Hiatus by Budak Tomato : Minyak & Air

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

lonely, thoughts, thoughtful-5122894.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

lonely, thoughts, thoughtful-5122894.jpg

“Apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya dalam buku Hiatus?”

Okay, aku beranggapan yang buku terbitan kali ini adaah sebuah fiksyen.

Bila fiksyen, dia adalah rekaan.

Bila rekaan, maksudnya ia hanya sebuah ilusi yang dicipta oleh penulis…(hopefully)

Itu yang aku harap. Agar buku ini bukanlah dari sebuah kisah benar yang terlalu sadis dan tragis. Tapi kebarangkalian untuk berlaku secara realitinya, ia bukanlah mustahil.

Bagi pendapat peribadi akulah, buku ni seolah membuka parut lama yang darahnya sudah terhenti. 

Ia seperti mengingatkan aku pada suatu zaman yang tak semua akan rasa bangga dengan apa yang telah dilakukan.

Seakan satu trend…yang ‘fasa itu’ semua orang ada. Sikit atau banyak, lama atau sekejap,…semua kita simpan dan lipat kemas dalam memori yang tak semua layak tahu. Sebab bila mereka tahu, presepsinya seakan menyerong.

Buku itu telah buat aku bertanya pada ramai orang;

“Minyak dan air boleh bersatu ke?”

Ada yang jawab, boleh. Ada jawab tidak.

Boleh, sebab dia termasuk kategori psycopath.

Blur kejap. Apa kaitan minyak, air dan psycopath?

Dia ni lah kan….faham ke tidak soalan?

Boleh ke? Tanya aku lagi…

“Minyak dan air bergabung larutnya seperti bancuhan gula?”

“Kadang itu ujian untuk dia. Mak kami pernah habaq, keistimewaan itu boleh jadi ia satu rahmat atau istidraj…Naudzubillah min dzalik!”

####

Itu review aku terhadap buku Hiatus tulisan Budak Tomato.

Ayat dia masih menarik. Macam ada sedikit gaya Pingu Toha. Bila baca terasa sesat didunia tanpa sempadan masa…

Best ke tak?

Define ‘best’…?

Tapi, aku cadangkan korang baca Esc. dulu baru baca buku ni. Sebab dari Esc. korang dapat tahu prosesnya. Proses perkembangan cerita…mungkin!

Tapi, aku setuju dengan pendapat Nina, yang Esc. tu lagi best dari Hiatus. ?

Sebab Hiatus dia bagi ‘rahsia’ untuk kita simpan terlalu besar. Sampai aku tak rasa lagi ia sebuah rahsia…

Kalau siapa yang dah khatam buku ni, aku rasa korang pun mesti banyak persoalan yang bermain di benak kan? Rasa macam speechless…kagum tapi dalam masa yang sama kecewa. Kecewa dan terkilan. Mungkin?

Tetiba aku ingat satu pesanan ni;

terimalah penyampaian daripada sesiapa sekalipun walau dia bukan alim ulama selagi perkara itu benar…bukan lihat pada si penyampainya, tapi lihat pada isi yang disampaikan…

Bila penghujung buku ni, aku terasa macam baca tulisan Ismi Fa Ismail pulak. Mungkin Ramlee Awang Murshid juga..

Kenapa aku cakap macam tu? Bacalah karya diorang, insyaAllah korang faham kenapa aku kasi review Hiatus diganding bersama Minyak dan air…

As an avid reader, aku bagi Hiatus 3.5/5

Dah, aku kena cuci otak dulu sebelum aku sambung ke bacaan yang seterusnya….

See ya when I see ya! Thanks for spending your precious time just to read “a-not-related” review.

p/s: what is wrong with the blogspot exactly?? Nak balas komen pun tak dapat ?

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
22 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nadirah Shamsuddin
February 4, 2019 11:36

Terima kasih atas review buku #hiatus oleh budak tomato. Dapatkan buku-buku menarik kak Iman secara online di imanshoppe atau walk-in di kedai buku Iman Shoppe.

sofie adie
June 6, 2018 23:22

ESC –> HIATUS –> DETOUR
tapi detour tu bukan budak tomato yang tulis. org lain…honestly, saya akan rate dia lagi rendah dari hiatus. huhuhuh

Won's Bae
Won's Bae
June 6, 2018 23:17

Ada sequel kan? Apa tajuk buku kedua dia eh? Saya cari tak jumpa 🙁

aienie NKA
November 16, 2017 12:47

idok ler… lepas kawen novel cintam xde tangkap leleh dah.. hahaha #boring

sofie adie
November 11, 2017 00:03

hahahahahah….susah kan? saya nina, ambik masa berjam2 dok kerah otak, 'macam manalah aku nak kasi review buku ni' terlalu banyak persoalan dalam benak, yang rasanya sampai sekarang masih lagi tersekat dalam minda.

kan? rahsia apa lagi kalau semuanya dah public?T_T

hr tu saya tanya awam, air yang kita masuk time masak tu dia bergabung ke? pastu semua serentak jawab tak. ^_^!
huhuhu

but, tomato…i don't know lah…mungkin one in a trillion? maybe….

sofie adie
November 11, 2017 00:00

world belek je pernah, baca dan milik tak pernah lagi. insyaAllah, ada lebih kita beli. tapi sebenarnya macam berkira2 gak nak beli world tu…huhuhuhuh

sofie adie
November 10, 2017 23:59

kenak sik baca gik? alaaa…ajuh baca cepat. hehehehe
makaseh! ^_^ review buku tok pun ambik masa berjam2…speechless katakan…hahahaha
insyaAllah, masih dalam pembacaan gik kinek. Marathon 6 buah buku karya IFI. phew!

sofie adie
November 10, 2017 23:58

yeay!!!! berjaya mempengaruhi sha! beli beli beli!
and enjoy reading!

sofie adie
November 10, 2017 23:57

alaaa…siqah baca Esc. cepat2…then terus marathon dengan Hiatus…esoknya, cannot brain! hahahah
takdelah, gurau je…>_<

sofie adie
November 10, 2017 23:56

kan? simple tapi padu. sesuai untuk bacaan santai dan untuk kajian ^_^!

sofie adie
November 10, 2017 23:55

betul!
sangat sampai terasa kita pun masuk dalam cerita yang kita tak pernah ada…

sofie adie
November 10, 2017 23:54

balik malaysia jangan lupa beli farah ^_^
takpe, insyaAllah ulangan cetak takkan habis punya

sofie adie
November 10, 2017 23:54

huhuhu. hang dok baca novel cintan saja..hahahahahah

Hanis Amanina
November 10, 2017 23:36

Hahaha masih fikir panjang nak review Hiatus ni macam mana. Nak buat points macam biasa rasa macam akan bagi spoilers banyak sangat. Tapi agree sgt with you, rahsia yang diamanahkan terasa besar walaupun novel ni kiranya public la kan. T_T

Minyak dan air macam tak bisa bergabung je? T_T

Tapi ada je orang buat kuah dia tuang air dalam tumisan yang asasnya ada minyak kan? And it mixes well tu yang rasa sedap je makan? HAHAA entahlah.

Littlexme
November 10, 2017 23:35

Sya pon baca buku mato! tapi tak baca lagi yg ni dengan the second one, buku world akak dah baca?

tashira sha
November 10, 2017 23:35

Nak ESC ya agik kmk lom baca hahaha. Byk ehh buku yg kmk lom baca gik tok. Nice review kakkkk. Buku yg seterusnya pleaseeee hahahaha

Shahida Dzulkafli
November 10, 2017 23:34

Okay.. Review ni berjaya buat Sha nak baca buku ini.. Nampak gayanya memang kena masuk list to buy..

Siqah Hussin
November 10, 2017 23:34

Bila baca review ni, buat Siqah lagi nak beli buku ni. Tapi tak baca ESC lagi 😀

At Tarmizi
November 10, 2017 23:33

dahsyat betul bahasa penulisan yang digunakan =)

Mrs. Pip
November 10, 2017 23:32

menarik juga buku ni …
gaya penulisan buat kita berfikir deep.

Farah
November 10, 2017 23:32

I want to buy this book tapi pasal takde kat Malaysia sekarang, terpaksa tunggu dulu.

Aieninka
November 10, 2017 23:30

sungguh ambe dok pahe ni… pinja deh~ 😛

Scroll to Top