Hah, dah masuk dua hari aku skip challenge ni. Dah tak jadi challenge dah la hahahaha
Tapi takpe kita teruskan juga sampai cukup 30 hari. Ni gara-gara tersangkut dengan KDrama. Ah, dah lama tak tengok KDrama yang buat kita reflects hidup ni. So drama apa yang aku tengok tu, kita cerita dekat post akan datanglah ye. Hari ni kita jawab dulu 5 lagu kegemaran. Soal pasal lagu ni kan, aku susah betullah nak jawab dan pilih. Sebab hampir semua lagu yang ada dalam liked playlist aku itulah yang aku suka.
5 Lagu Kegemaran
1- Take You Down by Illenium
Lagu Illenium boleh dikatakan hampir kesemua lirik dia aku suka. Direct, meaningful, deep…dan boleh bawak aku to another space. Either deep in the ocean atau ke ruang angkasaraya. Dan lagu ni adalah antara lagu yang jadi penguat kala gelap dan terang.
This life is like a razor
When it cuts I bleed
But it’s in my hand
And I’m doing it to me
Ah, gila r….Kali pertama aku dengar lagu ni masa tahun 2018. Dan boleh dikatakan masih layan sampai sekarang. Setiap kali dengar dia macam bagi rasa yang berbeza. Kadang rasa bersemangat, kadang rasa down…lagu adalah antara medium yang boleh buat kita mengimbau banyak kenangan.
2- Crawling by Linkin Park
Ini pulak lagu zaman aku jadi pekerja dobi tak berbayar pada tahun 2009.
Tahun 2009 boleh dikatakan fasa yang agak lost lah untuk aku. Banyaklah cerita dan diari yang berkisar tahun ni yang seakan macam hidup dalam filem indie…tak sangka dah 12 tahun berlalu.
Crawling in my skin
These wounds, they will not heal
Fear is how I fall
Confusing what is real
3- Saturn by Sleeping At Last
Ni antara lagu zaman gelap aku jugak hahahahaha….adoi banyak betul zaman gelap kau ye…mana zaman terang kau??? Entahlah….
Ada je zaman terang, tapi entah aku suka benar mengguakan hidup sendiri. Orang lain sibuk gali lubang cari peluang, kau sibuk tutup lubang dan kambus diri sendiri…apa daa…
Kdang, bila kita hadap segala kegelapan yang ada dalam diri kita dan kita conquer dunia kegelapan itu tadi, dia boleh jadi satu sumber kekuatan buat kita untuk harungi kehidupan….
How rare and beautiful it is to even exist
4- Nameless Generation (Wu Ming Zhe Bei) by Chen Xue Ran
Lagu ni aku adalah lagu baru diminat selepas tonton satu drama ni. Lagu yang menjadi inspirasi tertubuhnya Alien Oren. Ikutkan aku dah tekad untuk berhenti dari dunia blogging. Nak off radar…tapi selepas aku tengok dan hayati lagu ni, aku rasa macam…I have to do something….
Walaupun masih lagi tidak nampak hasilnya, tapi aku percaya yang something itu wujud. Dan seboleh mungkin aku harus wujudkan ia.
Aku pun tak tahu translate guane, tapi part paling aku suka bila lagu tu tanya
Pretending to be enthusiastic
Pretending to be free of shackles
What did you finally become?
Who is the nameless generation?
Forgetting who doesn’t matter
The glory of who continues to chase is not accompanied by tears
Maybe very tired
Maybe humble forever
Who is born is not the same, even if I call my nameless generation
5- Shooting Star by Barbie
Hahahahahah kau buat lagu Barbie jadi favorite??? Mende siaa??
Ni lagu yang buat aku tak berhenti untuk bermimpi siang hari. Lagu yang buat aku rasa macam hidup ni penuh warna warni, unicorn dan pelangi yang mana otak aku percaya selama ni hidup itu hanya punya dua warna. Tak hitam, putih. And we have to learn the grey area….
When you don’t know where to go
And you’re feeling all alone
Look inside yourself
You’re so much more than you know
////
Dulu Dreamers by Axwell x Ingrosso pernah jadi mainan tidur aku siap jadi DP whatsapp….tapi, dahlah kot zaman tu, kau pun tahu…untuk hidup, jangan terlalu kerap menoleh, statik dan rungsing dengan masa hadapan. Kau hanya perlu hidup dalam masa yang kau ada sekarang.
Hari-hari sematkan dalam minda, aku boleh conquer darkness aku dan jadikan setiap kesakitan yang dilalui sebagai kekuatan untuk lebih berani.
Takat tu jelah dari aku. Esok ada meeting special dari barisan management. Dan aku bertekad sebulat hati yang aku….. – kita sambung besok pulak
Live well buddies!