Blog Header

Kenapa kita menulis?

text, letter, old-4095909.jpg

Kenapa kita menulis?

Sebab ramai yang suka membaca. Kenapa kita membaca? Untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Kenapa kita perlu tambahkan ilmu? Sebab ilmu dapat selamatkan kita dari kejahilan. Kenapa kita perlu selamatkan diri dari kejahilan? sebab jahil itu merbahaya.

“ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya…”

Dunia penulisan takkan pernah berhenti. Maka, tulislah dari hati. Bukan untuk kebanggaan diri, tapi untuk menyampaikan mesej yang penting. Menulis untuk luahkan rasa kepuasan yang hanya orang suka menulis faham. Menulis untuk kongsikan pengalaman, ilmu pengetahuan dan pandangan secara rasional. Kita bagi orang berfikir sejenak tentang apa yang kita tulis, apa yang kita kiaskan.

The way atau gaya penulisan kita, adalah gambaran diri kita. Perasaan kita. Gembira, sedih, terluka atau terujakah hari-hari yang kita lalui? Tulisan akan eksperesikan segalanya. Orang yang baca pun boleh dapat rasa semua perasaan tu kalau kita menulis dari hati dengan emosi yang terkawal. [sebab kalau emosi tak dikawal, tulisan kita akan lebih kepada menghentam…] (angguk kalau setuju…)

Kalau yang pandai compose muzik, mereka akan guna instrumen dan lirik. Kalau melukis, mereka akan lakarkan dalam sebuah lukisan. Caranya berbeza, tapi mesej atau misi dia tetap sama;

“ingin menyampaikan sesuatu secara umum tapi masih miliki makna yang tersirat dan sarat untuk diungkaikan…”

yeah…true…

Itu definisi kata kerja menulis bagi aku. Aku yang menulis sebagai cara untuk ‘menghilangkan’ diri. Cara untuk ungkapkan rasa yang dilalui. Kenapa masih lagi nak ‘menyimpang’? tak boleh ke cakap ‘direct’ secara telus? Boleh je sebenar, tapi tak semua boleh menerima ketelusan tu. Dalam frasa kasarnya

“Don’t give a shit if you can’t take it” –Enders Game-

Situasi semua orang sama. There’s no unique anymore.

Jika semua orang ingin jadi berbeza, bukankan sama tu?-Terbaik Dari Langit-

Dalam menulis jangan terlalu asyik berpunjangga [pesanan untuk diri sendiri]. Sebab tak semua rela mengusutkan fikiran yang sedia serabut. Ada batasnya. Ada limitnya. Macam dulu, aku rasa serabut sangat bila baca hikayat cerita lama. Lagi-lagi dalam siri sehijau warna daun sampailah ke kerusi.

siri buku komsas lama

Masa sekolah rendah aku selalu skip bahagian tradisional tu. Sebab aku tak faham kenapa perlu diulang ‘maka’ dan ‘arakian’ tu banyak kali. Setiap kali cuba faham, aku macam nak termuntah. Habis renyuk jugaklah buku tu dibuatnya. Protes sebab tak faham. Padahal cerita tu simple je. Nak cerita yang pak lebai tu malang dia bertimpa-timpa.

Itu kata aku masa baru kenal karangan dua muka. Tapi, bila didedahkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan gaya penulisan, baru aku sedar betapa indahnya sastera tradisional. Sebab tu lah masa UPSR dulu aku boleh skor dua subjek je; pemahaman dan penulisan.

Aku tak minat buat karangan isu semasa. Sebab bagi aku tulisan tu nanti akan bernada serius. Tegang! Aku suka tulis atau pilih karangan perbincangan, pandangan, tulisan bebas. Idea kreatif. [ye, walau diakui gaya tulisan aku sampai sekarang bosan..T_T]

So, back to kenapa kita menulis. 

Aku jawab sebab nak ‘hilangkan’ diri. Korang pula? Adakah korang menulis sebab isi masa lapang? Atau menulis sebab kerjaya korang perlukan tulisan korang? In case ada yang membaca sini merupakan seorang novelis, atau penyelaras, atau penulis artikel majalah, akhbar dan macam-macam lagi…sape tahu kan?

Akhir kalam, jangan berhenti menulis…sebab nanti tulisan jadi buruk giler….

Subscribe
Notify of
guest
27 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
February 11, 2016 21:30

ya menulis adalah salah satu cabang jihad…

insyaAllah akan tulis yang baik2….^_^

Nurulatika Yunus
February 6, 2016 22:45

Assalamualaikum, sy setuju pendapat sofie huhu 🙂
menulis itu jihad, tulislah yg baik2

sofie adie
February 5, 2016 20:03

yalahkan…kamek pun kedak ya juak…mun ada bestie yang sanggup dengar kita berkelakar pun nang susah becarik…nulis gik senang…

sofie adie
February 5, 2016 20:02

same here nina…..tulisan lalu banyak mengajar saya yang sekarang…

ordinary wawa
ordinary wawa
February 5, 2016 19:34

Kamek menulis sebab kamek mok bercerita tapi kamek sikda bestfriend yang sudi nak nengar cerita kamek. Lagipun kamek sik biasa luahkan cerita or masalah kamek dengan orang face to face.

http://angellovesoldier.blogspot.com/

Hanis Amanina
February 5, 2016 19:34

hahaha means that you do the thinking. bagus apa 🙂 bila selalu rasa benda tu simple, kite tak perasan yg banyak benda di sebalik yg simple tu 😀

Hanis Amanina
February 5, 2016 19:34

wahhh, suka jugak komen Ros ni 😀 kadang2 bila baca balik tulisan2 zaman saya before 20an dan nampak betul betapa kurang matangnya saya. T___T

sofie adie
February 4, 2016 20:26

hahahahah….pergh komen kak ros! terbaik dowh!

saya pun selalu tulis time mood swing, pastu bila baca balik, rasa macam nak bakar semua…teruk tak teruk bahasa time marah, nasib baik buat simpanan untuk bakar. tulis bakar, tulis bakar…settle..

pastu terasa macam terapi pulak…bila marah, tulis kat kertas pastu bakar…lega! !_!

ros nordin
February 4, 2016 20:23

Terlalu banyak perkara yang tak terluah dengan kata-kata. Tapi hakikatnya banyak sebab nak menulis salah satunya untuk didik diri sendiri. contohnya bila marah..tulis la apa-apa pun..kemudian baca, baca dan baca semula tulisan sendiri yang sedang marah. kemudian nilaikan diri sendiri,muhasabah dan padam semula tulisan. Bayangkan kalau marah terus cakap dengan kata2… eh banyak nak tulis ni kang telebih panjang plak komen dari post entry tuan blog..hahaha.. btw enjoy writing Sofie.

sofie adie
February 4, 2016 18:10

baguslah dilla…mana tau pengalaman dilla nanti diperlukan oleh saya kan? terima kasih sangat masa tu…^_^

sofie adie
February 4, 2016 18:09

mesti banyak diari juga ni kan? setahun berapa diari ni? hehehehhe

sofie adie
February 4, 2016 18:09

me too TKK! tu yang banyak betulkan balik penggunaan bahasa secara perlahan.

haa…kantoi skip2 baca…karangan tak berformat tak terikat dengan dua markah..hehehe

betul ke markah untuk format dua? ke lima ek? ntahlah tak ingat…^_^!

sofie adie
February 4, 2016 18:07

welcome bruh…^_^

sofie adie
February 4, 2016 18:06

baguslah Qiya…tanpa minat tak seronok nak menulis…betul kan?

sofie adie
February 4, 2016 18:05

thanks nina! u know what, dapat komen dari pembacalah buat saya dapat semua idea untuk menulis…nampak tak sebenarnya saya ni seorang yang sangat kompleks bila nina tulis "deep thought on something simple"…huhuhu

setuju dengan pendapat nina. terbayang air sungai yang xdpt mengalir…

sofie adie
February 4, 2016 18:02

kan??? saya pernah baru sehari tak pegang pen, bila nak nulis tuh…ish ish ish…kalar budak kecik tulisannya!

me too yoo! gagap sikit bab2 cakap nih…

sofie adie
February 4, 2016 18:00

huhhhuhhu sorry bangat kim chaa…sorry ya! takpe kim chaa boleh je tulis..idea tak sama punya..ini pendapat saya…mungkin kim chaa punya lagi menarik!

takpe komen memang disediakan untuk bebel, baru best baca…^_^

sofie adie
February 4, 2016 17:59

apa masa nak exam baru baca….uuu…best kot buku tu…
yeah true…

Ardilla Noorezan
February 4, 2016 17:49

Saya menulis sebab saya suka kongsi pengalaman saya. Mana tahu bermanfaat untuk orang lain 🙂

Farhana Zukri
February 4, 2016 17:49

I'm better at expressing my feelings and thoughts by writing 🙂

The KehalusanKelembutan
February 4, 2016 17:49

Salam sofie! , bila baca gaya penulisan rindu nya nak menulis macam ni balik !
menulis tentang pandangan,

samala , zaman sekolah dulu menang suka pilih karangan tulis cerita, pendapat . tak berformat.
dan tang komsas tu hahaha, prosa tradisional tu tahan lagi puisi2 hak depan tu memang saya skip ! 🙂

Aienienka Peter
February 4, 2016 17:49

thnx for sharing.. 😀 buat kita fikir lagi.

Ms Qiya Saad
February 4, 2016 17:49

Saya menulis sebab minat.jemput singgah blog saya…

http://www.qiyasaad.blogspot.my

Hanis Amanina
February 4, 2016 17:49

first of all, i love all your writings 🙂 especially your deep thought on something simple 😀 😀

bagi kite, kite menulis untuk mengingatkan diri sendiri. dan macam org lain tahu je, air yang bertangguk di tmpt yg sama, lama2 akan busuk. macam tu jugak lah orang ibaratkan ilmu tu. kalau tak disebarkan/dialirkan, rugilah T_T

Yoo ♡
February 4, 2016 17:49

hahahah… ayat akhir sis tu, "jangan berhenti menulis…sebab nanti tulisan jadi buruk giler…." hahaha betul sangat! XDD

entahlah, bagi saya, saya lebih suka menulis. sebab saya banyak kali fail kalau nak sampaikan cerita dekat orang lain melalui mulut, last2 bila saya menulis, baru mereka paham hahaha.

Kim Chaa
February 4, 2016 17:49

Baru nak taip entry pasal menulis, sekali buka dashboard tengok sofie dah tulis. Terus hilang idea. Haha ..

Menulis ni sebenarnya salah satu cara nak expresikan diri, dan menulis untuk berkongsi rasa apa yg dirasa.

Maaf terbebel di komen. Heeee

najwa zahid
February 4, 2016 17:49

sehijau warna daun baca bila nak exam je. haha. Yup, hanya org suka tulis je phm knpa kita menulis.

Scroll to Top