sepertinya entri ini. Ia random. Nama Firaun pun sekadar imaginasi soalan bayangan jika kau ditakdir berpasangankan manusia zalim. Ya, kita mungkin boleh kata, hidup ini pilihan.

Kenapa nak bersuamikan Firaun? kata kau lagi.

Mungkin, sebelum dia menjadi Firaun dia bukanlah Firaun yang akan dijangka. Mungkin sebelumnya dia adalah Hang Tuah. Dan lama kelamaan ia berubah. Siapa tahu apa yang berlaku dalam sejarah?

Angkat bahu…semuanya terserah.

Dan lagu dari Nekoi masih berputar…

Don’t say that you need me
‘Cause I been chasing insecurity
Just hold on ’till I get better
Fading out, fading out…..

Hela berat dilepas….

‘Weh Sofie, hang ada buat lagi tak projek NilEditing? Aku nak join team hang boleh ka?’

Akhirnya….

Tapi, aku tak tahu jika Alien Oren, Nil Editing dan sofie ini dapat bersatu atau tidak. Semuanya kadang ke laut. Tidak ke laut ke aero angkasa tiada berpenghuni…

AIA kau pe cer?

I. Just. Wanna. Give. Up. And. Live.

Live. Without. Any. Possession…

I just feel lost
I, I feel like
I’m aimlessly wandering
And I’m tired of it
Like I’m tired of that feeling, I’m tired of that feeling of
You know, just staying in limbo
I’m tired of seeming like I’m not going anywhere; spinning my wheels…

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
January 26, 2022 20:19

tHe worst ever kalau suamiku seperti firaun. After 5 years marriage, i just thought of my hobby. Err.. Tido!! Habis laa

Scroll to Top