Search
Close this search box.

Isolation of Ram-Raya

fantasy, spirit, nightmare-2847724.jpg

Jarang untuk rasa seronok pada raya. Jarang untuk aku rasa indahnya suasana raya. Ganjil untuk aku meraikan perayaan dengan jiwa yang ceria.

Ya, akulah Grinch di musim perayaan.

Adalah lebih baik aku menjauh dari segala suasana yang bakal menyebabkan aku merasa lebih jauh. Walhal sedia maklum diri aku ini sudah tidak diketemukan. ha ha ha…

Usah ditanya kemana kan pulang, dimana kau berjalan atau apa saja perkaitan raya yang bisa dijawab dengan dusta. Ah….ram-raya yang hanya diraih sebagai suatu fasa.

Fasa yang sepi dari segala pameran indah di laman sosial.

It’s not you, it’s me…

It is what it is…

Everything is temporary…you are aware of it…

Berbalik pada sembang ram-raya yang syahdu. Alhamdulillah masih diberi peluang dipertemukan pada dua bulan yang mulia ini. Syukur seadanya.

Syukur dalam hati.

Nanti kau meninggal, Ramadhan lah bulan paling kau nantikan.

Terima kasih pada semua yang mengenal diri sejak azali mahupun secara kebetulan. InsyaAllah ada rezeki selamatlah aku dikebumikan. hahahaha

Maaf zahir batin juga pada semua, ada rezeki bersualah kita di sana.

Kay r gais, aku chow lu. Papehal roger.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top