Search
Close this search box.

Talking to Myself…

schildblatt, darmera peltata, blüten-8703615.jpg

Mutakhir selepas pemergian zaman covid yang lalu, aku rasa yang karat dan daki dari silam lampau kian menjadi. Bukan aku tak pernah overcome perkara ni. Pernah, tapi kecundang lagi.

Dan untuk kesekian kalinya aku perlu bangkit. Untuk diri aku. Demi aku dan pengakhiran hidup yang aku mahu.

Dulu aku pernah beli buku, What to Say When You Talk to Yourself. Buku ni dah lama aku khatam tapi seperti kena baca semula since aku di fasa untuk menangani masalah emosi dam mental dalaman yang amat kacau bilau.

Kadang aku akur, tak semestinya menunding jari dan memandang persekitaran kita sebagai toxic dan red-flag itu akan menjadikan kita seorang tonik dan green-flag. Selama ini memang aku sedar, dan selalu anggap diri aku si toxic dan pesimis dalam semua keadaan. Tapi aku cuba overcome rasa tu. Aku kadang alpa, lupa yang semua ini sekadar permainan fikiran.

Kita sendiri perlu ubah cara berfikir dan berprasangka.

Bukan mudah teman.

Tidak mudah kawan.

Seberapa ramai kehilangan lagi perlu dirasakan untuk aku belajar sayang diri sendiri?

Belajar yang diri sendiri itu lebih berharga. Aku harap sangat kali ni aku akan terus kuat dengan cubaan dan dugaan. Ya, aku akan kalah, akan tewas, tapi aku lebih tenang. Tidak lagi melatah.

Entri ni  aku tujukan buat diri aku di masa depan. Aku nak kau tahu yang aku tak pernah give up untuk kita. Aku takkan tewas sebelum mencuba.

Aku nak kau sekilas menoleh yang aku sentiasa berjuang untuk kita.

Kadang aku sendiri tak pasti apa yang melanda fasa itu sehingga aku pilih untuk asing dari segalanya. Biarlah orang nak kata apa pun, yang hidup dalam kehidupan ini adalah aku, kita.

Menangis sendu sendiri itu biasalah, ujian kuatkan jiwa.

So, mulai hari ini, aku nak kita pandang setiap perkara itu sebagai proses pembelajaran. Kau harus tenang. Tenang adalah kunci segalanya.

Detik ini, langkah ini dan nafas kau hirup adalah peluang untuk terus belajar perihal kehidupan. Aku tahu kau akan malas, akan penat dan paling kau akan selesa, tapi kau kena ingat, masa hadapan kau tu ditentukan oleh tindakan kau pada detik ini.

Sampai bila sekadar jadikan impian itu sebuah mimpi? Kau tak teringin ke nak jadikan ia suatu kenyataan?

Ya, hidup ini bukan sebuah pertandingan, kau yang hari ini harus menjadi yang lebih baik dari semalam adalah misi kau. Kalau hari ini lagi teruk dari semalam, memang hancur impian kau.

Sedarlah diri yang kau perlu usaha untuk gapai segalanya. Ia takkan datang sedebuk. Keajaiban tidak berlaku tanpa kau gigih usaha.

Ingat tu pesan aku. Kita mesti realisasikan impian kita. Mesti!

Jadiya, kalau korang yang baca ni kadang nampak aku kejap okay kejap tak, percayalah, itu lah kehidupan sebenar seorang aku. Tiada perkara yang sentiasa okay dan tidak jugak semua tidak okay.

Ia ada naik, turun seperti hembusan nafas dan nadi yang berdetak. Doa aku, semoga baik-baik segalanya.

Aku tahu korang rindu, aku tahu aku juga rindu. Tapi kita perlu terus maju bukan sekadar mengenang nasib lalu.

Kita yang dulunya sudah tinggal sebuah kisah silam. Terima kasih atas memori kalian.

This is how I should talk to myself every single night. Manifest segalanya yang baik.

Sandarkan keraguan pada takdir. Kita disini, tetap tenang.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top